Isnin, 3 September 2018

Sedapnya Jadi Malaysian! Ayam Goreng McD

Assalammualaikum semua. Saja nak bagitahu hari Rabu yang lepas bersamaan 29 Ogos 2018, Hans berkesempatan makan Ayam Goreng McD. Sebenarnya Hans boleh termakan ini pun sebab tak tahu nak makan makanan apa dah sementara menunggu lagi 40 minit sebelum menonton filem Munafik 2. Jadi, selepas penat naik turun kawasan dalam The Mines tu dan akhirnya Hans memilih untuk mencuba Ayam Goreng McD Spicy sebab ternampak ada Coleslaw. Tak silap Hans memang tak pernah lagi makan coleslaw McD jadi saja nak cuba. Haha!


Selepas penat menunggu depan kaunter, akhirnya dapat juga Hans dua ketul ayam goreng McD yang tengah panas berserta coleslaw yang nampak sangat menyelerakan. Tambah-tambah memang perut tengah lapar tak mengketedarah apa lagi. Hahaha!


Sebenarnya untuk kali ini, McDonalds Malaysia mengeluarkan semula menu yang dikatakan menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Ayam Goreng McD serta Nasi McD. Memandangkan Hans masih trauma dengan nasi Burger King jadi Hans memang tak tergerak hati langsung nak cuba makan Nasi McD. Tak sanggup ambil risiko kalau kata tak sedap sebab memang tengah lapar gila masa nih. Haha!


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Yeahhhhhh! Nampak sedap dan menyelerakan bukan? Memang masa tu tangan menggeletar betul nak ambil gambar. Lapar punya pasal. Hahaha!



Coleslaw ini pun nampak menarik. Ada lobak merah dengan kobis ungu. Mayonis coleslaw ini pun agak pekat dan manis. Awal-awal suapan tu rasa unik sikit coleslaw. Suapan kedua dan ketiga rasa boleh tahan sedap. Suapan seterusnya rasa sedap tetapi muak sikit sebab terlalu manis dan berlemak bagi Hans. Tetapi, rasa dia sesuai pula bila makan dengan ayam goreng McD ini.


Wah! Tengah-tengah panas ini sebab jari tak tahan takut melecur (Over Tak? Hahaha!), jadi Hans makan dulu lah kulit ayam dengan tepung istimewa yang menyaluti isi ayam ini. Sedap dan rangup betul makan waktu panas-panas nih.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Perghhhhhhhhhhhhhhh! Memang padu lah rasa ayam goreng McD spicy ini bila dimakan panas-panas dan berasap-asap ini. Memandangkan Hans memang kaki makan pedas, jadi memang ayam ini tak rasa pedas pun lah. Tetapi, setidak-tidaknya sedap daripada ayam goreng McD biasa lah pada pandangan Hans.


Alhamdulillah! Selesai sudah menjamah Ayam Goreng McD Spicy, coleslaw, kentang goreng dan minuman teh limau. Komen Hans tentang Ayam Goreng McD ini ialah menu ini sedap dan perlu dimakan panas-panas. Kalau sejuk sikit mulalah rasa tak berapa nak sedap. Tak sedap bukan sebab isi ayam tu tetapi disebabkan tepung ayam ini yang macam cepat lembik atau masuk angin bila dah sejuk. Itu apa yang Hans perasan lah waktu makan Ayam Goreng McD ini. Berkaitan Coleslaw McD pula, seperti yang Hans sebut di atas, pengalaman menikmati suapan coleslaw ini memang berlainan sikit. Kadang rasanya sedap, kadang rasanya macam aneh sikit dan adakala rasa terlalu berlemak dan manis. Jadi, harga untuk menu Ayam Goreng McD dan Coleslaw McD ini ialah :


Set Medium Ayam Goreng McD Spicy:
RM13.10

Coleslaw:
RM2.95



Jadi, kepada penggemar ayam goreng McD itu, Hans ucapkan selamat menjamu selera. Sedap tu sedap tetapi kalau diberi pilihan, Hans lebih sukakan ayam goreng KFC lagi. Apa-apapun, menu kali ini masih memuaskan untuk dinikmati bersama insan tersayang. 

SKALA SEDAP : 3.5 / 5


P/S : Bulan September Ini Nak Cuba Sibuk Kan Diri Dengan Aktiviti Dan Jemputan Untuk Blog Ini Sementara Menanti Temuduga. Doakan Urusan Hans Dipermudahkan Dan Doakan Kejayaan Hans Juga Yer. Amin :)

20 ulasan:

  1. AYam goreng tepung mcm ni x kira mcd ke kfc memang suka makan time pnas2 ,dah sejuk x lalu nak makan dah,, tapi mcd ayam goreng nya lagi sedppp

    BalasPadam
  2. Lama dah tak makan ayam mcD. Rindunya T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      hilangkan lah rindu itu dengan makan ayam McD

      Padam
  3. Ayam MCD memang power, pedas dah tak perlu sos

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pedas pun spicy dia tapi enak dimakan begitu saja
      eh,dah macam lagu Gardenia
      hehe

      Padam
  4. Dah lama PH tak makan ayam goreng McD. From memory, memang sedap. Lately bila tengok wayang, teruja bila tengok iklan ayam goreng McD. Krup krap krup krap gitu dan pada PH semua pelakon2 iklan tu patut dapat anugerah pelakon terbaik hah..hah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yang patut dapat anugerah editor dia sebab berjaya edit nampak sedap
      hahaha

      Padam
  5. Sedap tu.. lame x p McD.. terliur pulak hehe..

    Jemput join 1st GA zati... ��
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/giveaway-zati-yang-pertama-semangat.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe sedap
      sila makan
      karang habis air liur asyik-asyik terliur jer

      Padam
  6. nyesal klik hahaha.. coleslaw tu macam menawan kalbu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe sedap tapi manis sangat untuk saya
      jadi cepat muak

      Padam
  7. akak mmg suka ayam grg mcd spicy nih, rangup n pedas dia tu.... kalah hot n spicy kfc dia punya pedas....
    coleslaw tu je yg akak tingin nk try, nampak mmg pekat n banyak betul mayonis nya tuh.... nampak segar ngn kobis pepel tuh

    BalasPadam
  8. wah sedapnya....haritu saya makan tk panas pun..sedih...singgh dn follow sini!\\https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pergi time orang beratur panjang...
      masa tu confirm dapat ayam panas2

      Padam
  9. Ayam goreng mcd memang seda pun... Coleslow tu namoak sedap juga tuh..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      jangan lupa makan sementara stok masih ada

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com