Hans Di Tayangan Media Filem Guang

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah kali ini Hans berkesempatan menghadiri Tayangan Media untuk filem Mandarin tempatan terbaru iaitu filem Guang yang berlangsung di mmCineplexes, eCurve pada hari Jumaat, 16 November 2018 yang lepas.


Untuk sesiapa yang mungkin tidak pernah mendengar atau tahu langsung tentang filem yang hebat ini, Hans berkongsikan dengan anda semua sinopsis filem ini seperti yang tertulis di bawah.



Sinopsis: Filem ini mengisahkan Wen Guang yang merupakan abang kepada Didi tetapi disebabkan Guang mengidap autism dan sering disalah anggap ramai pihak, maka Didi terpaksa sentiasa memerhati dan menjaga Guang daripada sebarang masalah atau bahaya yang timbul. Guang juga mempunyai masalah tidak dapat fokus kepada sesuatu perkara dan sukar untuk bersosial dengan orang awam di luar sana. Didi yang risau dengan masa depan Guang sentiasa berusaha mencarikan kerja untuk abangnya dan memaksa Guang untuk menghadiri temuduga kerja untuk mendapatkan duit belanja sendiri. Dalam pencarian kerja, Guang mula menyedari minatnya terhadap bunyi yang terhasil daripada gelas dan mula mengumpul pelbagai jenis dan bentuk gelas kaca untuk tujuan yang tidak diketahui sesiapa. Pada masa yang sama, dia juga merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan adiknya. Suatu hari, Guang telah berjaya mengumpul gelas terakhir yang dicari-cari olehnya selama ini. Perasaan gembiranya tidak dapat digambarkan namun suatu insiden telah berlaku dan menyebabkan perubahan ketara di dalam hidup Guang serta hubungannya dengan Didi. Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Guang? Saksikan filem yang penuh dengan elemen kekeluargaan dan kesedihan ini di pawagam berhampiran anda pada 29 November 2018 akan datang untuk mengetahui jawapannya.


Selepas tayangan filem Guang ini tamat, Hans berkesempatan menghadiri sidang media bersama barisan pelakon utama serta pengarah untuk mendengar sendiri pengalaman mereka sepanjang terlibat di dalam filem yang cukup menyentuh hati ini. Serius filem ini memang sangat menarik, menghiburkan dan membuatkan kita lebih memahami dugaan yang dihadapi oleh penghidap autism serta mereka yang dekat dengan penghidap autistik ini. Sebuah karya yang sangat berkualiti.


Jadi, kepada yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

P/S : Memang Puas Hati Dapat Tonton Filem Yang Menarik Dan Terbaik Sepanjang Minggu Ini! Harap Lepas Nih Dapat Tonton Lebih Banyak Karya-Karya Bermutu Supaya Masa Yang Digunakan Terasa Berbaloi :)

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selalu cerita macam ni susah nak jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah kalau ramai kongsikan kehebatan filem nih mesti boleh meletul punya :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama