Ahad, 16 Disember 2018

Review Filem Bumblebee

Ahad, Disember 16, 2018 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Bumblebee sempena tayangan sneak preview di TGV Cinemas Sunway Pyramid pada tanggal 14 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Jumaat, 14 Disember 2018

Review Filem Unstoppable

Jumaat, Disember 14, 2018 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Unstoppable di Mmcineplex Damansara pada 13 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Khamis, 13 Disember 2018

Review Filem Aquaman

Khamis, Disember 13, 2018 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah dijemput ke tayangan media untuk menonton filem Aquaman yang berlangsung di TGV Cinemas One Utama pada 6 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 11 Disember 2018

Review Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse

Selasa, Disember 11, 2018 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem animasi terbaru berjudul Spider-Man: Into The Spider-Verse di TGSC IOI Mall Puchong pada 9 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Isnin, 10 Disember 2018

Review Filem Kedarnath

Isnin, Disember 10, 2018 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Bollywood terbaru berjudul Kedarnath di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada 9 Disember 2018 yang lepas. 


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 9 Disember 2018

Review Filem One Cut Of The Dead

Ahad, Disember 09, 2018 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak TGV Pictures Sdn Bhd untuk menghadiri tayangan ekslusif sebuah filem dari negara Jepun berjudul One Cut Of The Dead yang berlangsung di TGV Cinemas One Utama pada 7 Disember 2018 yang lepas. 


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Sabtu, 8 Disember 2018

Review Filem Mortal Engines

Sabtu, Disember 08, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah pada 7 Disember 2018 yang lepas, Hans berkesempatan menonton filem Mortal Engines bertempat di TGV Cinemas The Mines


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Khamis, 6 Disember 2018

Jom Jalan Bersama Firefly Holiday

Khamis, Disember 06, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hari ini Hans berpeluang menghadiri majlis pelancaran Firefly Holiday Jom Jalan yang berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 6 Disember 2018.


Berita baik buat anda semua yang tergolong di dalam kategori gemar melancong, kaki makan dan suka membeli-belah kerana Jom Jalan Bersama Firefly Holiday menawarkan diskaun lebih 50 peratus apabila anda menempah penerbangan serta hotel yang ditawarkan. Untuk pengetahuan anda semua, Firefly merupakan sebuah syariakt penerbangan yang menyediakan penerbangan paling murah untuk hotel berstatus tiga bintang hingga lima bintang.

Hans Bersama Mr Ignatius Ong, CEO Firefly Airlines

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Ignatius Ong, syarikat penerbangan tersebut telah menerima lebih 180 tempahan daripada pelanggan setia Firefly dan Malaysia Airlines sejak pelancaran awalnya pada bulan Oktober yang lalu dan penerimaan serta maklum balas yang diterima daripada pelanggan mereka adalah positif. Sasaran awal mereka melalui kempen Jom Jalan ini ialah 500 tempahan pada setiap suku tahun bermula tahun hadapan.



Untuk mencapai sasaran tersebut, pihak Firefly turut menjalinkan kerjasama yang baik dengan syarikat GoQuo yang merupakan satu platform yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan hotel, sewa kereta, aktiviti dan lawatan, insurans, pengangkutan dan pelbagai lagi untuk memudahkan para pelanggan Firefly selepas ini.

Hans Bersama Mr Ron Ramanan, Pengasas GoQuo 

Selain itu, pihak Firefly turut merancang untuk bekerjasama dengan banyak lagi organisasi berpotensi yang terlibat di dalam industri pelancongan untuk meneroka inisiatif pelancongan baru seperti pelancongan perubatan, eko pelancongan, makanan, penggembaraan dan membeli-belah.


Sekitar Majlis Pelancaran Jom Jalan! Bersama Firefly Holiday Dan GoQuo

Antara organisasi-organisasi hebat yang menjadi pilihan Firefly untuk perancangan kerjasama ialah seperti KTM Holidays dan Tourism Malaysia. Secara tidak langsung ini memberikan lebih manfaat kepada semua pelanggan Firefly yang menggunakan perkhidmatan mereka.


Firefly Holiday ini merupakan sebuah portal yang sangat bagus buat anda yang menjadi pelanggan Firefly kerana anda bukan sahaja diberi pilihan untuk menyusun jadual anda mengikut kesesuaian tetapi anda turut boleh memilih sendiri waktu penerbangan, hotel serta pengangkutan yang anda gemari di portal ini. Jadi, Jom Jalan Bersama Firefly Holiday sekarang!

P/S : Memang Berbaloi Dan Jimat Habis Dengan Firefly Holiday Ini :)

Rabu, 5 Disember 2018

Pelancaran Projek Soapful: Kitar Semula Sabun

Rabu, Disember 05, 2018 12
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hari ini Hans berasa cukup gembira kerana berpeluang menghadiri majlis pelancaran Soapful yang berlangsung cukup meriah di Sunway Hotels & Resorts pada 5 Disember 2018. Lebih menarik kerana majlis ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.
Untuk pengetahuan semua, majlis kali ini adalah untuk menunjukkan kejayaan melalui hasil kerjasama beberapa agensi yang terlibat di dalam program Soap Repurposing Project iaitu Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd, Selangor Youth Community (SAY) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan. Manakala pihak Sunway Hotels & Resorts pula mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen kesedaran tentang kebaikan mengitar semula sabun yang telah digunakan bertujuan untuk manfaat dan kesejahteraan alam sekitar.
Program kali ini secara tidak langsung berjaya membuka mata dan menjawab persoalan Hans yang bermain sebelum ini tentang kemana perginya sabun-sabun yang digunakan selepas kita menginap di hotel. Maklum sahajalah kita semestinya tidak dapat menghabiskan sabun buku hanya melalui beberapa kali penggunaan sahaja. Jadi, Hans berasa kagum dan gembira apabila program sebegini dilancarkan kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui program yang mesra kepada alam sekitar seperti ini.
Menurut Pengurus Kanan Serantau Sunway Hotels & Resorts, Kelly Leong yang menyatakan mereka sangat komited melancarkan kempen ini sebagai satu langkah inisiatif untuk memproses semula sabun-sabun hotel supaya boleh digunakan kembali. Ini disebabkan kebanyakan sabun di hotel sering dibuang ke tempat pelupusan sampah sedangkan ia masih boleh digunakan.
Sejumlah 1000 buku sabun telah berjaya dikumpul sejak bulan Julai yang lepas untuk dikitar semula dan diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) bagi membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan ini untuk mengasah kemahiran serta mempelajari cara memproses dan membuat sabun seterusnya membantu mereka untuk menjana pendapatan dan mampu membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
Jadi, gambar di atas merupakan cara-cara pembuatan sabun Soapful ini dilakukan supaya para pembaca lebih mengetahui tentang keistimewaan sabun ini. Terdapat tujuh langkah dimana permulaannya ialah membersihkan tangan daripada kuman sebelum proses mengikis, melenyek, memanaskan dan membentuk semula sabun mengikut acuan yang disediakan.
Kemudiannya, Hans berkesempatan pula melihat proses akhir iaitu pembungkusan sabun Soapful ini yang berjaya ditunjukkan kepada Hans dan para media yang lain oleh adik-adik comel daripada PKAYDEM ini dengan begitu kemas sekali.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan untuk sama-sama mencuba proses pembuatan sabun Soapful ini bersama-sama anak-anak yatim dari PKAYDEMHans turut dimaklumkan sabun-sabun kitar semula ini diambil dari lima rangkaian hotel kepunyaan Sunway Hotels & Resorts iaitu Sunway Putra Hotel, Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat. Tahniah kepada pihak Sunway Hotels & Resorts kerana program ini sedikit sebanyak berjaya menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Semoga lebih ramai pihak mengikut jejak langkah pihak Sunway Hotels & Resorts agar lebih banyak pihak yang beroleh manfaat.

P/S : Seronok Tengok Gelagat Anak-Anak Yatim Dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) Pada Majlis Sebentar Tadi.

ONE Championship: Destiny Of Champions

Rabu, Disember 05, 2018 0
Assalammualaikum semua. Pada 4 Disember 2018 yang lepas, Hans berkesempatan menghadiri majlis pelancaran One Championship: Destiny Of Champions yang bertempat di bangunan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh ONE Championship™ (ONE) serta menampilkan empat orang bintang handalan dalam sukan seni mempertahankan diri tanah air. 


Peluang bertentang mata dan melihat aksi yang dipamerkan mereka sewaktu sesi pengenalan membuatkan Hans berasa teruja dan pada masa yang sama turut merasa kagum kerana tidak menyangka atlet ONE Championship yang terdiri daripada anak tempatan mempunyai kemahiran dan bakat yang cukup mengagumkan.

Dari kiri: Gianni Subba, Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Mahmoud Mohammed.

Atlet ONE Championship yang dimaksudkan ini ialah bekas pencabar gelaran Dunia ONE  iaitu Agilan “Alligator” Thani, peninju flyweight terbaik iaitu Gianni Subba, bintang yang sedang melonjak naik yang merupakan seorang wanita dan dikenali sebagai Jihin “Shadow Cat” Radzuan serta pendatang baharu yang sedang meningkat naik iaitu Mahmoud “Jordan Boy” Mohammed. 


Memang begitu banyak para media tempatan serta luar negara yang hadir pada majlis pelancaran ini. Lebih menarik para media diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada empat jaguh yang hebat ini. Jadi, semestinya kisah serta pengalaman mereka menjadi tumpuan Hans dan media yang lain untuk diketahui selain bertanyakan tentang lawan mereka pada perlawanan yang akan datang.

Aksi Agilan Thani Sewaktu Majlis Pelancaran One Championship: Destiny Of Champions  

Salah seorang atlet ONE iaitu Agilan Thani sempat berkongsi dengan para media tentang ramalannya pada perlawanan akan datang yang menemukannya dengan jaguh dari negara Kyrgyzstan iaitu Kiamrian Abbasov. Menurut Agilan, lawannya pada kali ini adalah agak sukar dan merbahaya. Jadi, dia tidak boleh memandang rendah kepada sesiapa pun memandangkan divisyen welterweight dalam ONE Championship adalah sangat dalam dan banyak pendatang baharu. Untuk itu, dia menyatakan dia sentiasa perlu memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Agilan turut berkongsi kisah bahawa dia tidak pernah berhenti bekerja dan perlu melakukan segala-galanya yang termampu untuk menjadi terbaik. Sehingga kini, dia sudah bekerja dengan gigih untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan ini untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa dia sememangnya layak berada di tangga atas. Jadi, dia berazam untuk menunjukkan kepada semua terutamanya penonton tempatan tentang kemahirannya pada perlawanan Jumaat ini. 

Dari kiri: Gianni Subba, Jihin Radzuan dan Mahmoud Mohammed.

Manakala Gianni Subba pula yang bakal berdepan dengan lawan dari China iaitu Ma Hao Bin pula berpendapat lawannya kali ini adalah seorang anak muda yang kuat dan sangat agresif kerana kehebatannya di dalam pergerakan dan kardio. Gianni telah membuat banyak persiapan di Kuala Lumpur dan juga dengan kumpulan MMA Bali dan berharap dapat memberikan persembahan terbaik di Arena Axiata nanti. Semestinya misi utama Gianny ialah untuk meningkatkan persaingan dalam perlawanan ini dan seterusnya merebut kemenangan daripada menjadi milik jaguh dari negara tembok besar tersebut. Jadi, dia telah bersiap sedia pada hari perlawannya nanti.

Aksi Jihin Radzuan Sewaktu Majlis Pelancaran One Championship: Destiny Of Champions  

Atlet wanita One yang mencuri tumpuan pada media pada kali ini iaitu Jihin Radzuan berkongsi tentang minatnya di dalam seni mempertahankan diri sehingga membuatkan dia berdiri di atas pentas ONE pada hari ini. Jihin menganggap menjadi atlet ONE merupakan satu hikmah kepada dirinya kerana dia dapat melakukan apa yang dicintai dan dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam pertandingan seni mempertahankan diri. Dia turut menyatakan perasaannya ketika berjalan menuruni tanjakan dengan menggalas bendera Malaysia di atas bahu adalah satu perasaan yang sangat hebat. Tambahan pula Jihin menganggap peluangnya untuk bertanding menentang jaguh dari Taiwan iaitu Jenny Huang  yang pernah bergelar bekas pencabar Juara Dunia One adalah satu penghormatan kepada dirinya kerana dapat menguji kemahirannya dan membuktikan hasil usaha keras yang dilakukannya selama ini tidak sia-sia.


Manakala pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Mahmoud Mohammed pula berkongsi rasa bangganya apabila diberi penghormatan untuk berjalan seiring dengan hero Malaysia yang selama ini menjadi contoh kepada kerjayanya ini. Mahmoud turut menyatakan rasa syukurnya kepada ONE kerana memberikan dirinya peluang untuk bertanding. Jadi, dia ingin membuktikan kepada penonton pada perlawanan pertamanya nanti menentang jaguh dari Greece iaitu Stergos Mikkios bahawa dia akan memberikan penonton persembahan yang terbaik dan membawa pulang knockout. 


Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada empat orang jaguh handalan negara kita ini kerana mereka sememangnya hebat dan sangat membanggakan negara. Jadi, kepada semua peminat Super Series Muay Thai yang ingin menonton aksi bintang-bintang handalan daripada Malaysia, anda boleh melihat butiran dibawah untuk rujukan anda mengenai harga tiket serta jadual perlawanan mereka. Selamat menonton dan memberikan sokongan kenapa anak-anak Malaysia yang pasti akan mengharumkan nama negara pada kejohanan ini.

ONE CHAMPIONSHIP: DESTINY OF CHAMPIONS

Tarikh:
7 Disember 2018

Waktu:
6.30 Petang

Lokasi:
Axiata Arena Kuala Lumpur

Laman Web:
www.onefc.com

Twitter:
ONE Championship

Instagram:

Facebbok:
ONE Championship

Isnin, 3 Disember 2018

Jom Bantu Kempen Back To School 2019

Isnin, Disember 03, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kali nih Hans nak berkongsi serba sedikit tentang sebuah kempen amal yang dilakukan oleh PERKASIH yang sedang menjalankan kempen BACK TO SCHOOL 2019! untuk membantu pelajar-pelajar dari golongan asnaf dan anak yatim untuk sesi persekolahan pada tahun hadapan.


Jadi, Hans merayu kepada semua pembaca agar jika tidak mampu untuk memberi sumbangan dari segi wang ringgit maka tolonglah kongsikan artikel ini di laman sosial masing-masing supaya lebih ramai yang mengetahui tentang kempen ini dan seterusnya berjaya mencapai misi membantu golongan yang memerlukan ini. Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi atau mesej pada nombor yang tertera di atas gambar.

P/S : In Sha Allah Sama-Sama Kita Membantu Usaha Murni Ini :)

Ahad, 2 Disember 2018

Penerbangan Percuma Untuk Pengguna Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank

Ahad, Disember 02, 2018 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Sebagai salah seorang ahli AirAsia Bloggers Community (AABC), Hans telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank pada 30 November 2018 yang lepas di Hong Leong Tower, Damansara City Mall, Kuala Lumpur.


Majlis pelancaran kali ini ialah ia merupakan sebahagian daripada pengenalan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank di peringkat serantau dimana kad kredit ini mesti ada dan perlu dimiliki oleh para pengembara kasual dan penumpang yang sentiasa mengambil penerbangan kerap ke pelbagai destinasi laluan AirAsia untuk memudahkan para pelanggan mereka untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas. Apa yang lebih menarik ialah Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank ini adalah kad kredit perjalanan terunggul yang membolehkan para pemegang kad mendapat penerbangan percuma dan sebagainya secara mudah. Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik. 


Apa yang membuatkan Hans teruja kerana sebagai permulaan kepada penerbangan percuma yang pantas, para pemegang kad akan menikmati bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG. Serius 25,000 mata ganjaran merupakan jumlah yang sangat besar dan pastinya memberikan satu berita yang amat menggembirakan buat para pemegang kad yang menggunakan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank secara aktif untuk menebus penerbangan. Dibawah adalah butiran berkenaan keistimewaan pemegang Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank ini:

Pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank 
Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 5,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM5,000 untuk setiap sukuan kalendar = 5,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan. 

Pemegang Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 3,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan. 
Belanja minimum RM3,000 untuk setiap sukuan kalendar = 3,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes bersama Pengurus Visa Negara untuk Malaysia (lima dari kanan) dan juga kumpulan pengurusan kanan mereka.

Selain itu juga, para pemegang kad boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas dengan kombinasi perbelanjaan rendah tetapi mendapat kadar tinggi iaitu sebanyak 6 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan ke atas penerbangan AirAsia, serta 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara atau RM3 di dalam negara menerusi Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank atau RM5 di dalam negara bagi Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank. 

Bukan itu sahaja, untuk para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank pula turut menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan berkelayakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, pelancaran kad kredit AirAsia Hong Leong ini adalah sebahagian daripada perancangan pihak AirAsia untuk mengubah Kesetiaan BIG daripada sebuah program kesetiaan kepada BIG Life iaitu sebuah perniagaan berasaskan perjalanan dan gaya hidup. Kad-kad ini bukan sahaja membolehkan para ahli BIG mendapat Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka, malah ia juga menjadikan Mata Ganjaran BIG lebih mudah untuk didapati, satu langkah utama dalam meluaskan kegunaan Mata Ganjaran BIG sebagai matawang digital yang bernilai bukan sahaja untuk penerbangan malah untuk kegunaan harian. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda pula yakin bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank akan menjadi kad kredit perjalanan terunggul di Malaysia kerana ia menepati dua tabiat pengguna paling relevan di Malaysia apabila berpergian: kekerapan dan kesedaran kos. Ini disokong melalui data yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini merupakan salah satu di antara 5 penumpang penerbangan tertinggi di peringkat global dengan jumlah purata 5.5 penerbangan setahun dimana 83 peratus daripada mereka mendaftar masuk penerbangan di atas talian atau menerusi telefon mudah alih untuk lebih kemudahan. Para pengembara Malaysia juga turut dikenali sebagai pengembara dengan kesedaran kos tertinggi di Asia dengan 97 peratus meletakkan harga sebagai faktor paling penting apabila menempah perjalanan. Pihak Hong Leong Bank berasa amat teruja bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank memberikan para pelanggan mereka nilai yang nyata menerusi setiap penggunaan dan membolehkan mereka menikmati lebih banyak pengalaman pengembaraan yang mengasyikkan dan penuh kenangan kerana setiap perbelanjaan secara automatik akan memberikan mereka Mata Ganjaran untuk penerbangan percuma dengan mudah.

P/S : Jadi, ambil peluang keemasan ini untuk mendaftar sebagai pengguna Kad Kredit AirAsia di airasiacards.com bagi memulakan pengembaraan anda dengan penerbangan percuma dan nikmati pelbagai keistimewaan eksklusif yang akan mengangkat pengalaman pengembaraan anda ke tahap yang tertinggi.

Sabtu, 1 Disember 2018

Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018

Sabtu, Disember 01, 2018 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kepada sesiapa yang macam mati kutu atau tidak tahu apa yang nak dilakukan pada hujung minggu ini, apa kata anda semua datang berkunjung ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 yang dianjurkan dengan jayanya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


Hans berkesempatan hadir ke Karnival YEZ ini yang berlangsung cukup meriah di dalam perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid yang terletak di Wangsa Maju. Karnival ini telah bermula pada hari ini (1 Disember 2018) dan akan berakhir pada keesokan hari (2 Disember 2018)Anda semua sudah boleh datang ke Karnival YEZ bermula dari pukul 9 pagi lagi. Memandangkan begitu ramai yang hadir sewaktu Hans berada disana tadi jadi mungkin anda mengalami kesukaran untuk mencari parkir kereta. Jadi, Hans menggalakan anda semua untuk menggunakan servis Grab, MYCar atau pengangkutan awam yang lain untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa anda.


Pada pandangan peribadi Hans, masa yang dihabiskan untuk berkunjung ke Karnival Yez ini sememangnya sangat berbaloi kerana disini terdapat 90 gerai jualan yang cukup menarik perhatian termasuk gerai jualan dari asnaf. Selain itu, aktiviti menarik yang lain turut disediakan disini seperti aktiviti memanah serta pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.  Selain anda berkunjung ke pelbagai jenis gerai jualan, makanan dan pakaian, jangan lupa untuk pastikan anda mengunjungi kaunter zakat dan baitumal yang disediakan untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai langkah mudah pembayaran zakat. 


Hans melihat karnival seperti Karnival YEZ ini merupakan satu program yang cukup bagus dan sangat berpotensi untuk meningkatkan kesedaran serta menyedarkan pembayar zakat tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim untuk menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat. Disamping itu, usaha promosi yang lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini juga dilihat dapat meningkatkan lagi prospek pembayar zakat dan sekali gus berjaya meningkatkan lagi hasil kutipan zakat yang diperoleh. Hal ini akan membuatkan lebih ramai pihak yang memerlukan dapat dibantu dengan hasil kutipan zakat yang diperoleh. Tahniah Hans ucapkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


Selain daripada memberi fokus utama kepada zakat dan pembayaran zakat, Karnival YEZ juga turut dipenuhi dengan aktiviti keagamaan yang bukan sahaja berfaedah dan bermanfaat kepada pengunjung tetapi menariknya ia disampaikan secara santai olehramai tokoh agama serta selebriti yang mewarnai Karnival YEZ sepanjang dua hari karnival ini berlangsung.


Seperti pada hari pertama yang berlangsung sebentar tadi, Hans berpeluang bertentang mata dengan PU Rahmat, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Man Raja Lawak untuk mendengar ceramah keagamaan mereka sewaktu program Liga Quran bermula. Memang banyak info serta ilmu baru yang Hans peroleh sepanjang mendengar celoteh dan ceramah agama mereka yang disampaikan secara santai dan diselitkan elemen lucu untuk menarik perhatian pengunjung pada pagi tadi.


Kemudian, program diteruskan pula dengan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (YEAR END ZAKAT) 2018 oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta pihak penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my.


Majlis kemudian diteruskan pula dengan sesi pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai hingga Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd dan pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos hingga Oktober 2018) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Karnival YEZ kemudian diserikan dengan kemunculan istimewa maskot Didi & FRIENDS yang membuatkan adik-adik kecil jadi tidak keruan buat seketika waktu. Hahaha!


Selain pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengunjung pada hari pertama Karnival YEZ seperti pertandingan mewarna dan gusti lengan, para pengunjung juga turut akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Hijjaz, Saujana, Ali XPDC, Raihan dan D'Vision pada pukul 9 malam ini. Lebih menghiburkan apabila program ini akan diserikan dengan keletah Shuk Hot FM dan Atu Zero yang bertindak sebagai pengacara majlis pada hari pertama Karnival YEZ.


Kepada sesiapa yang terlepas untuk datang pada hari ini, jangan risau kerana anda boleh berkunjung ke Karnival YEZ pada keesokan hari. Hari kedua Karnival YEZ dihebatkan lagi dengan kehadiran selebriti serta tokoh agama seperti Amin Idris, IM Asyraf, PU Amin dan Heliza Helmi yang akan berada di dalam program Grand Dhuha yang bermula pada pukul 9.30 pagi.


Pertandingan Azan pula akan mengambil tempat pada pukul 11 pagi dan istimewanya apabila penyertaan terbuka kepada semua pengunjung. Jadi, tidak kira sama ada si cilik, remaja, dewasa mahu pun veteran boleh menyertai pertandingan ini.


Kepada pengunjung yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau untuk membawa anak-anak anda ke Karnival YEZ 2018 kerana mereka pasti gembira dapat bertemu dan beramah mesra bersama maskot animasi Islamik kegemaran ramai iaitu Omar & Hana yang akan muncul pada pukul 5 petang. Seterusnya, program kemuncak pada hari terakhir ini akan diserikan dengan persembahan Hafiz Hamidun sebelum anda berpeluang mendengar forum yang membincangkan topik-topik menarik daripada ustaz-ustaz terkenal. Antaranya ialah Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daut At-Turabi dan juga Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang manakala Bell Ngasri pula akan bertindak selaku pengacara majlis pada malam kemuncak ini.


Salah satu aktiviti yang paling disukai oleh mana-mana pengunjung karnival ialah cabutan bertuah. Jadi, pastikan anda atau sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan kawasan Wangsa Maju untuk mengambil peluang dan kesempatan ini dengan hadir ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 pada hari Ahad, 2 Disember 2018. Mungkin anda salah seorang yang bertuah untuk memenangi salah satu hadiah daripada 37 cabutan bertuah yang disediakan untuk para pengunjung. Paling menarik semestinya Hadiah Utama Cabutan Bertuah yang bernilai RM2500. Rugi sangat kalau anda tidak datang berkunjung ke Karnival YEZ ini.


Jadi, Hans sangat sarankan para pembaca semua untuk mengambil peluang keemasan ini dengan menghabiskan cuti hujung minggu ini dengan hadir ke Karnival YEZ yang sedang berlangsung di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid yang terletak di Wangsa Maju pada hari ini (1 Disember 2018) serta pada hari Ahad esok (2 Disember 2018). Selain merapatkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan, anda turut mendapat pelbagai jenis ilmu, ilmu agama, maklumat, memperoleh pelbagai hadiah percuma di gerai-gerai terpilih serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Siapa nak bagi kan? Jadi, selamat berkunjung ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018.

PUSAT PUNGUTAN ZAKAT

Alamat:
Wisma PPZ,
68-1-6, Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Telefon:
03 9289 5757

Email:
info@zakat.com.my

Laman Web:
www.zakat.com

Facebook:
Pusat Pungutan Zakat

Instagram:
Pusat Pungutan Zakat