Selasa, 5 Jun 2018

Legasi Luar Biasa Episod 4

Assalammualaikum semua. Hans nak berkongsi sedikit tentang program yang Hans buat iaitu Legasi Luar Biasa. Program ini menampilkan 10 orang rakyat Malaysia yang bukannya artis popular, bukannya golongan vvip tetapi cuma orang biasa yang berjiwa besar dan sangat hebat usaha mereka dalam menjalankan kerja-kerja amal serta dakwah secara tidak langsung kepada masyarakat sekitar.


Program:
LEGASI LUAR BIASA

Saluran:
Astro Oasis & Ramadan HD

Hari:
Rabu

Waktu:
Pukul 6.30 Petang

Tarikh:
Bermula 16 Mei 2018

Episod 4:
Y.M Raja Shamri Raja Hussin
Puan Azila Aziz



Puan Azila Aziz merupakan pengasas kepada NGO Telekung Project  dan tertubuhnya NGO ini gara-gara suara anak kecil beliau yang berjaya membuka hatinya selepas terpakai telekung busuk sewaktu menunaikan solat. Nak tahu kisah selanjutnya? Kena lah tonton Legasi Luar Biasa Episod 4.


Raja Shamri atua lebih mesra dipanggil Abang Raja merupakan pengasas kepada The 3rd Force yang pada asalnya merupakan gerakan bantuan mangsa banjir di negeri Kelantan. Menariknya, beliau dilahirkan dengan kekurangan sebelah anggota kaki namun usahanya membantu ramai pihak amat mengagumkan. Nak tahu tentang kisah hidup Abang Raya? Semuanya hanya di Legasi Luar Biasa untuk Episod 4.

Jadi, jangan lupa tonton program Legasi Luar Biasa kerana program ini sangat memberi inspirasi dan menampilkan orang-orang biasa yang sangat luar biasa. Rugi kalau tak tengok. Selamat menonton :)

30 ulasan:

  1. Project telekung...dan abg raja mmg kita suka follow ...dy nya motivation mmg unik..hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe..jangan lupa tengok :)

      Padam
  2. Oh! baru tahu tentang ni.
    Episod 4 dah tayang ke belum?

    BalasPadam
  3. Mmg tgk program ni... esok pasti lbh concentrate 😁😁

    BalasPadam
  4. Raja shamri tu husniey pernah ikuti perkembangan beliau membantu banjir besar..
    Memang patut dipuji

    BalasPadam
  5. terbaik.. teruskan usaha buat rancangan seperti ini =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih
      tengok ker tadi?
      kalau ramai tengok boleh lah buat lagi rancangan macam nih

      Padam
  6. tq for sharing hans.
    nanti aida tgk.
    normally 6.30 ni tgh beraksi di dapo :)

    BalasPadam
  7. menarik je ni..ciktom mmg follow project telekung tu kat fb..tp tgk timing mcm xsmpt je nk tgk..kena cari kat youtube la jwbnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu lah ada orang upload ke tak dekat youtube

      Padam
  8. nak tengok abang Raja ni depan-depan, insan yang terpilih Abang Raja ni,

    BalasPadam
  9. tak sempat lagi tengok sebab time tu la masak kat dapur memasak..tahu pasal Raja Shamri dgn effort dia bantu mangsa banjir dan banyak lagi walau dia sendiri OKU dan Pn Azila tu mmg Umi tau pasal projek telekung..thumbs up utk kedua2 insan mulia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang thumbs up untuk mereka

      Padam
  10. Zumal pernah jumpa Abg Raja masa pelancaran 3rd Force peringkat Perlis dulu, memang kagum la dengan gerakan mereka masa banjir di kelantan tu.. Tengok video masa banjir tu pun dah mengalir air mata...

    BalasPadam
  11. respect dengan orang-orang macam ni. lebih utamakan orang lain berbanding diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      Hans sendiri pun kagum sangat dengan mereka

      Padam
  12. pastinya program tv ni memberi inspirasi kpd yg lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      mudah-mudahan ramai yang terinspirasi

      Padam
  13. tk thu !. masyaAllah. kena marathon tgk nii

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com