Ahad, 8 Julai 2018

Mr. Dakgalbi : Menu Baru

Assalammualaikum semua. Pada 5 Julai 2018 yang lepas, Hans berpeluang menikmati juadah Korea di Mr. Dakgalbi IOI City Mall yang bertempat di Putrajaya buat pertama kalinya di dalam hidup. Hahaha! Menariknya tu apabila tiba-tiba rakan serumah Hans ajak makan dekat sini sedang kan lidah dan anak tekak dia memang makan makanan melayu.



Memandangkan ini merupakan pertama kali Hans dan rakan makan dekat Mr. Dakgalbi nih, jadi kami pun tak tahu menu mana yang sedap. Apa yang Hans tahu, Mr. Dakgalbi nih mesti penuh dengan pelanggan-pelanggan yang berwajah Melayu. Jadi, mungkin sedap lah kan kalau dah ramai orang Melayu mengketedarah dekat sini. Hahaha! Jadi, kami berdua mengambil keputusan berani mati untuk mencuba menu terbaru di sini iaitu Volcano Dakgalbi.


Nama Kedai :
Mr. Dakgalbi (IOI City Mall Putrajaya)

Alamat :
GE-12, GF IOIO City Mall,
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya.

Waktu Operasi :
10.00 AM - 10.00 PM



Bila dapat buku menu ini memang satu perkara yang wajib ialah Hans kena belek-belek lah daripada depan hingga ke belakang. Memang aneh-aneh juga lah bagi Hans berkenaan menu-menu yang ditawarkan dekat sini untuk pelanggan. Hahaha! Jadi, kali ini Hans dan rakan mencuba:

Volcano Dakgalbi = RM75.00

Ice Green Tea = RM5.00

Ice Lemon Tea = RM5.00

Jumlah Keseluruhan = RM85.00


Tudiaaaaaaaaaaa!! Secara purata harga untuk seorang makan ialah RM42.50. Memang masa tu Hans dan rakan bertekad untuk habiskan makanan tak kira lah rasa sedap ker tau tak. Rugi weh kalau tak habiskan makan. Harga makanan pun dah boleh buat makan untuk sepuluh hari. Hahaha!



Jadi, selepas memesan menu tu memang Hans duduk menunggu tetapi tak lama sangat sebab pekerja Mr. Dakgalbi hantar benda-benda seperti di dalam gambar tu. Ada sup, kobis, salad, jeruk lobak putih dan kimchi kobis. Setahu Hans, benda nih kena makan guna salad tu sebagai kulit dan semua bahan-bahan tu di letak atas salad dan digulung serta kemudian dikunyah. Tak tahu lah betul ker tak sebab rasa-rasa macam pernah tengok dalam siri Running Man. Hahaha! Tetapi, Hans tak makan lah pun sebab Hans masih trauma dengan rasa aneh kobis kimchi.


Tak lama lepas tu, tukang masak dia pula datang bawa bahan-bahan seperti gambar di atas. Ada kobis yang sangat banyak. Lepas tu ada ayam yang sudah diperap. Ada ubi kentang sedikit. Kawan Hans cakap mungkin dia pakai tiga biji kobis sebab banyak sangat. Hahaha!


Saja lah gatal-gatal tangan nak tengok banyak atau tidak isi ayam yang diletak. Boleh tahan banyak juga lah. Hehehe!


Jadi, bermulalah saat tukang masak untuk memulakan kerja memasak dia. Hans rasa tukang masak dia memang betul-betul orang Korea berdasarkan percakapan dia dengan bos dia. Kamsahamnida! Annyeonghaseyo! Dowa Juseyo! Jusong Hamnida! Kogi Isoyo! Apa bendalah dia cakap? Hans dengar jer lah sambil tangan memegang telefon untuk rakam dia memasak. 



Lama juga masa untuk memasak kobis nih. Nasib lah beli tiket wayang Ant-Man And The Wasp tu pilih waktu tayangan yang lewat sikit. Kalau tidak mahu tak sempat nak tengok. Hahaha!



Kemudian, datang pula set ramen beserta pes cili agaknya untuk dimasak pula. Nampak kenyal mee ramen nih. Nyum Nyum Nyum!



Gaul jangan tak gaul! Gaul hingga sebati! Masa nih bos dia ajar tukang masak tu macam mana masak. Hans pun keliru juga dan kemudian Hans buat kesimpulan mungkin tukang masak tu budak intern kut. Dia praktikal dekat Mr. Dakgalbi nih dalam 4 bulan mungkin. Hahaha! Apa lah agaknya maksud bahasa Korea yang mereka tengah cakap sambil masak nih?



Kemudian sampai pula set nasi untuk digoreng bersama pes cili di atas nasi tu. Alhamdulillah, ada juga nasi. Hehehe!


Bila ramen tu dah siap masak, terus diasingkan dan di letak di tepi bersebelahan dengan gabungan kobis dan ayam tadi.


Kemudian, tiba saat yang dinanti-nantikan dimana giliran nasi tadi pula untuk dimasak. Nampak menyelerakan pula nasi nih.


Dihenyak! Dilenyek! Ditekan-tekan! Dikepal-kepal nasi tu sedemikian rupa. Memang menakjubkan! Hahaha! Harap-harap sedap lah rasa nasi nih!


Hans suka bila tiba waktu ini sebab rasa macam berseni sangat bila tukang masak tu mula buat bentuk bulat macam nih. Mulalah rasa teruja nak tahu apa benda dia nak letak dekat tengah tu.


Lepas tu tukang masak letak roti dan mula memasukkan sup cendawan yang dicampurkan keju ke dalam roti yang berlubang di tengah tu. Perghhhhh!! Tertelan-telan air liur Hans masa rakam momen indah nih. Hahahaha!



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah lupa menu terbaru Mr. Dakgalbi yang diberi nama VOLCANO DAKGALBI. Walawehhhhhhhh!! Nampak sungguh menyelerakan! Masa untuk melantak sudah tiba setelah sekian lama menanti juadah ini masak dengan sempurna. Tunggu apa lagi? Seranggggggggggggggggg!!!!


Alhamdulillah! Berjaya juga Hans dan rakan menghabiskan Volcano Dakgalbi ini. Rasa menu ini memang lain sangat-sangat dari makanan Melayu. Ada rasanya yang Hans suka dan ada yang agak janggal di lidah Hans. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu terbaru ini :

SKALA SEDAP:
3 / 5 

Kuantiti Makanan:
Banyak

Nasi:
Rasa Macam Nasi Goreng Tetapi Sedap Juga Lah

Ramen:
Bagi Hans Biasa Jer Rasanya Tetapi Kawan Hans Suka

Ayam & Kobis:
Hans Sukakan Kombinasi Perapan Ayam Yang Manis Pedas
(Tak Pedas Pun Untuk Hans) 

Roti:
Lembut Dan Sedap

Sup Cendawan & Keju:
Kadang-Kadang Rasa Sedap! Kadang-Kadang Rasa Pelik! Kadang-Kadang Rasa Muak! Hahaha!

Servis:
Pantas

Kebersihan:
Sangat Bersih


Sepatutnya benda nih makan sebelum makan menu berat tetapi kawan Hans baru nak cuba makan. Katanya sedap selepas diletak dengan mayonis! Hans tak makan jadi tak tahu lah apa rasanya! Hahaha!


Lobak putih antara sayur yang mempunyai rasa yang aneh bagi Hans. Jadi, Hans tak dapat bayang pada awalnya bagaimana rasa lobak putih ini apabila dijeruk. Jadi, Hans memberanikan diri untuk cuba makan dan rasa sedap pula. Cuma bila dihujung-hujung mengunyah tu macam rasa pahit sikit. Hahaha!


Jadi, selesai sudah Hans mengketedarah di Mr. Dakgalbi IOI City Mall Putrajaya. Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga merasa makan makanan Korea dekat sini selepas tengok ramai sangat yang puji kata sedap lah apa lah kan. Bagi Hans pula, untuk makan tu memang boleh cuma belum sampai ke tahap yang Hans akan teringat-ingat dan tak sabar-sabar nak makan semula menu ini. Akan datang kalau Hans berkesempatan makan lagi dekat Mr. Dakgalbi ini, mungkin Hans akan cuba menu goreng-goreng dia pula. Apa-apapun, selamat mencuba dan menjamu selera kepada penggemar makanan Korea.

P/S : BULAN NIH BULAN HARI LAHIR HANS. ADA SESIAPA NAK BAGI HANS HADIAH TAK? SILA PM HANS UNTUK HANS BAGI ALAMAT BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENGHANTARAN HADIAH. HAHAHA!

32 ulasan:

  1. Waaah mantaap nih ... makan besar namanya 😁👍
    Kenyang seketika.

    Volcano Dakgalbi tampilannya menggugah selera ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe memang mantap :)
      nanti saudara Himawan cuba lah makan
      tetapi kena pastikan suka makan keju
      hehe

      Padam
  2. rasanya macam ni kali pertama hans buat review makan2 kat restoran korea eh? ke dah pernah ada sebelum ni? hahaha
    dulu pernah cuit2 kawan saya punya mr dakgalbi ni, sedap. tapi agak mahal sikitt

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertama kali rasanya buat review makanan korea
      hohoho

      Padam
  3. Wah meriah menu dia.. Kenyang smpai esk pg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang malam hari yang sama tu dah tak makan dah
      kenyang dengan keju
      hahaha

      Padam
  4. Balasan
    1. harga memang mahal
      sesekali nak mencuba
      hehehe

      Padam
  5. Im not so into mr dakgalbi cuz im just okay with myeongdong toppoki and dubuyo. hehe
    still might try this someday too

    BalasPadam
    Balasan
    1. dubuyo tu selalu lah nampak
      toppoki tu kedai apa?
      haha

      Padam
  6. makanan Korea semuala seeedap. tapi tak pernah makan di Mr Dakgalbi lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti Hans ingat nak cuba Kfry pula

      Padam
  7. Nampak sedap. Teringin nak try!

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah cuba
      mana tahu kena dengan selera
      tetapi pastikan memang peminat keju lah
      kalau tidak nanti membazir jer..haha

      Padam
  8. Urghh sedap arr, aritu pii iOi rasa nak mkn juga tapi kwn tak reti makan mknan korea, so layan mskan thai je le

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahah
      cuba lah makanan korea pula nanti
      hehehe

      Padam
  9. Makan dekat Dakgalbi ni memang kena makan ramai-ramai sebab portion besar. Nak tapau dah tak sedap macam masa dia masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan berdua jer dengan member
      ambil pun untuk 2 pax
      tapi memang portion besar
      hahaha

      Padam
  10. Wah, terliur PH tengok apa yang Hans makan. PH suka masakan Korea tapi bab kimchi tu tak berapa lah. Nasi and mee goreng tu nampak sedap sangat. Tapi sup yang ada cheese tu, no thank you hah..hah... Baru semalam PH ke Tropicana Mall dan ternampak Mr Dakgalbi. Maybe next time boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaah sama lah kita
      kimchi xboleh pergi
      hahahaha

      Padam
  11. Kin pernah juga pergi makan d dakgalbi, tp yg d dpulze.
    menu baru ni nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      boleh tahan lah juga
      cuba lah nanti

      Padam
  12. Nampak sedap. Harga boleh tahan but of course boleh share kan. Nice!

    Thanks for sharing. Nanti kalau datang IOI, boleh la serbu restoran ni 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. no problem
      memang suka kongsi tentang makanan
      hehehe
      kalau dah cuba nanti komen balik dekat sini rasa sedap ker tak
      hehe

      Padam
  13. waduh bestnya.... akak ni dhla peminat kimci...
    sebelum ni ada kwn akak buat kimci mmg sedap,dia siap belajar bt kimci ksampai ke korea... tp dh lama dh tak beli kimci dgn dia sbb asik takde stok je

    klu nk pg ke mr dakgalbi ni takde geng mkn la, laki akak mana mau nya nk mkn korea2 gini.... huhuhu grm nengok tang roti ngn sup cendawan tuh.... lahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh akak suka kimci yer?
      saya kurang sikit
      hahahaha
      tetapi so far layan lah makan benda nih

      Padam
  14. Pergh!! Jenuh nak habiskan ini kalau Sha yang makan.. Jenis perut kecik.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...memang portion dia besar gila
      ahahhaha

      Padam
  15. Nampak sedap sangat tu, jenuh la nk hbskn kobis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      alhamdulillah habis juga lah

      Padam
  16. Fuh... dapat bayangkan la macam mana gaya bertimbunnya kuantiti dish ni... 3 orang pun belum tentu boleh habiskan ni (3 orang perempuan yang tak makan banyak la maksud gua)... hahah. Takde small set ke... kalau takde memang kena ajak geng 3 atau 4 orang baru boleh try dish ni, kalau tak memang confirm tak abis la jawabnya... confirm :'D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada set untuk seorang tetapi kalau yang menu baru nih tak pasti ada ker tak untuk seorang
      yang pasti untuk 2 orang tetapi portion dia memang besar
      nasib dua-dua makan kuat jadi dapatlah habiskan
      hahaha

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com