Sabtu, 14 Julai 2018

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Assalammualaikum semua. Pada 8 Julai 2018 yang lepas bersamaan hari Ahad, Hans menemani dan membantu kawan Hans yang juga merupakan bakal bekas teman serumah mengangkat dan memindahkan barang-barangnya ke rumah sewanya yang baru berdekatan Setia City Mall. Selepas selesai semuanya baru sedar jam telah menunjukkan waktu 2.30 petang dan semestinya perut masing-masing berasa lapar dan minta diisi.


Jadi salah seorang teman serumah kawan Hans ini yang juga merupakan kawan Hans pun tanya lah nak makan dekat mana. Hans pun tanya lah dekat kawasan sini apa yang sedap. Dia pun bagi cadangan nak makan nasi kukus atau kambing bakar. Wow! Dengar sahaja nama kambing bakar tu terus Hans pun pilih tanpa berfikir dua kali dah. Hahaha! Jadi, restoran manakah yang dimaksudkan oleh kawan Hans ini?


Nama Kedai :
Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Alamat :
Persiaran Setia Utama,
Alam Nusantara,
40170 Shah Alam,
Selangor..

Waktu Operasi :
10.00 AM - 11.00 PM

Facebook :
RESTORAN CIK TRI SAHARA KAMBING BAKAR

Sebenarnya masa makan dekat sini memang Hans tak terfikir langsung pun nak tulis dekat blog sebab rasa macam kedai-kedai biasa sahaja lah. Jadi, bila dapat menu daripada pekerja restoran pun memang Hans tak ada lah pula ambil gambar walaupun kad menu restoran ini memang cantik. Sekali bila sampai sahaja depan mata Hans memang terus rasa bersemangat nak ambil gambar. Hahaha!

Set Kambing Bakar Sahara yang cuma berharga RM14.50 didatangkan dengan sepinggan nasi putih, sepinggan kambing bakar yang sangat banyak kuantitinya, semangkuk besar sup serta segelas air. Pilihan air yang Hans boleh pilih ialah sama ada nak pilih Teh O, Sirap atau Limau. Serius memang murah lah sebab daging kambing weh! Memang sangat-sangat berbaloi. Asal lah restoran ini jauh sangat sampai dekat Setia Alam tu. Bukalah satu cawangan dekat kawasan Bukit Jalil nih. Senang nak melantak setiap minggu. Hahaha! 


Yehaaaaaaa!!! Bagi Hans memang berbaloi sangat-sangat berpeluang makan Set Kambing Bakar Sahara ini. Disebabkan kuantiti daging bakarnya terlampau banyak jadi Hans terpaksa tambah sepinggan lagi nasi untuk menghabiskan semua daging kambing bakar yang terdapat di dalam pinggan tersebut. Nak kata macam kambing bakar tu bagi Hans tak berapa nak sama sangat sebab kemungkinan besar apabila daging kambing ini dah diletakkan dengan kuah kicap pedas banjir tu menyebabkan Hans tak terasa sangat macam makan daging kambing bakar. Tetapi, apa yang istimewanya menu ini selain daging kambing yang lembut itu ialah kuah kicap pedas ini yang memang berjaya buat Hans menambah nasi dan makan dengan lahapnya. Hahaha!


Jadi, selesai sudah Hans menjamu selera bersama rakan-rakan di Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar dan ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :

SKALA SEDAP:
4.2 / 5 

Kuantiti Makanan:
Kuantiti Daging Kambing Bakar Sangat Banyak

Daging Kambing Bakar:
Lembut Dan Tak Ada Bau Kambing. Memang Sangat Membangkitkan Selera!

Kuah:
Kombinasi Pedas, Manis Dan Masin Yang Cukup Menjadi! Sesuai Untuk Kaki Makanan Pedas!

Harga:
Untuk RM14.50 Dan Dapat Nasi, Daging Kambing Yang Melimpah Ruah, Sup Mangkuk Besar Dan Segelas Air Yang Sedap....Hang Rasa Berbaloi Ka Tak? Hahaha!

Servis:
Pantas Dan Mesra

Selain menu kambing bakar, ada lagi menu-menu lain seperti ayam penyet, ikan keli, burung puyuh dan itik. Jadi, selamat mencuba dan rasai sendiri pengalaman makan makanan yang sedap dengan harga yang murah di Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar ini.


P/S : BULAN NIH BULAN HARI LAHIR HANS. ADA SESIAPA NAK BAGI HANS HADIAH TAK? SILA PM HANS UNTUK HANS BAGI ALAMAT BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENGHANTARAN HADIAH. NAMPAK TAK HANS TAK PUTUS ASA BAGITAHU BENDA INI DI SETIAP ENTRY. HAHAHA!

22 ulasan:

  1. Wow.. Kambing bakar tu memang mengancam.. Kuantiti dan harga sangat-sangat berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      mula-mula Hans ingat dapat ciput jer
      sekali penuh sepinggan
      kawan-kawan pun dapat banyak macam tu
      jadi memang berbaloi sebab rasa pun sedap
      hehehe

      Padam
  2. ada bc juga member blogger pi mkn kambing bakar sini...ada rezeki bole la try annti..akak peminat kambing bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe
      kalau peminat kena try
      hehehe

      Padam
  3. Ya allah...sedapnyaaa...alahaiiii...tersuka plak tengok menu kambing tu..jauh plak tu haa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tu lah pasal
      saya pun sebab kebetulan dekat area tu waktu kejadian
      kalau tidak memang tak tahu kewujudan restoran dan menu sedap nih

      Padam
  4. Pergh terbaiklah kambing bakar tu Hans. Datang Shah Alam tau dah tempat makn best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      cubalah makan nanti kalau ke sana
      In Sha Allah tak menyesal

      Padam
  5. Kambinnnn... lama dah gua tak pekena daging kambing. Sekali pekena mesti lepas tu ada rasa pening2 lalat sikit. Hahah... kena jaga paras kolesterol ni :'D

    BalasPadam
  6. Lain kali mintak sambal kicap berapi tu asing :) lagi layannnnnnn! Takdelah menyala mulut tu. Hehe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu pun dia campur dengan kicap berapi tu
      sebab 1st time pun makan dekat situ
      lagi pun saya kaki makan pedas
      masa makan tak rasa pedas langsung pun
      kawan-kawan lain dah bibir merah ala-ala makan samyang dah..haha
      lepas dah habis makan tu baru rasa pedas tetapi masih boleh kawal lah

      Padam
  7. memang murah sangat la tu..portion dah macam utk makan 2 3 org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk 2 orang portion dia nih sebenarnya
      hehehe

      Padam
  8. Ya Allah sedapnya. my fav ne. yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu makan dekat restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar nih ker?

      Padam
  9. Wah...nak rasa juga lah. PH suka daging kambing tapi tak taulah bila ada peluang ke Shah Alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehe
      ada peluang ke sana jangan lupa cuba makan dekat sini
      mana tahu kena dengan selera PH

      Padam
  10. Minggu ni ramai update cerita makan Kambing bakar dekat shah alam. Terliurr tengok nye. Kena test juga la nih hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. uishhhh
      ramai ker?
      siapa lagi?
      hehehe

      Padam
  11. Ya Allah nikmatnye dapat makan kambing. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang nikmat wehhhhh
      sedap ohhhh
      hahaha

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com