Ahad, 15 Julai 2018

Nasi King

Assalammualaikum semua. Pada 13 Julai 2018 bersamaan dengan hari Jumaat, Hans tiba-tiba rasa teringin nak cuba menu baru yang diperkenalkan oleh Burger King Malaysia iaitu Nasi King yang didatangkan dengan dua versi ayam pilihan iaitu ayam goreng atau ayam paha BBQ. Memandangkan jarak masjid dengan cawangan Burger King ini adalah sangat berdekatan jadi Hans pun ambil keputusan untuk cuba makan walaupun Hans tidak ada sejarah yang baik terhadap hidangan nasi yang diperkenalkan oleh mana-mana restoran makanan segera di Malaysia ini. Hahaha!


Set Nasi King yang dikatakan sebuah menu sihat ini di war-war dihidangkan bersama nasi lembut yang dimasak dengan resipi istimewa, paha ayam BBQ yang dipanggang dengan api serta boleh dinikmati bersama salad segar. Manakala kepada mereka yang meminati hidangan ayam goreng pula boleh memilih sama ada inginkan ayam goreng original atau pedas sebagai menu pilihan masing-masing.



Harga untuk ala carte ialah RM7.90 manakala untuk set yang didatangkan khas dengan minuman pilihan sama ada teh ais limau atau teh hijau panas pula berharga RM9.50. Bagi Hans harga untuk menu ini berada di tahap sederhana bersesuaian dengan harga menu yang dijual di setiap restoran makanan segera. 


Jadi, Hans mengambil keputusan untuk memilih set Nasi King Ayam Paha BBQ sebagai pilihan makanan tengahari sebab nak rasa kelainan yang ada pada ayam BBQ di Burger King ini. Memandangkan makan di dalam restoran Burger King jadi sos kena ambil sendiri. Tetapi, Hans tidak berminat nak makan nasi ini dengan sos sebab rasa macam pelik pula. Daripada pandangan atas memang nampak isi ayam BBQ untuk Nasi King ini sangat menyerlah dan nampak sedapkan? Mari cuba dulu. Yehaaaaaa!


Hans cuba makan sesudu Nasi King ini dahulu kerana dimomok-momokan yang nasi ini dimasak dengan resipi istimewa. TAWAR!!!! Serius lah! Rasa macam makan nasi dekat hospital pun ada. Tak tahu lah apa yang dikatakan dimasak dengan resipi istimewa itu sampaikan apa rasa pun tak ada dekat nasi ini. Masa tu terus rasa macam menyesal pun ada sebab depan Burger King nih ada Restoran Nasi Lemak Royale. Dengan harga RM9.50 ini dah boleh dapat makan nasi,ayam,telur masin, sayur dan air yang sedap kalau Hans makan dekat Nasi Lemak Royale. Hati dah mula rasa nak menyumpah! Rasa macam baik aku masak nasi putih makan dengan telur goreng kalau macam nih sahaja rasa nasi dia. Hans masak nasi putih pun lagi sedap daripada nasi ini. Herghhh!!


Selepas itu Hans cuba pula rasa ayam BBQ yang terdapat di dalam set Nasi King ini. Bismillahirahmanirahim! Gigit! Kunyah! Telan! Alhamdulillah! Rasa ayam BBQ untuk set Nasi King ini tidak mengecewakan. Nak kata terlampau sedap itu tidak lah tetapi masih boleh diterima akal lagi untuk mengatakan ayam BBQ ini boleh pergi jauh ke dalam perut. Hahaha! Masa ini memang bersyukur sebab rasa daripada ayam BBQ ini lah Hans gunakan untuk makan dengan nasi yang tawar tu.


Alhamdulillah! Walaupun nasi di dalam menu ini nasi untuk pesakit hospital tetapi berjaya diselamatkan oleh rasa ayam BBQ yang lembut dan ada rasa itu. Bagi Hans, menu Nasi King ini sebenarnya antara menu yang sangat gagal pernah diperkenalkan oleh Burger King Malaysia. Kuantiti nasi sedikit tetapi bagus juga lah sedikit sebab nasi tak ada rasa. Kalau tidak mati nak habiskan. Hahaha! Dikatakan menu sihat tetapi sayur cuma ada salad sehelai dua? Makan dengan sos? Hans rasa perlu ada sesuatu seperti sup untuk menghilangkan rasa kekeringan lidah apabila makan Nasi King ini. Menu ini hanya menang pada rasa ayam BBQ sahaja. Jadi, kalau memang anda teringin sangat nak makan ayam BBQ ini, Hans tak pastilah boleh beli ayam sahaja atau tidak dekat Burger King ini sebab Hans jarang makan disini. Tetapi, kalau boleh beli ayam bbq ini sahaja baik hangpa beli ayam saja lah. Balik rumah masak sendiri nasi. Lepas tu letak salad sekeping! Letak sos sikit! Hahahaha! Serius bagi Hans untuk RM9.50, menu Nasi King ini sangat tidak berbaloi untuk dicuba. Maaf pihak Burger King Malaysia. Burger keluaran pihak anda mungkin sedap tetapi Nasi King anda sangat gagal memenangi hati Hans. Sekian!

SKALA SEDAP : 1.5 / 5

P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. DISARANKAN CUBA DAHULU DAN NILAIKAN SENDIRI :)

46 ulasan:

  1. Kalau dah mati rasa kat nasi memang susah la nak rasa sedap tu..kalau Sally pun expect nasi tu kena berperisa la baru la ada kelainan..hahaha...tapi honestly kalau nasi dekat fast food restaurant jarang nak cuba kecuali Marry Brown :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi Marry Brown sedap ker?
      Yang mana tu?
      Boleh cuba kalau sedap betul
      kalau sedap sikit jer dari Nasi King nih tak nak lah
      hahaha

      Padam
  2. Jarang hidangan nasi yg dijual di restoren makanan segera ni sedap....sbb dh terkena....jadi...pd bonda..jangan lah membazir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      memang rasa membazir sangat
      hahaha

      Padam
  3. Balasan
    1. terpaksa lah habiskan
      benda mahal oiiiiiii...
      lagi pun portion dia tak besar pun...
      jadi berjaya lah habis dengan bantuan ayam bbq tu

      Padam
  4. alamak nasi tawar 😂 skala 1.5 pulak tuhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi tawar sebab menu ini menu sihat kut
      hahaha

      Padam
  5. Berger king keluar nasi pula ye.. Akan dicuba nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon solat istiharah dulu sis sebelum cuba
      hahaha

      Padam
  6. Sekarang semua restoran makanan segera wajib kena keluar menu nasikan sebab makanan rutin orang Malaysia. Nanti saya cuba lah tengok mcm jauh api dari panggang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kalau dah cuba sila komen dengan jujur
      tetapi, yakinkah nak cuba?
      muktamad?
      hahaha

      Padam
  7. Burger King pun dah ada nasi skrg .. Boleh try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum nih tak silap dia memang ada buat nasi lemak tapi tak pernah try pula

      Padam
  8. Burger King pun dah ada nasi skrg .. Boleh try ni

    BalasPadam
  9. setuju.
    tak pernah try menu nasi kat fast food restaurant.
    baik makan kedai biasa je

    BalasPadam
  10. Lama dah tak makan burger king. Ada lagi rupanya yeah. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jer lagi
      ada burger yang sedap
      hehehe

      Padam
  11. adoiii kalau tawar memang menangis lah nak makan. Nak pulak menu sedap yang memang confirm sedap ada dekat depan mata je. Apa lah nasib

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha tahu xper
      jadi fikir dulu sebelum makan Nasi King nih
      haahahaa

      Padam
  12. Wahh sedappnya.kecur air liur tgk ni .

    BalasPadam
  13. Mungkin sebab nasi bukan niche mereka..yalah..namapun restoran fast food.. hahaha...tapi syukur juga dapat habiskan tu..kalau tak lagi rasa menyesal...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah
      memang kena habiskan mengenang harga nak dekat RM10
      hahaha

      Padam
  14. Selalunye bile kedai fast food buat makanan yang ade nasi macam nie mesti agak mengecewakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      cuma ada kata nasi dekat marrybrown sedap

      Padam
  15. hmmmmm.. .
    Aida br skali mkn d burger king.
    Tu pun mkn burger nyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee
      burger dia okay
      nasi dia jangan
      hahaha

      Padam
  16. nampak macam sedap tapi rating sikit je tuu. hahaha. tak jadi la nak mencubanyaaaa. mujur azah bukan hantu kat beger king

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam bbq tu sedap
      tapi macam tak berbaloi nak beli set nasi nih

      Padam
  17. Gambar boleh menipu kan, hehe nampak macam sedap tapi bila tengok rating tu tak jadi nak try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      try lah
      mana tahu suka
      ayam bbq dia lah kena try
      hehehe

      Padam
  18. oh beger king ada menu nasi...kalo tgk dr rupa tu nmpk xbrp menarik....suka beger kt sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yups
      beli nasi ayam dekat luar pun rupa lagi menarik sebab ada sup
      hahaha

      Padam
  19. sebelum ni nasi ayam grg mcd, nasi dia pun tak sedap....
    pastu ns ngn ayam grg kfc... nasi dia biasa mkn rasa nasi ayam
    tp yg nih.... kalau tawar mmg spoil kn...

    masing2 nk kuarkan menu ngn nasi tp klu nasi nya tak sedap, tak jln jgk...

    burger king ni akak suka lyn burger dia ngn ayam grg je, tak penah lak menterai ayam bbq dia...
    nk try nasi king ni pun pikir banyak kali hehhehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      jangan fikir banyak kali kak
      baik makan burger dia jer lah
      hehehe

      Padam
  20. Burger king yg sedap burger dia je. Kalau nasi2 ni kak ana prefer nasi kfc je. Berperasa lah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh
      ada kata nasi marry brown sedap
      tak tahu lah betul ke tidak

      Padam
  21. Sepatutnya nasi tu kena letak perisa sikit mcm stok ayam ke utk naikkan rasanya...baru ok kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia kata dimasak dengan resipi istimewa
      tak tahu lah kalau guna air zam zam ker apa...haha

      Padam
  22. Umi kalau ke Burger King cari burger jd mmg nasi out of the list..😂😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      bagus umi
      jangan cuba nasi dia
      tak sedap

      Padam
  23. Bilalah Burger King nak datang Perlis nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh belum ada lagi ker?
      Aman Central ada tak silap

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com