Sabtu, 1 Disember 2018

Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kepada sesiapa yang macam mati kutu atau tidak tahu apa yang nak dilakukan pada hujung minggu ini, apa kata anda semua datang berkunjung ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 yang dianjurkan dengan jayanya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


Hans berkesempatan hadir ke Karnival YEZ ini yang berlangsung cukup meriah di dalam perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid yang terletak di Wangsa Maju. Karnival ini telah bermula pada hari ini (1 Disember 2018) dan akan berakhir pada keesokan hari (2 Disember 2018)Anda semua sudah boleh datang ke Karnival YEZ bermula dari pukul 9 pagi lagi. Memandangkan begitu ramai yang hadir sewaktu Hans berada disana tadi jadi mungkin anda mengalami kesukaran untuk mencari parkir kereta. Jadi, Hans menggalakan anda semua untuk menggunakan servis Grab, MYCar atau pengangkutan awam yang lain untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa anda.


Pada pandangan peribadi Hans, masa yang dihabiskan untuk berkunjung ke Karnival Yez ini sememangnya sangat berbaloi kerana disini terdapat 90 gerai jualan yang cukup menarik perhatian termasuk gerai jualan dari asnaf. Selain itu, aktiviti menarik yang lain turut disediakan disini seperti aktiviti memanah serta pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.  Selain anda berkunjung ke pelbagai jenis gerai jualan, makanan dan pakaian, jangan lupa untuk pastikan anda mengunjungi kaunter zakat dan baitumal yang disediakan untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai langkah mudah pembayaran zakat. 


Hans melihat karnival seperti Karnival YEZ ini merupakan satu program yang cukup bagus dan sangat berpotensi untuk meningkatkan kesedaran serta menyedarkan pembayar zakat tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim untuk menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat. Disamping itu, usaha promosi yang lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini juga dilihat dapat meningkatkan lagi prospek pembayar zakat dan sekali gus berjaya meningkatkan lagi hasil kutipan zakat yang diperoleh. Hal ini akan membuatkan lebih ramai pihak yang memerlukan dapat dibantu dengan hasil kutipan zakat yang diperoleh. Tahniah Hans ucapkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


Selain daripada memberi fokus utama kepada zakat dan pembayaran zakat, Karnival YEZ juga turut dipenuhi dengan aktiviti keagamaan yang bukan sahaja berfaedah dan bermanfaat kepada pengunjung tetapi menariknya ia disampaikan secara santai olehramai tokoh agama serta selebriti yang mewarnai Karnival YEZ sepanjang dua hari karnival ini berlangsung.


Seperti pada hari pertama yang berlangsung sebentar tadi, Hans berpeluang bertentang mata dengan PU Rahmat, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Man Raja Lawak untuk mendengar ceramah keagamaan mereka sewaktu program Liga Quran bermula. Memang banyak info serta ilmu baru yang Hans peroleh sepanjang mendengar celoteh dan ceramah agama mereka yang disampaikan secara santai dan diselitkan elemen lucu untuk menarik perhatian pengunjung pada pagi tadi.


Kemudian, program diteruskan pula dengan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (YEAR END ZAKAT) 2018 oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta pihak penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my.


Majlis kemudian diteruskan pula dengan sesi pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai hingga Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd dan pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos hingga Oktober 2018) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Karnival YEZ kemudian diserikan dengan kemunculan istimewa maskot Didi & FRIENDS yang membuatkan adik-adik kecil jadi tidak keruan buat seketika waktu. Hahaha!


Selain pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengunjung pada hari pertama Karnival YEZ seperti pertandingan mewarna dan gusti lengan, para pengunjung juga turut akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Hijjaz, Saujana, Ali XPDC, Raihan dan D'Vision pada pukul 9 malam ini. Lebih menghiburkan apabila program ini akan diserikan dengan keletah Shuk Hot FM dan Atu Zero yang bertindak sebagai pengacara majlis pada hari pertama Karnival YEZ.


Kepada sesiapa yang terlepas untuk datang pada hari ini, jangan risau kerana anda boleh berkunjung ke Karnival YEZ pada keesokan hari. Hari kedua Karnival YEZ dihebatkan lagi dengan kehadiran selebriti serta tokoh agama seperti Amin Idris, IM Asyraf, PU Amin dan Heliza Helmi yang akan berada di dalam program Grand Dhuha yang bermula pada pukul 9.30 pagi.


Pertandingan Azan pula akan mengambil tempat pada pukul 11 pagi dan istimewanya apabila penyertaan terbuka kepada semua pengunjung. Jadi, tidak kira sama ada si cilik, remaja, dewasa mahu pun veteran boleh menyertai pertandingan ini.


Kepada pengunjung yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau untuk membawa anak-anak anda ke Karnival YEZ 2018 kerana mereka pasti gembira dapat bertemu dan beramah mesra bersama maskot animasi Islamik kegemaran ramai iaitu Omar & Hana yang akan muncul pada pukul 5 petang. Seterusnya, program kemuncak pada hari terakhir ini akan diserikan dengan persembahan Hafiz Hamidun sebelum anda berpeluang mendengar forum yang membincangkan topik-topik menarik daripada ustaz-ustaz terkenal. Antaranya ialah Ustaz Dato' Dr Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daut At-Turabi dan juga Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang manakala Bell Ngasri pula akan bertindak selaku pengacara majlis pada malam kemuncak ini.


Salah satu aktiviti yang paling disukai oleh mana-mana pengunjung karnival ialah cabutan bertuah. Jadi, pastikan anda atau sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan kawasan Wangsa Maju untuk mengambil peluang dan kesempatan ini dengan hadir ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 pada hari Ahad, 2 Disember 2018. Mungkin anda salah seorang yang bertuah untuk memenangi salah satu hadiah daripada 37 cabutan bertuah yang disediakan untuk para pengunjung. Paling menarik semestinya Hadiah Utama Cabutan Bertuah yang bernilai RM2500. Rugi sangat kalau anda tidak datang berkunjung ke Karnival YEZ ini.


Jadi, Hans sangat sarankan para pembaca semua untuk mengambil peluang keemasan ini dengan menghabiskan cuti hujung minggu ini dengan hadir ke Karnival YEZ yang sedang berlangsung di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid yang terletak di Wangsa Maju pada hari ini (1 Disember 2018) serta pada hari Ahad esok (2 Disember 2018). Selain merapatkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan, anda turut mendapat pelbagai jenis ilmu, ilmu agama, maklumat, memperoleh pelbagai hadiah percuma di gerai-gerai terpilih serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Siapa nak bagi kan? Jadi, selamat berkunjung ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018.

PUSAT PUNGUTAN ZAKAT

Alamat:
Wisma PPZ,
68-1-6, Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Telefon:
03 9289 5757

Email:
info@zakat.com.my

Laman Web:
www.zakat.com

Facebook:
Pusat Pungutan Zakat

Instagram:
Pusat Pungutan Zakat

4 ulasan:

  1. Saya pun ada kat situ hehehe meriah dan menarik sangat aktiviti mereka harap ada lagi setiap tahun...

    BalasPadam
  2. Karnival yang menarik.. tak berpeluang nak joint..

    BalasPadam
    Balasan
    1. laaaa rugi rugi
      tahun depan kalau ada lagi silalah datang kalau duduk berdekatan :)

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com