Rabu, 11 Julai 2018

Ah Cheng Laksa

Assalammualaikum semua. Pada 6 Julai 2018 yang lepas, Hans berjalan-jalan dekat IOI City Mall Puchong sebab nak cari beg clutch baru sebab yang lama tu dah macam azab sangat dah rupanya. Hahaha! Jadi, selepas dah selesai membeli dan penat tawaf satu pasaraya tu tiba-tiba Hans rasa teringin nak makan laksa


Banyak kawan-kawan Hans yang bagitahu yang asam laksa dekat sini sedap. Jadi, persoalan utama sekali bila tengok sahaja nama restoran mestilah ramai yang bertanya makanan dekat sini halal atau tidak. Jadi, kepada yang mementingkan makanan halal tu, hangpa semua tidak perlu risau sebab Ah Cheng Laksa ini memang ada sijil halal dan boleh semak dekat laman web kalau ada yang masih was-was.


Rupa-rupanya Ah Cheng Laksa ini sudah wujud sejak tahun 1960 lagi. Jadi, sudah hampir 58 tahun restoran ini bertapak di Malaysia. Kalau dah lama macam itu masih lagi bertahan itu tandanya memang sedap lah. Jadi, kali ini Hans memang tekad nak makan asam laksa dekat sini. Pekerja restoran pula tanya Hans nak saiz biasa atau junior. Hans tanya lah pekerja tu balik apa beza antara kedua-duanya. Lepas tu dia tunjuk lah kalau saiz junior itu mangkuk laksanya kecil sahaja. Terus Hans cakap bagi yang saiz biasa sahaja sebab Hans lapar. Hahaha!


Lepas Hans bayar dekat kaunter, Hans pun terima lah benda di atas nih. Yang kelakar tu sebab dapat Alor Setar tu. Macam mana dia tahu Hans orang Aloq Setaq nih? Silap-silap semua sama jer. Hahaha! Jadi, bersabar lah sekejap Hans menunggu sambil cuci mata tengok keadaan sekeliling.  


Kawasan tempat makan Ah Cheng Laksa di dalam IOI City Mall Puchong nih memang bersih dan cantik. Hans ada juga intai-intai tengok dapur sewaktu mula-mula sampai dekat sini dan memang tengok pun kemas dan bersih. Jadi, tak hairan lah kalau sijil kebersihan untuk premis ini sijil Gred A yang menandakan memang sangat bersih. Nak makan pun rasa berselera dan tak ada rasa risau takut balik rumah nanti cirit-birit ker apa. 


Yehaaaaaaa!!! Sampai sudah asam laksa yang diidam-idamkan sejak beberapa minit tadi. Sekarang tiba masa untuk makan. Kalau hangpa nak datang makan dekat sini, petis udang dan cili api boleh ambil sendiri bersebelahan dengan kaunter pembayaran tadi. Alhamdulillah! Rasa asam laksa yang terdapat di Ah Cheng Laksa ini memang terbaik. Bagi Hans memang berbaloi lah makan sebab kuantiti pun banyak dan rasa kuahnya pun boleh layan. Isi ikan pun memang banyak dalam kuah dan rasa segar sangat. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :

SKALA SEDAP:
3.9 / 5 

Kuantiti Makanan:
Sedang-Sedang Elok Untuk Perut Hans

Rasa:
Memang Boleh Tahan Sedap! Kuah Pekat Dengan Isi Ikan! Sayur-Sayur Pun Segar!

Servis:
Pantas

Kebersihan:
Sangat Bersih


Harga memang Hans dah lupa berapa sebab resit terbuang pula. Hahaha! Tetapi, kiranya tidak lah mahal dan bukan lah terlampau murah sangat. Harga normal makan makanan di pasaraya. Apa-apapun, bagi Hans memang sangat berbaloi dan disini bukan sekadar ada asam laksa sahaja tetapi ada pelbagai lagi menu-menu menarik yang pasti buat hangpa semua yang melihat akan tertelan air liur sebab memang semua menu dekat sini sedap-sedap belaka. Jadi, selamat mencuba dan rasai sendiri pengalaman makan di Ah Cheng Laksa ini.

P/S : BULAN NIH BULAN HARI LAHIR HANS. ADA SESIAPA NAK BAGI HANS HADIAH TAK? SILA PM HANS UNTUK HANS BAGI ALAMAT BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENGHANTARAN HADIAH. NAMPAK TAK HANS TAK PUTUS ASA BAGITAHU BENDA INI DI SETIAP ENTRY. HAHAHA!

38 ulasan:

  1. Macam sedap je asam laksa ni..
    Terliur pulak tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      bagi Hans sedap masa makan tu
      tak tahu lah lapar ke apa tapi habis lah kira sampai ke kuah
      hahaha

      Padam
  2. Nampak sedap. Boleh gi try nanti. Tetiba lapar tetengah malam ni. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap
      hahaha
      tengok tengah-tengah malam nih memang mengundang rasa lapar

      Padam
  3. saya orang alor setar. dulu waktu bujang selalu makan laksa dekat star parade. laksa situ tokey cina, pekerja indon2 belaka. memang sedap lah situ. tapi bila dah kawen xbrani nak makan. kat situ tak der sijil halal hahahahah adehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...kedai lain lah kut...hahaha
      kalau Ah Cheng Laksa nih ada sijil halal
      jadi rasa selamat lah nak makan
      hehe

      Padam
  4. Saja tau Hans ni. Ni yang perut kruk kruk mintak isi malam malam gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkah
      bukan selalu lapar tengah malam
      okay lah tu...sarapan tadi mesti makan berselera jer

      Padam
  5. Favorite ai Ah Cheng Laksa ni.. Curry Laksa dia the best for me..

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ada kari laksa ke?
      ingat mee kari jer ada
      saya kari nih kalau dengan nasi suka lah
      hahaha

      Padam
  6. Balasan
    1. rasanya pun sedap bro
      cubalah rasa
      mana tahu nanti jadi antara tempat makan kegemaran
      hehehe

      Padam
  7. Dulu selalu juga makan. Skrg je dh kurang sebab ada gastrk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gastrik tak boleh makan laksa ker sis?
      perghhh nasib Hans selamat lagi dari gastrik
      laksa dah makanan kegemaran
      hehehe

      Padam
  8. Banyaknya menu laksa dia, sedapnyaa..Sis pengemar laksa penang yumssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya suka laksa kedah
      tapi semua laksa pun saya makan jer
      hehehe

      Padam
  9. ada kt area opis tp tk try lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cuba lah try
      mana tahu kena dengan selera
      hehe

      Padam
  10. Tq for sharing.. Nnt boleh try ni.. Nampak pun sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome
      saya memang suka kongsi
      cuma lain orang lain citarasa
      hehehe

      Padam
  11. Balasan
    1. hahaha
      bagi Hans sedap lah untuk makan di luar
      cuba lah EJulz

      Padam
  12. Kin pun pernah makan ni dekat cyberjaya. memang sedap. terangkat! org sentiasa ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe tu lah
      harga pun kira berpatutan lah juga

      Padam
  13. PH dah banyak kali makan asam laksa kat Ah Cheng Laksa. Boleh tahan sedap. Tapi makanan lain kat sana tu...err...tak berapa happening hee..hee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...mee kari dia pun tak best ek?
      kira laksa dia jer lah padu?
      hehehe

      Padam
  14. Saya ada try ni di Sogo yang asam laksa tu rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ker dekat Sogo?
      saya jarang sangat ke sana
      hehehe

      Padam
  15. Ughh buat tringat rasa asam laksa kat training centre aritok, mabeles! Sedap ni

    BalasPadam
  16. Macam sedapppppp. Kena try ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah
      mana tahu kena dengan selera
      hehe

      Padam
  17. wahhh...sedap pulak nampak laksa ni. kalau kak laili order yang saiz junior. 1 mangkuk asam laksa, 1 mangkuk curry laksa. dapat makan 2 heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kari laksa tak tau sedap ker tak
      hahaha

      Padam
  18. terbaik..

    tengok rupa dan pengaruh penulisan yang menggoda..

    dah rasa teringin pulak nak mencuba..

    keep it up bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jumpa nanti silalah cuba
      hehehehe

      Padam
  19. Kira Ah Cheng Laksa ni laksa penang la kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab ada petis udang tu kira laksa penang la tu
      hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com