Jumaat, 14 September 2018

Malam Tayangan Perdana Filem Langsuir

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah kali ini Hans berpeluang menghadiri Malam Tayangan Perdana Filem Langsuir yang berlangsung di MMCineplexes E@Curve pada hari Rabu, 12 September 2018. Filem arahan Osman Ali ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 September 2018 ini.

HANGPA RASA INI BENTUK APA? PAKU KAN?

Terima kasih kepada Team Propa Rangers yang sudi mengajak dan menghadiahkan satu pas tiket tayangan perdana ini untuk Hans. Kalau tidak terpaksa lah tunggu minggu depan baru dapat tonton filem Langsuir ini.

RAMAI GILA MANUSIA SEMALAM YANG MENANTIKAN FILEM LANGSUIR NIH. MASING-MASING SIAP PAKAI BAJU MERAH IKUT TEMA WEH! HAHAAH!

Memandangkan kesemua pelakon-pelakon utama filem ini turun pada majlis tersebut ditambah dengan artis-artis dan selebriti lain yang turun padang memberi sokongan kepada filem ini, jadi memang ramai lah kaki-kaki wayang dan peminat yang hadir memeriahkan majlis. Memang padat gila sementara nak tunggu masuk panggung wayang.

SEKARANG MANUSIA DAH TAK TAKUT HANTU DAH AGAKNYA.
HANTU PUN DAH SELAMBA DAH MUNCUL DI KHALAYAK RAMAI. HAHAHA!

Paling kelakar boleh jumpa Langsuir depan mata waktu terang. Langsuir pun rasa tertekan sebab semua orang tak takut dengan dia. Hahaha! Rupa-rupanya si 'Langsuir' ini lelaki. Mati-mati Hans ingatkan perempuan juga.

HANS BERSAMA TEAM PROPA RANGERS YANG RIUH, KELAKAR DAN SELAMBA. HAHA!

Tayangan bermula agak lewat daripada waktu yang diberitahu. Tak silap Hans dalam sejam juga lah. Alhamdulillah nasib tak lewat masuk jadi dapat tempat duduk yang tidak terlalu dekat dan tidak perlu mendongak. Lagi seronok sebab dalam barisan kami berlima ini ada seorang yang memang tak boleh tengok filem seram. Jadi, memang kelakar lah bila tengok dia terkejut padahal yang lain selamba jer bertahan. Hahaha!



Jadi, kepada yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Langsuir nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehehee
      tapi semalam punya untuk filem seram Indonesia lagi seram maskot dia

      Padam
  2. not really into cite seram these days but still teringin nak tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada lah seram sangat pun
      more to romantic horror jer
      haha

      Padam
  3. akak teringat ngn dia punya poster filem ni kt tepi mrr2 dari sebelum bln pose rasanya poster tu ada, udahla hari2 lalu situ... punya lama baru tayang filem ni... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...seram tak hari-hari lalu pandang langsuir tu?
      hehe

      Padam
  4. Siapa kah yang takut tu. Haha. Boleh geng ngan kak ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. identiti individu tersebut terpaksa dirahsiakan demi menutup aib beliau
      hahaha

      Padam
  5. Seram tak Hans? Kalau tak seram sangat bolehlah tengok bila keluar tv nanti hihi.anak kecik takleh tengok wayang huhu

    BalasPadam
  6. salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    BalasPadam
  7. 5/10 ye Hans? Akak nak tunggu keluar tv nanti lah hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut orang...ada yang suka bagi 9/10
      untuk saya yang kaki tengok macam-macam filem nih memang pandangan lain sikit dari majoriti kadang-kadang :)

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com