Rabu, 5 September 2018

Rise: Ini Kalilah World Movie Premiere

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah sebagai seorang peminat filem dan semestinya seorang kaki wayang, Hans berasa sangat bersyukur kerana mendapat jemputan daripada WebTVAsia untuk menghadiri tayangan perdana filem Rise: Ini Kalilah yang diadakan di 1 Utama pada 3 September 2018.


Majlis tayangan perdana filem Rise: Ini Kalilah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat pada malam tersebut iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, para VVIP yang lain bersama 1,600 tetamu yang turut sama memeriahkan majlis. Filem terbitan WebTVAsia ini diinspirasikan daripada kejayaan rakyat negara sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 September 2018 ini.


Filem ini membawa penonton menyelusuri latar kehidupan rakyat Malaysia yang bergabung tenaga demi matlamat untuk melahirkan rasa kasih terhadap negara. Kisah enam individu berlainan plot cerita akan dipaparkan pada tarikh keramat, 9 Mei, kemuncak Pilihan Raya Umum ke 14 yang menghidupkan semula suasana penuh debaran sewaktu berlangsungnya pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.


Majlis bermula pukul 5.00 petang tetapi memandangkan Hans menunggang motosikal dan kelihatan langit pun seakan-akan gelap menandakan hari bakal hujan, jadi tersampai awal di lokasi iaitu tepat jam 3.00 petang. Jadi, sempatlah melihat sekejap persiapan yang dilakukan oleh krew-krew yang terlibat. Memang besar betul majlis ini. Maklumlah ada YB-YB datang. Hahaha!


Jadi, Hans ajak blogger Dboy ikut serta sebab Hans dapat dua tiket. Jadi, kami yang baru melantak air Starbucks hasil kupon percuma Dboy pun menuju kaunter untuk mendaftar sebagai media. Hans ingatkan ada dapat cenderahati baju sebab tengok baju yang dijual lawa-lawa juga. Tetapi, sayangnya tiada. Sedihnya! Hahaha!


Alhamdulillah untung ada blogger Dboy. Dapat lah minta tolong dia ambil gambar dekat sini. Hahahaha! Sebenarnya ada video juga rekod dekat sini selepas dipaksa oleh si budak Dboy itu. Hans tunggu Dboy siapkan dan kalau dah ada nanti Hans letak dekat artikel ini.


Kalau ikutkan Hans memang Hans tak ada nak bergambar dengan Bro Tealive nih. Tetapi, hasil paksaan sekali lagi blogger Dboy dan memandangkan kamera telefon dia pun boleh tahan lawa, jadi Hans ambil jer lah! Hahaha! Melihat gambar air tealive nih terus teringatkan tak ada rezeki nak merasa. Ikutkan nak ambil lewat-lewat sikit sebab perut dah penuh dengan air tetapi akhirnya terlupa. Bila nak pergi ambil air dah pun habis. Memang namanya bukan rezeki. Hahaha!


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah sudi merasmikan acara tersebut bersama penerbit Fred Chong; pengarah filem Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, Prem Nath dan Pengerusi Only World Group Holdings Berhad (OWG), Tan Sri Richard Koh. Menurut Chong, Filem ini dihasilkan dengan garapan oleh tiga pengarah ternama dan dibarisi bintang-bintang pelbagai bangsa sempena semangat kebangkitan kuasa rakyat untuk Malaysia Baharu. Fred Chong selaku penerbit berharap seluruh rakyat Malaysía akan menonton filem ini dan mengimbas semula detik bersejarah itu dan terus mengingatinya sebagai satu permulaan perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju, aman dan makmur.


Sebelum menanti tayangan bermula, Hans dan Dboy berjumpa dengan rakan yang juga merupakan media yang dijemput iaitu Khai Artzfar dan Niena. Jadi, kami lepak-lepak makan malam di Nandos dulu sambil berbicara hal penting yang berlaku di Malaysia sekarang. Hahaha!


Akhirnya, saat yang dinanti-nanti telah tiba. Hans terpilih masuk ke dalam Hall 8. Yang kelakarnya tu, disebelah kami rupa-rupanya ialah Khai Artzfar dan Niena. Memang ada jodoh rupanya. Dan dihujung barisan kami berempat ada pula si Syafiq Kyle. Saja jer bagitahu. Tak ada lah istimewa pun. Syafiq Kyle jer. Hahaha! Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang filem ini boleh layari laman web http://www.riseinikalilah.com/.


Terima kasih tidak terhingga kepada pihak WebTVAsia kerana sudi menjemput Hans. Tahniah atas penganjuran majlis yang menarik dan lancar perjalanannya. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem RISE: INI KALILAHboleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

6 ulasan:

  1. Belum tontonnya lagi.. Ermmm...mcm menarik ni.. Nanti boleh lah g nontonnya.hehe

    BalasPadam
  2. wahhhhh..... teringin nk nengok jgk nih

    BalasPadam
  3. untungla dapat tiket percuma...

    mmg terasa nak tonton jugak nantii

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com