Khamis, 30 Ogos 2018

Review Filem Munafik 2

Khamis, Ogos 30, 2018 19
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem tempatan terbaru yang telah dinanti-nantikan oleh peminat filem seram tempatan. Filem apa lagi kalau bukan filem Munafik 2 yang telah ditonton oleh Hans pada hari Rabu sebentar tadi di TGV The Mines.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Munafik 2 nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Rabu, 29 Ogos 2018

Review Filem Along With The Gods 2: The Last 49 Days

Rabu, Ogos 29, 2018 8

Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem terbaru serta merupakan sambungan kepada filem pertama yang meletup-letup di Korea Selatan. Tak lain tak bukan filem Along With The Gods 2: The Last 49 Days yang telah ditonton pada hari Rabu sebentar tadi di TGV The Mines.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Along With The Gods 2: The Last 49 Days nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 28 Ogos 2018

KFC Dunk And Dip

Selasa, Ogos 28, 2018 20
Assalammualaikum semua. Baru-baru ini pihak pengurusan KFC Malaysia telah melancarkan sebuah menu terbaru mereka kepada para penggemar makanan segera KFC iaitu KFC Crispy Tenders Dunk And Dip yang memberi peluang kepada penggemar Crispy Tenders untuk menikmati hidangan tersebut dengan cara yang unik iaitu celup dan cicah sebelum dimakan.


Melihat kepada promosi iklan yang dilakukan oleh pihak KFC telah berjaya membangkitkan selera Hans maka Hans mengambil keputusan untuk mencuba menu KFC Dunk And Dip (Combo B) yang berharga RM17.90 yang didatangkan khas dengan 3 keping crispy tenders, 1 bekas kecil sos masam BBQ, 1 bekas kecil bertih krup-krup, 2 ketul ayam, 1 bekas kecil coleslaw, 1 bekas kecil kentang putar serta secawan minuman teh limau ais. Kepada yang berminat untuk membeli secara ala carte pula, harga menu ini cuma RM6.90 sahaja.



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa sebenar KFC Dunk And Dip yang diperoleh oleh HansNampak macam penuh pula pinggan kali ini. Jadi, mari kita bedah siasat dulu apakah intipati yang terdapat di dalam bekas-bekas plastik kecil itu!



KFC Dunk And Dip kali ini menampilkan sos masam BBQ dan bertih krup-krup rangup yang digunakan untuk mencelup dan mencicah crispy tenders tersebut sebelum dimakan kerana dikatakan gabungan perisa dan tekstur antara kedua-dua bahan ini akan menjadikan KFC Dunk And Dip salah satu menu yang pasti akan diingati oleh para penggemar KFC.


Jadi dah tiba masa untuk menjamu selera. Apa-apapun bekas berisi sos masam BBQ dengan bertih krup krup rangup tu kecil sahaja. Bersesuaian lah dengan kuantiti tiga keping Crispy Tenders yang diberi kepada kita di dalam setiap set yang dijual. 


Jadi, sedap atau tidak menu terbaru ini? Pada pandangan dan pengalaman Hans sendiri menikmati menu KFC Dunk And Dip ini, awal-awal sewaktu makan tu memang rasa macam unik sikit dan agak sedap lah. Tetapi, lama kelamaan rasa menu ini seakan-akan semakin pelik pula di lidah. Sos masam BBQ tu tak pula rasa masam tapi rasa masin adalah. Macam rasa sos ikan pun ada. Macam rasa ubat sirap pun ada, Hahaha! Nasib tiga keping jer crispy tenders tu jadi dapat lah Hans habiskan. Bertih krup krup rangup itu pula bagi Hans agak sedap dan layan juga lah.



Nasib lah Combo B yang Hans beli nih ada dua ketul ayam spicy serta coleslaw dan kentang putar ibarat macam Hans makan snack plate KFC. Kalau tidak memang Hans rasa rugi sangat beli set Combo B KFC Dunk And Dip ini. Memang nampak licin sahaja kan apabila tengok gambar di atas. Tetapi, jujur Hans cakap menu KFC Dunk And Dip ini mengecewakan Hans. Harga pun mahal jadi habiskan sahaja lah sampai licin supaya tak adalah rasa ralat sangat walaupun hakikat sebenar memang tidak berbaloi membeli set menu terbaru ini. Tetapo, terpulang juga kepada selera masing-masing sebab ada yang kata sedap. Ada yang kata biasa-biasa sahaja. Dan ada juga yang bersetuju dengan pendapat Hans tentang menu kali ini.



Dengan harga RM17.90, anda boleh menikmati hidangan menu terbaru KFC Dunk And Dip ini di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda sementara stok masih ada. Jadi, jika anda berani mengambil risiko untuk menikmati, merasa dan menilai sendiri menu terbaru KFC ini, Hans dengan sukacitanya mengucapkan selamat menjamu selera dan selamat mencuba KFC Dunk And Dip!

SKALA SEDAP : 2 / 5


P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. DISARANKAN CUBA DAHULU DAN NILAIKAN SENDIRI :)

Ahad, 26 Ogos 2018

Review Filem Crazy Rich Asians

Ahad, Ogos 26, 2018 4
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem terbaru dan turut menjadi sebutan ramai peminat filem. Tak lain tak bukan Filem Crazy Rich Asians yang telah ditonton pada hari Khamis lepas di Paragon Cinemas Alor Star Mall.



Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Crazy Rich Asians nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 19 Ogos 2018

Baju Malaysia Baharu

Ahad, Ogos 19, 2018 40
Assalammualaikum semua. Sempena bulan kemerdekaan ini, Hans nak kongsikan kepada semua pembaca yang berminat nak dapatkan t-shirt Malaysia Baharu seperti di bawah ini, boleh whatsapps Hans yer seperti info yang tertera di bawah.


Sila Duduk Jangan Lari supaya boleh Make Malaysia Great Again

Lawa bak hang t-shirt yang depa buat nih

Cuma ada 100 helai sahaja weh

Limited Edition
Size : S, M & L
Material : Cotton German
Cutting : Slim Fit 

Harga Termasuk Kos Pos Laju :
RM49 (Semenanjung)
RM55 (Sabah Sarawak)

Bayaran boleh dibuat melalui pembayaran online di akaun Maybank kami

Berminat nak beli? Boleh PM kami di whatsapps 0175056267

Dapatkan segera sementara stok masih ada.

Isnin, 13 Ogos 2018

Review Filem Hantu Kak Limah

Isnin, Ogos 13, 2018 40
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem tempatan terbaru dan sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat filem Mamat Khalid yang berlatar belakangkan Kampung Pisang. Tak lain tak bukan Filem Hantu Kak Limah yang telah ditonton pada hari Rabu di TGV The Mines.



Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Hantu Kak Limah nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Rabu, 8 Ogos 2018

4Fingers Crispy Chicken

Rabu, Ogos 08, 2018 34
Assalammualaikum semua. Macam dah lama pula tak mengemas kini blog Hans ini sejak-sejak menyambut hari lahir pada 26 Julai 2018 yang lepas. Jadi, nak dijadikan cerita pada 28 Julai 2018, ada lah seorang insan yang sangat baik hati dan pemurah nak menyambut hari lahir Hans ini. Ikutkan dah lama dah tak rasa orang nak sambut dan belanja masa hari lahir Hans tetapi Hans redha sahaja lah. Hahaha!


Jadi, salah satu makanan yang dibelanja oleh insan tersebut ialah 4Fingers Crispy Chicken yang mana pertama kali Hans dengar dan tahu tentang kewujudannya di IOI Mall Putrajaya. Padahal dah ramai pun pernah makan dekat sini. Agak teruja sebenarnya nak makan sebab:
  • Hans tak pernah makan lagi makanan ini.
  • Nak tahu juga rasa ayam goreng Korea macam mana.
  • Orang belanja jadi tak perlu risau nak makan menu apa pun. Hahaha!


Memandangkan pertama kali dalam hidup nak rasa sedap atau tidak, jadi Hans cuma pesan 6 ketul ayam, kentang goreng kimchi dengan satu minuman istimewa campuran aloe vera dengan apa entah. Kata pekerjanya dekat kaunter, itu air paling istimewa dan sedap dekat situ. Baik! Kita cuba tengok sedap ker tidak! Hahaha! Lepas bayar dapat lah terus air, tisu dengan benda bulat hitam macam dalam gambar tu. Apa benda entah nak cakap tetapi benda ini bila pesanan makanan kita tu dah siap, dia akan keluar lampu dan bunyi. Macam dah lama pula tak dapat benda hitam nih. Hahaha!


Tengah Hans dok tunggu makanan siap tu, Hans pun belek-belek lah corak cawan plastik dia nih. Nampak lah logo empat jari tu. Hans cuba buat tentang cuba jatuhkan jari kelingking ke bawah tetapi tak boleh weh. Orang lain ramai pula boleh buat! Rasa tekanan sekejap abang dibuatnya! Hahaha! Kemudian, Hans pun cuba lah rasa air aloe vera yang dikata paling sedap sangat dekat sini. Masa minum tu...sewaktu air tu menyentuh lidah Hans memang rasa air tu macam sedap. Tetapi, lepas dah telan terus rasa dia macam kelat payau macam mana entah. Bertambah tekanan pula Hans dibuatnya. Hahaha!


Alhamdulillah! Akhirnya menu yang dipesan telah siap disediakan dan tiba masa untuk makan. Hans tak suka kimchi tetapi kentang yang ditaburkan serbuk kimchi nih rasa sedap dan kena pula dengan tekak Hans masa tu.


Dalam ramai-ramai tu Hans rasa macam Hans seorang sahaja yang teruja bergambar macam nih. Orang lain macam dah lali jer dengan menu dekat sini. Biasalah pertama kali Hans makan kut. Mestilah kena nampak teruja sikit. Hahaha!


Hans malas nak cakap banyak lah! Nak tahu sedap atau tak menu yang Hans makan dekat sini, hangpa semua klik video ini dan nilaikan sendiri sedap atau tak! Hahaha!


Jadi, kalau tengok kepada harga memang sederhana mahal tetapi bagi Hans memang sangat berbaloi sebab rasanya boleh tahan sedap (Sebenarnya sebab orang belanja! Kalau tidak fikir juga dua kali nak makan sebab harga dalam lingkungan sederhana mahal..hahaha!). Cuma pandangan peribadi Hans, untuk air aloe vera itu memang hangpa semua boleh lupakan kut untuk cuba. Hahaha! Tetapi, kalau nak cuba juga tak salah sebab lain orang lain citarasakan? Terima kasih tidak terhingga kepada adik Hans yang sudi belanja Hans dan menggembirakan diri Hans walaupun ikutkan hari lahir dah lepas. Apa-apapun, kepada yang belum pernah makan di 4Fingers Crispy Chicken ini, boleh cuba dan In Sha Allah hangpa semua akan suka makan ayam goreng cara masakan Korea dekat sini. Selamat menjamu selera. 

SKALA SEDAP : 3.9 / 5

P/S : TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERI HADIAH, UCAPAN DAN DOA YANG BAIK-BAIK UNTUK HANS SEMPENA HARI LAHIR PADA 26 JULAI 2018. SEMOGA DOA KALIAN YANG BAIK-BAIK ITU MAKBUL. AMIN!