Sabtu, 24 November 2018

Pinkfong & Baby Shark Promo Tour

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, untuk artikel kali ini Hans nak berkongsi serba sedikit tentang animasi. Ada tak pembaca yang sedang membaca sekarang pernah melihat, menonton atau mengetahui tentang siri animasi Pinkfong & Baby Shark? Kalau anda tidak mengenali watak animasi Pinkfong & Baby Shark ini memang Hans faham dan terbukti bahawa anda semua sudah pun dewasa. Tetapi, Hans yakin jika soalan ini ditanyakan kepada anak anda, pasti mereka akan mengenali watak animasi ini yang bukan sahaja telah mencetuskan fenomena dengan tarian lucu dan bersahaja mereka pada tahun lepas tetapi turut berjaya merekodkan jumlah tontonan video yang tinggi di seluruh dunia iaitu lebih daripada tiga bilion jumlah tontonan. Memang sangat dasyat!



Jadi, disini Hans nak kongsikan sebuah berita baik buat semua pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil atau yang sedang bersekolah. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah maka inilah masanya untuk anda ambil kesempatan ini untuk memberikan anak-anak kesayangan anda satu pengalaman manis yang sangat berharga di dalam hidup mereka. Ini kerana sempena musim cuti sekolah ini, pihak Only World Group Holding Berhad (OWG) dengan kerjasama pihak ASTRO akan menunaikan impian anak-anak anda dengan membawakan Pinkfong & Baby Shark ini menemui sang cilik selama dua hari di dalam program Pinkfong & Baby Shark Promo Tour yang akan berlangsung pada 15 Disember sehingga 16 Disember 2018 ini bertempat di Taman Teman Dalaman Terbesar yang terletak di Pulau Pinang iaitu The Top Penang.


Majlis pelancaran Pinkfong & Baby Shark Promo Tour ini telah dirasmikan pada 22 November 2018 di Glenmarie, Shah Alam oleh Pengasas Dan Ketua Pegawai Eksekutif OWG iaitu Tan Sri Richard Koh. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Sri Jean Koh, Ketua Pegawai Operasi OWG dan Jeffrey Woo yang merupakan Penolong Kanan Naib Presiden Ketua Digital TV - Jualan Media dari Measat Broadcast Network System. 


Majlis turut diserikan dengan tarian istimewa Pinkfong & Baby Shark yang sangat mencuit hati dan membuatkan para media turut terhibur dan hampir-hampir ikut sama menari bersama dua maskot animasi ini. Selain bertemu dengan Pinkfong & Baby Shark, percutian anda di The Top Penang pasti akan lebih bermakna kerana lokasi pelancongan terbaru ini turut menawarkan pelbagai tarikan terbaru seperti pelbagai jenis taman tema serta permainan yang menarik di bahagian luar serta di tingkat 3, 5 dan 6 bangunan Komtar. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga nanti ialah Jurasicc Research Centre, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Top Boutique Aquarium dan pelbagai lagi tempat yang cukup menarik di dalam The Top Penang ini. Selain itu, anda pasti akan terpesona kerana dapat menyaksikan keindahan pemandangan keseluruhan Pulau Pinang melalui jendela The Top Penang yang menjanjikan seribu satu kegembiraan buat anda yang memilih lokasi ini sebagai percutian akhir tahun anda..



Jadi, kepada sesiapa yang berminat atau memang sudah tidak sabar-sabar lagi ingin datang ke The Top Penang untuk bercuti, berhibur serta bertemu dengan Pinkfong & Baby Shark, anda boleh lihat info di bawah sebagai rujukan untuk menempah atau membeli tiket. Jangan tunggu lama-lama kerana takut anda tidak sempat membeli tiket nanti sebab habis dijual. Nanti sedih pula anak-anak anda di rumah sebab tak dapat nak tengok Pinkfong & Baby Shark beraksi.

Pinkfong & Baby Shark Promo Tour

Tarikah:
15 & 16 Disember 2018

Lokasi:
The Top Penang,
1, Jalan Penang,
10000 George Town,
Penang,
Malaysia.

Waktu Persembahan, Sesi Bergambar & Autograf Bersama Peminat:
15 Disember 2018 : 11.00 A.M , 3.00 P.M & - 7.00 P.M
16 Disember 2018 : 11.00 A.M , 3.00 P.M & - 7.00 P.M

Harga:
RM180 (1 Dewasa + 1 Kanak-Kanak)
+
Makan Tengahari Atau Makan Malam Percuma Untuk Kanak-Kanak
+
Barangan Ekslusif
+
Baucar Tunai

Telefon:
+604 262 3800

Email:
sales@thetop.com.my

Laman Web:

P/S : Hans Pun Rasa Tak Sabar-Sabar Nak Pergi The Top Penang Bulan Disember Nanti! Mesti Seronok Punya :)

6 ulasan:

  1. wah, bestnya... memang anak-anak sula pinkfong dan baby shark ni. Kena save d date ni, nanti lupa. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila-sila nanti berkunjung ke sana
      tambah-tambah tengah promosi tu
      jimat habis

      Padam
  2. menarik ni Hans. budak-budak memang suka betul characters ni. anak-anak boleh tengok Pinkfong & Baby Shark. Mak-mak boleh sambung shopping pulak kat komtar hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe....
      memang menarik sebab dekat sini ada macam-macam lagi permainan dan taman tema di dalam dan diluar komtar tu
      memang berbaloi lah tambah-tambah promosi tiket beli satu percuma satu pula untuk kanak-kanak

      Padam
  3. Lagu Pinkfong & Babyshark tu boleh tahan catchy, kadang2 boleh terhumming tak pasal2... hahaha :'D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      jangan ikut menari sudah
      haru biru jadinya nanti
      hehehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com