GSC Popcorn Walk 2018

Assalammualaikum semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Pada hari Sabtu bersamaan 25 November 2018 yang lepas, Hans telah dijemput oleh GSC Cinemas untuk menyertai acara GSC Popcorn Walk 2018 yang diadakan di 1Utama Central Park.
Hans sampai ke lokasi program sekitar pukul 7.30 pagi dan sememangnya pada waktu ini sudah lebih daripada 700 orang sedang beratur panjang menanti kaunter pendaftaran dibuka untuk mereka menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak GSC sepanjang GSC Popcorn Walk 2018 berlangsung.
Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi. Alhamdulillah di kaunter pendaftaran untuk media memang berjalan lancar dan tidak seramai kaunter pendaftaran untuk peserta. Jadi, Hans diberi sebuah t-shirt untuk dipakai sepanjang program. Serius memang meriah betul GSC Popcorn Walk 2018 kali ini kerana disertai oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 
GSC Popcorn Walk 2018 kali ini meraikan kehadiran filem animasi Disney yang terbaru iaitu filem Ralph Breaks The Internet dengan menyediakan pelbagai permainan menarik dan memberi peluang buat semua peserta untuk mengambil bahagian. Selain pada itu, para peserta juga berpeluang bergambar dengan pelbagai watak Disney selain menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang cukup lumaya. Apa yang lebih menarik ialah, program kali ini turut menyediakan pelbagai jenis popcorn keluaran GSC untuk dirasai oleh setiap peserta sepanjang program berlangsung. Memang seronok lah Hans dapat makan popcorn percuma. Sudah lah percuma, sedap pula rasanya. Alhamdulillah!
Hans paling teruja apabila dapat berjumpa dan bergambar dengan maskot Popcorn GSC yang sangat comel. Rasa-rasanya Hans lagi teruja bergambar dengan Popcorn Gergasi ini daripada kanak-kanak sendiri. Hahaha!
Lebih menggembirakan Hans ialah dapat berjumpa dan berborak lama dengan pengacara aplikasi popular kegemaran ramai buat masa sekarang iaitu Dooit. Mesti sesiapa yang pernah main permainan Dooit yang jawab sebelas soalan akan kenal Sean, pengacara lelaki seperti di dalam gambar di bawah tu kan? Selepas ini kalau Hans menang Dooit jangan masing-masing terkejut pula. Hahaha!
Program GSC Popcorn Walk 2018 yang merupakan edisi kedua ini nampaknya menunjukkan peningkatan penyertaan peserta yang sangat positif. Jika dibandingkan pada tahun lepas, peningkatan penyertaan peserta kali ini ialah lebih daripada 400 peserta kerana edisi kali ini menunjukkan lebih 1000 peserta telah mengambil bahagian berbanding 600 peserta sahaja pada tahun lepas. Tahniah kepada pihak GSC atas kejayaan penganjuran program kali ini.
Apa yang menarik pada penganjuran kali ini ialah program GSC Popcorn Walk 2018 memberikan setiap peserta sebuah pasport untuk mereka dapatkan cop setem bagi setiap aktiviti menarik yang telah mereka lakukan di sekitar 1Utama Central Park. Sesiapa yang berjaya mengumpulkan 5 cop setem berpeluang untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah serta menerima sebuah pingat ekslusif GSC Popcorn Walk 2018 yang cukup menarik.
Ada sepuluh tugasan yang yang menawarkan cop setem kepada setiap peserta mengikut kawasan yang disediakan. Memandangkan peserta terlampau ramai dan cuaca kurang mengizinkan, Hans hanya berkesempatan mencuba permainan Crazy Ball dan Zorb Ball. Cuba lihat video dibawah sebagai bukti Hans telah bermain permainan Zorb Ball yang sangat memenatkan tetapi menghiburkan. Hahaha!
Maklum sahaja lah Hans jarang bermain permainan lasak macam ini. Keluar sahaja dari Zorb Ball ini terus rasa penat macam berlari 2 kilometer. Hahaha! Apa-apapun, memang satu pengalaman menarik untuk Hans sebab baru pertama kali berpeluang main permainan ini.
Menurut Ms. Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas, sebagai salah satu panggung wayang yang terkemuka dan utama di Malaysia, pihak GSC sentiasa menyasarkan untuk memberikan kepada setiap pelanggannya pengalaman pawagam yang menarik dan berharga. Jadi, program GSC Popcorn Walk ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk terus berkarya dan memberikan pengalaman baru yang sesuai untuk seluruh keluarga tidak kira yang muda mahupun yang tua. Pihak GSC juga sangat teruja untuk menganjurkan acara ini sekali lagi kerana mereka percaya ia mampu merapatkan hubungan kekeluargaan untuk berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama disamping menggalakkan kehidupan yang sihat dan seterusnya memberi mereka peluang untuk bersama-sama menonton filem animasi yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2018 ini.
Pihak GSC juga mengucapkan terima kasih kepada The Walt Disney (Malaysia) yang memainkan peranan utama di dalam membantu menjayakan program GSC Popcorn Walk pada tahun ini. Di samping itu, pihak GSC sangat berbesar hati dengan semua penaja acara ini seperti Coca-Cola, Spritzer, MyDebit, RinggitPlus dan ThunderMatch kerana membantu menjadikan acara kali ini berjaya dengan cemerlangnya.
Selepas tamat cabutan bertuah, Hans dan para peserta yang lain telah dibawa untuk menonton filem Ralph Breaks The Internet di GSC 1Utama yang sudah mula ditayangkan di seluruh cawangan GSC pada 22 November 2018 yang lepas.
Untuk maklumat lanjut mengenai GSC Popcorn Walk 2018, anda boleh melihat tanda pagar #GSCPopcornWalk untuk melihat pelbagai gambar menarik di laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

P/S : Terima Kasih Tidak Terhingga Kepada Pihak Golden Screen Cinemas (GSC) Atas Jemputan. Semoga Kita Dapat Bekerjasama Dalam Program-Program Seterusnya Selepas Ini :)

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama