4Fingers Crispy Chicken

Assalammualaikum semua. Macam dah lama pula tak mengemas kini blog Hans ini sejak-sejak menyambut hari lahir pada 26 Julai 2018 yang lepas. Jadi, nak dijadikan cerita pada 28 Julai 2018, ada lah seorang insan yang sangat baik hati dan pemurah nak menyambut hari lahir Hans ini. Ikutkan dah lama dah tak rasa orang nak sambut dan belanja masa hari lahir Hans tetapi Hans redha sahaja lah. Hahaha!


Jadi, salah satu makanan yang dibelanja oleh insan tersebut ialah 4Fingers Crispy Chicken yang mana pertama kali Hans dengar dan tahu tentang kewujudannya di IOI Mall Putrajaya. Padahal dah ramai pun pernah makan dekat sini. Agak teruja sebenarnya nak makan sebab:
  • Hans tak pernah makan lagi makanan ini.
  • Nak tahu juga rasa ayam goreng Korea macam mana.
  • Orang belanja jadi tak perlu risau nak makan menu apa pun. Hahaha!


Memandangkan pertama kali dalam hidup nak rasa sedap atau tidak, jadi Hans cuma pesan 6 ketul ayam, kentang goreng kimchi dengan satu minuman istimewa campuran aloe vera dengan apa entah. Kata pekerjanya dekat kaunter, itu air paling istimewa dan sedap dekat situ. Baik! Kita cuba tengok sedap ker tidak! Hahaha! Lepas bayar dapat lah terus air, tisu dengan benda bulat hitam macam dalam gambar tu. Apa benda entah nak cakap tetapi benda ini bila pesanan makanan kita tu dah siap, dia akan keluar lampu dan bunyi. Macam dah lama pula tak dapat benda hitam nih. Hahaha!


Tengah Hans dok tunggu makanan siap tu, Hans pun belek-belek lah corak cawan plastik dia nih. Nampak lah logo empat jari tu. Hans cuba buat tentang cuba jatuhkan jari kelingking ke bawah tetapi tak boleh weh. Orang lain ramai pula boleh buat! Rasa tekanan sekejap abang dibuatnya! Hahaha! Kemudian, Hans pun cuba lah rasa air aloe vera yang dikata paling sedap sangat dekat sini. Masa minum tu...sewaktu air tu menyentuh lidah Hans memang rasa air tu macam sedap. Tetapi, lepas dah telan terus rasa dia macam kelat payau macam mana entah. Bertambah tekanan pula Hans dibuatnya. Hahaha!


Alhamdulillah! Akhirnya menu yang dipesan telah siap disediakan dan tiba masa untuk makan. Hans tak suka kimchi tetapi kentang yang ditaburkan serbuk kimchi nih rasa sedap dan kena pula dengan tekak Hans masa tu.


Dalam ramai-ramai tu Hans rasa macam Hans seorang sahaja yang teruja bergambar macam nih. Orang lain macam dah lali jer dengan menu dekat sini. Biasalah pertama kali Hans makan kut. Mestilah kena nampak teruja sikit. Hahaha!


Hans malas nak cakap banyak lah! Nak tahu sedap atau tak menu yang Hans makan dekat sini, hangpa semua klik video ini dan nilaikan sendiri sedap atau tak! Hahaha!


Jadi, kalau tengok kepada harga memang sederhana mahal tetapi bagi Hans memang sangat berbaloi sebab rasanya boleh tahan sedap (Sebenarnya sebab orang belanja! Kalau tidak fikir juga dua kali nak makan sebab harga dalam lingkungan sederhana mahal..hahaha!). Cuma pandangan peribadi Hans, untuk air aloe vera itu memang hangpa semua boleh lupakan kut untuk cuba. Hahaha! Tetapi, kalau nak cuba juga tak salah sebab lain orang lain citarasakan? Terima kasih tidak terhingga kepada adik Hans yang sudi belanja Hans dan menggembirakan diri Hans walaupun ikutkan hari lahir dah lepas. Apa-apapun, kepada yang belum pernah makan di 4Fingers Crispy Chicken ini, boleh cuba dan In Sha Allah hangpa semua akan suka makan ayam goreng cara masakan Korea dekat sini. Selamat menjamu selera. 

SKALA SEDAP : 3.9 / 5

P/S : TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERI HADIAH, UCAPAN DAN DOA YANG BAIK-BAIK UNTUK HANS SEMPENA HARI LAHIR PADA 26 JULAI 2018. SEMOGA DOA KALIAN YANG BAIK-BAIK ITU MAKBUL. AMIN!

35 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Happy belated birthday, Hans. May Allah bless :)

    BalasPadam
  2. bolehlah makan, tak boleh selalu sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau selalu memang mampuih lah habis duit cepat
      hahaha

      Padam
  3. tk pernh lg rasa ayam goreng korea yg ni....ramai je tgk blogger pi mkn ayam goreng korea ni tp tgk rege bole tahan juga..tp sesekali bole la..syok la adik han belanja tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe seronok lah
      tambah-tambah makanan tu sedap pula bila telan
      bertambah beronok-ronok

      Padam
  4. sedappp👌Dan boleh diterima tekak tak fanatik Korea🤓

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak fanatik makanan korea
      hehe

      Padam
    2. Kenapa 4 fingger dekat masjid india tak sedap? 😅

      Padam
  5. happy belated bday!!
    4fingers... sedap tu. one of my fav ni... rindu 4fingers..suka chic wing dia..mcm tak sedar jer, dah abis. pernah try kirim kawan beli kan..frozen & bawak sini..takcedap... kena makan panas..baru layan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih
      yups...sedap pula..masa tu ikutkan kenyang lagi..
      itu order paling sikit 6 ketul jer
      sekali sedap
      hahaha

      Padam
  6. menggoda betul tgk ayam grg tuh,...
    tp video tu tk blh bukak la pulak .... mcmni lah kt opis ni banyak yg kene block...
    itu ini semua tak boleh....

    BalasPadam
  7. Same birthday :D happy belated birthday

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah sama ker?
      tahniah-tahniah
      happy belated birthday too

      Padam
  8. Teringinnyaaaa nak makan, nampak sedap!

    BalasPadam
  9. Hans, nanti belanja zumal yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki In Sha Allah Zumal
      doakan Hans dilimpahkan rezeki yer

      Padam
  10. Happy birthday :) sedappnya ayam tu..nk rasa sikit hehe..may allah bless u always

    BalasPadam
  11. Makan dengan slomo gitu macam saspens hah..hah... Pasti sedap, kan? Anyway Belated Happy Birthday Hans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      kelakar kan bila slomo
      alhamdulillah sedap
      terima kasih atas ucapan

      Padam
  12. Happy belated birthday Hans..xsedap pun kira sedap la sbb org belanja..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks for the wish
      eh, yang nih memang sedap pun.
      tambah orang belanja memang bertambah-tambah sedap

      Padam
  13. X pernah try. Tapi tiap kali lalu, lagi2 dekat cawangan Nu Sentral, sentiasa penuh.
    Happy Belated Birthday!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah makan nanti
      hehehe
      terima kasih atas ucapan

      Padam
  14. Alahai..sedapnya..mlm2 nie lapar pulak nengok..Anyway..happy belated birthday 🎂

    Pengedar Youth Shaklee Seluruh Malaysia,Sabah & Sarawak

    BalasPadam
  15. happy birthday... bila nak belanja 4 fingers ni?

    BalasPadam
  16. fuhhh bestnya orang belanja makan! air aloe ni kalau banyak sangat gel dia maybe pahit atau strong sikit. Anyway, happy belated birthday :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki
      yang dia macam strong ada pahit pun ada
      terima kasih atas ucapan

      Padam
  17. masuk dulu dalam list. ada rezeki ajak kawan cuba =D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama