FS X Monstro With Media

Assalammualaikum semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kepada pembaca yang meminati lagu-lagu Mandarin pasti mengenali kumpulan duo Fuying & Sam atau lebih dikenali sebagai FS yang mulai dikenali dan diminati ramai anak gadis Cina sejak pelancaran album pertama mereka berjudul Love Temperature pada tahun 2014.


Jadi, pada 21 November 2018 yang lepas Hans dijemput untuk menghadiri majlis FS X Monstro yang berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peminat mereka tentang sebuah lagu baru mereka yang sangat hit pada masa kini berjudul The Time Keeper.


Selain itu juga, majlis kali ini turut menampilkan kerjasama pertama antara FS dan Monstro yang berkoloborasi untuk menghasilkan model jam tangan FS Crossover Monstro Watch yang cukup istimewa yang didatangkan dalam dua jenis iaitu Mercury dan Venus.


Menyentuh berkenaan pelancaran lagu terbaru kumpulan FS ini iaitu The Time Keeper, para media juga turut berpeluang menonton muzik video lagu tersebut yang berdurasi 5 minit 39 saat yang membawakan kisah yang cukup menarik berkenaan pengertian masa serta turun naik sesuatu hubungan romantik yang begitu memberi kesan kepada semua yang menonton selepas tamat tayangan. Fuying dan Sam juga menyanyikan lagu tersebut secara langsung dan berjaya menarik perhatian peminat serta pengunjung sekeliling untuk sama-sama menghayati dan menyanyi bersama mereka sewaktu majlis berlangsung. 


Selepas selesai persembahan mereka, majlis seterusnya ke acara seterusnya iaitu pengenalan jam tangan FS Crossover Monstro Watch yang menggunakan konsep 'bulatan' dan diterjemahkan di dalam penghasilan reka bentuk jam ini. Jam tangan ini didatangkan di dalam dua versi warna serta dua gaya berlainan iaitu aktif dan klasik. Lebih menarik lagi tentang jam tangan ini ialah bingkai pusingan jam tangannya terdapat logo FS yang juga mewakili  "Fast vs Slow" dimana ia berkaitan dengan masa.


Turut sama hadir di dalam majlis pelancaran FS X Monstro ini ialah Mr. Sean yang merupakan CEO Maxpro Pristine Sdn Bhd (Dua Dari Kanan) serta Ms. Ruth yang bertindak sebagai Pengurus Jenama Maxpro Pristine Sdn Bhd.


Majlis diakhiri dengan sesi bertemu peminat serta autograf kumpulan duo FS ini yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminatnya yang sabar menanti saat ini. 


Kepada para peminat kumpulan duo FS yang berada di seluruh Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mendengarkan lagu terbaru kumpulan duo ini yang berjudul The Time Keeper serta mendapatkan jam tangan khas FS Crossover Monstro Watch edisi istimewa dan terhad ini. Apa yang pasti, lagu terbaru mereka ini memang sedap didengar. Terbaik!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama