Ahad, 16 September 2018

Merawat Masalah Rambut Gugur

Assalammualaikum semua. Kalau baca tajuk pun mesti semua sudah tahukan apa yang Hans cuba nak kongsikan untuk artikel kali ini. Jadi, ada tak antara pembaca disini yang mempunyai masalah keguguran rambut sama ada sederhana atau teruk? Mesti rasa rimas kan apabila terpandang bawah dan ternampak helaian rambut kita sendiri yang gugur dan berselerakan di atas lantai rumah serta bilik tidur.


Mengikut fakta, rambut gugur itu adalah perkara normal kerana sememangnya setiap hari rambut kita akan gugur. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya apabila terlalu banyak sangat rambut kita gugur dan mula menampakkan sisi-sisi botak di bahagian tepi kepala. Jadi, memang kena cepat-cepat rawat sebelum terlewat dan menyesal. Hans pun ada buat sedikit kajian dan rupa-rupanya 1/3 lelaki di dunia mengalami masalah kebotakan menjelang usia 35 tahun. Sebelum ini memang Hans selalu ketawakan kawan-kawan lelaki yang memang ada masalah botak tengah, botak tepi dan yang botak terus. Cuma baru-baru ini, ada kawan perempuan Hans tegur tentang bahagian tepi rambut Hans yang macam ada potensi ke arah masalah botak. Hans pun risau dan terus belek-belek dekat cermin. Memang ada nampak jugalah punca-punca awal ke arah itu. Terus tak senang duduk memikirkan Hans bakal senasib dengan kawan-kawan lelaki Hans yang sudah botak walaupun belum mencapai usia 35 tahun lagi.


Alhamdulillah, kebetulan Hans berpeluang menggunakan satu produk yang dikatakan mampu membantu menyelamatkan rambut daripada gugur iaitu Brokoli Natural Hair Rescue, Scalp Booster 2 in 1 keluaran Imaan Suci World. Jadi, selama sebulan Hans menggunakan produk ini dan alhamdulillah memang dari hari ke hari Hans nampak bahagian kulit rambut yang sebelum ini ada masalah keguguran mulai berubah. Anak-anak rambut dah kembali tumbuh dan rambut serta kulit kepala pun menjadi semakin sihat dan kuat.


Sebenarnya, Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini adalah hasil kombinasi daripada minyak jojoba yang terdapat di dalam serum yang sangat membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:
  • Masalah rambut gugur
  • Gatal kulit kepala
  • Jerawat di kulit kepala
  • Masalah kelemumur
  • Kepala banyak kutu
  • Kulit kepada banyak daki
  • Kulit kepala berminyak
  • Belahan rambut semakin luas
  • Rambut kusut dan bercabang

Menariknya juga disini ialah produk Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini bukan sekadar ada serum untuk kulit kepala sahaja tetapi yang seronoknya tu bila didatangkan sekali dengan mesin urut kepala pada produknya yang membantu mengurut kulit kepala dengan kuasa gegaran. Serius, memang layan betul Hans guna mesin urut kepala produk nih. Jadi, disini Hans nak kongsikan sedikit cara -cara penggunaan produk ini untuk memudahkan anda yang membeli produk ini selepas ini :

1) Pusingkan dahulu bahagian yang berwarna hijau dan asingkan daripada bekas serum putih.

2) Sapukan serum (bahagian putih) pada kawasan rambut yang bermasalah.

3) Selepas itu, anda boleh sambungkan kembali bahagian hijau dengan bekas serum putih dan hidupkan suis supaya bergetar.

4) Akhir sekali, anda sudah boleh mula melakukan urutan di kawasan-kawasan rambut yang bermasalah yang telah anda sapukan serum sebentar tadi.



Jadi, Hans dengan gembiranya nak kongsikan juga kelebihan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini dengan anda semua:

1) Merawat serta mengawal peratusan rambut gugur untuk mengelakkan masalah kebotakan berlaku.

2) Melancarkan peredaran darah pada kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan anak rambut baru.

3) Merawat, memulih dan menguatkan akar rambut dengan khasiat yang terdapat di dalam produk.

4) Mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut.

5) Membantu menghilangkan tekanan.


Sedikit info tambahan berkenaan produk Brokoli Scalp Booster 2 in 1 untuk para pembaca yang berminat menggunakannya:

1) Isipadu Brokoli Scalp Booster 2 in 1 sebanyak 25ml dan boleh tahan selama sebulan. Jangan risau jika habis sebab bahan isian semula produk ini ada dijual.

2) Penggunaan bateri pada mesin urutan boleh bertahan selama 2 bulan jika penggunaan mesin untuk sehari sebanyak 5 minit hingga 10 minit. Jangan risau jika bateri habis kerana bateri boleh dibeli dimana-mana kedai diluar sana.

3) Bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana sahaja kerana tidak mengguna pakai ruang yang besar.

4) Aroma serum yang wangi dan menyegarkan serta tidak melekit.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai masalah rambut gugur dan berminat untuk mencuba serta mendapatkan produk Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini, anda boleh lihat info-info dibawah sebagai rujukan anda.

Laman Sesawang:

Email:
inquiry@imaanworld.com

Nombor Telefon:
019 286 2828

4 ulasan:

  1. Haa tula la lain kali usik lagi orang botak hihi. Menarik jugak serum ni. Kinah ni pun dikategorikan rambut gugur yang teruk. Nak cuba la jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah Kinah
      bau dia wangi
      yang seronok sebab ada mesin urut kepala tu
      hahaha

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com