Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018

Assalammualaikum semua. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah ramai rakyat Malaysia yang sangat aktif bersenam atau bersukan sama ada demi kesihatan atau sekadar suka-suka untuk menambah kenalan di luar sana. Kawan-kawan Hans sendiri pun yang Hans kenal memang suka sangat sertai aktiviti-aktiviti bersifat kesukanan ini. Jadi, kali ini Hans nak kongsikan sebuah acara yang sememangnya meriah pada setiap kali penganjurannya iaitu Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 yang kembali lagi untuk tahun 2018.


Sepanjang acara larian ini berlangsung nanti, Hans dikhabarkan akan ada bermacam-macam maskot daripada pelbagai industri animasi tempatan seperti Boboiboy, Ejen Ali, Didi & Friends, Omar & Hana, ChiChi ChaCha, Chuck Chicken dan banyak lagi. Hans pasti mesti ramai yang dah bersemangat nak bawa anak-anak untuk ambil bahagian bersama dengan watak animasi tempatan kegemaran masing-masing kan? Kepada yang berminat tu apa kata anda tengok dahulu info-info di bawah ini.


Tetapi, sebelum anda semua sertai Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 ini, apa kata baca dulu syarat-syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Peserta mestilah berusia 6 tahun ke atas pada 31 Disember 2018
  • Semua peserta di bawah umur 18 tahun mesti diiringi oleh orang dewasa
  • Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, warga asing dengan status Permanent Residence Malaysia, dan ekspatriat dengan permit kerja Malaysia
  • Yuran pendaftaran pula sebanyak RM40.00 untuk seorang 


Untuk barangan kit perlumbaan pula, anda akan menerima sehelai t-shirt mengikut warna pilihan anda daripada empat pilihan warna di atas. Dan anda boleh mula mengambil kit perlumbaan ini pada masa dan lokasi yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Lokasi : Setia Haruman Properties Gallery, Persiaran Sepang, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor.
  • Tarikh : 28/7/2018 & 29/7/2018 (Sabtu & Ahad)
  • Waktu : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Selain daripada acara larian, ada satu lagi pertandingan menarik ditawarkan iaitu Cosplay Costume Competition dimana syarat-syarat penyertaan boleh dilihat DISINI.


Paling menarik apabila melihat hadiah-hadiah yang ditawarkan sepanjang acara ini berlangsung sebab ada Sony Play Station 4, Drone Camera, Google Home, HP Drive Recorder HD Night Vision dan sepuluh unit hadiah cabutan bertuah iaitu Sony Wireless NC Headphone.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 ini, anda boleh mendaftar sekarang sebelum tarikh tutup penyertaan pada 13 Julai 2018. Macam mana nak daftar? Sila klik link di bawah ini untuk pendaftaran.


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 ini, anda boleh rujuk di bawah untuk semakan lanjut :
  • Email : icare@twentyfirstcenturysports.com
  • Telefon : 03-5637 3821 / 03-5637 3681


P/S : Selamat Berlari Sepanjang 5 Kilometer Kepada Semua Yang Terlibat Di Dalam Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018.

26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik jugak tu ada cabutan bertuah 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheheheh
      yer betul-betul
      join lah dengan anak-anak

      Padam
  2. meriah tu sbb bjnye colorful...xpernh lg join mana2 run..tk larat nk lari hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups mesti meriah sebab ada banyak maskot animasi kan
      tambah dengan ada budak-budak kecil lagi
      hehehe

      Padam
  3. Dah boleh nampak kemeriahan gun run ni nanti. Kalau dekat boleh lah join.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gun run tu apa sis?
      hahahaha
      hehehe yups mesti meriah punya

      Padam
  4. Menarik jugak tuu.. Teman baru berniat nak warm up berjogging setiap weekend... kikikikiki... baru berniat saja tau... belum buat lagi nie... :)

    BalasPadam
  5. Bestnya ...hadiah n cabutan pun nmpk menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      hadiah-hadiah menarik
      konsep larian pun menarik

      Padam
  6. Syoknya tp dh pencen berlari..berlari2 anak pun semput..hehe

    BalasPadam
  7. Wahh meriah ni.. klu kelapangan date tu mmg rugi klu tak sertai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju tu
      siapa yang minat lari nih memang wajib sertai

      Padam
  8. penah usha jgk event ni
    rasa nak msuk..tp mcm kurng confident nk join sbb mcm lebih sesuai utk kekanak..haha
    klo ade ank kcik ikut tu xpe la jgk..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya orang dewasa lagi ramai join dari kanak-kanak
      hahaha

      Padam
  9. Wahhh beatnya...teringin nak join tapii kat Cyberjaya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama