ONE Championship: Destiny Of Champions

Assalammualaikum semua. Pada 4 Disember 2018 yang lepas, Hans berkesempatan menghadiri majlis pelancaran One Championship: Destiny Of Champions yang bertempat di bangunan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh ONE Championship™ (ONE) serta menampilkan empat orang bintang handalan dalam sukan seni mempertahankan diri tanah air. 


Peluang bertentang mata dan melihat aksi yang dipamerkan mereka sewaktu sesi pengenalan membuatkan Hans berasa teruja dan pada masa yang sama turut merasa kagum kerana tidak menyangka atlet ONE Championship yang terdiri daripada anak tempatan mempunyai kemahiran dan bakat yang cukup mengagumkan.

Dari kiri: Gianni Subba, Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Mahmoud Mohammed.

Atlet ONE Championship yang dimaksudkan ini ialah bekas pencabar gelaran Dunia ONE  iaitu Agilan “Alligator” Thani, peninju flyweight terbaik iaitu Gianni Subba, bintang yang sedang melonjak naik yang merupakan seorang wanita dan dikenali sebagai Jihin “Shadow Cat” Radzuan serta pendatang baharu yang sedang meningkat naik iaitu Mahmoud “Jordan Boy” Mohammed. 


Memang begitu banyak para media tempatan serta luar negara yang hadir pada majlis pelancaran ini. Lebih menarik para media diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada empat jaguh yang hebat ini. Jadi, semestinya kisah serta pengalaman mereka menjadi tumpuan Hans dan media yang lain untuk diketahui selain bertanyakan tentang lawan mereka pada perlawanan yang akan datang.

Aksi Agilan Thani Sewaktu Majlis Pelancaran One Championship: Destiny Of Champions  

Salah seorang atlet ONE iaitu Agilan Thani sempat berkongsi dengan para media tentang ramalannya pada perlawanan akan datang yang menemukannya dengan jaguh dari negara Kyrgyzstan iaitu Kiamrian Abbasov. Menurut Agilan, lawannya pada kali ini adalah agak sukar dan merbahaya. Jadi, dia tidak boleh memandang rendah kepada sesiapa pun memandangkan divisyen welterweight dalam ONE Championship adalah sangat dalam dan banyak pendatang baharu. Untuk itu, dia menyatakan dia sentiasa perlu memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Agilan turut berkongsi kisah bahawa dia tidak pernah berhenti bekerja dan perlu melakukan segala-galanya yang termampu untuk menjadi terbaik. Sehingga kini, dia sudah bekerja dengan gigih untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan ini untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa dia sememangnya layak berada di tangga atas. Jadi, dia berazam untuk menunjukkan kepada semua terutamanya penonton tempatan tentang kemahirannya pada perlawanan Jumaat ini. 

Dari kiri: Gianni Subba, Jihin Radzuan dan Mahmoud Mohammed.

Manakala Gianni Subba pula yang bakal berdepan dengan lawan dari China iaitu Ma Hao Bin pula berpendapat lawannya kali ini adalah seorang anak muda yang kuat dan sangat agresif kerana kehebatannya di dalam pergerakan dan kardio. Gianni telah membuat banyak persiapan di Kuala Lumpur dan juga dengan kumpulan MMA Bali dan berharap dapat memberikan persembahan terbaik di Arena Axiata nanti. Semestinya misi utama Gianny ialah untuk meningkatkan persaingan dalam perlawanan ini dan seterusnya merebut kemenangan daripada menjadi milik jaguh dari negara tembok besar tersebut. Jadi, dia telah bersiap sedia pada hari perlawannya nanti.

Aksi Jihin Radzuan Sewaktu Majlis Pelancaran One Championship: Destiny Of Champions  

Atlet wanita One yang mencuri tumpuan pada media pada kali ini iaitu Jihin Radzuan berkongsi tentang minatnya di dalam seni mempertahankan diri sehingga membuatkan dia berdiri di atas pentas ONE pada hari ini. Jihin menganggap menjadi atlet ONE merupakan satu hikmah kepada dirinya kerana dia dapat melakukan apa yang dicintai dan dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam pertandingan seni mempertahankan diri. Dia turut menyatakan perasaannya ketika berjalan menuruni tanjakan dengan menggalas bendera Malaysia di atas bahu adalah satu perasaan yang sangat hebat. Tambahan pula Jihin menganggap peluangnya untuk bertanding menentang jaguh dari Taiwan iaitu Jenny Huang  yang pernah bergelar bekas pencabar Juara Dunia One adalah satu penghormatan kepada dirinya kerana dapat menguji kemahirannya dan membuktikan hasil usaha keras yang dilakukannya selama ini tidak sia-sia.


Manakala pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Mahmoud Mohammed pula berkongsi rasa bangganya apabila diberi penghormatan untuk berjalan seiring dengan hero Malaysia yang selama ini menjadi contoh kepada kerjayanya ini. Mahmoud turut menyatakan rasa syukurnya kepada ONE kerana memberikan dirinya peluang untuk bertanding. Jadi, dia ingin membuktikan kepada penonton pada perlawanan pertamanya nanti menentang jaguh dari Greece iaitu Stergos Mikkios bahawa dia akan memberikan penonton persembahan yang terbaik dan membawa pulang knockout. 


Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada empat orang jaguh handalan negara kita ini kerana mereka sememangnya hebat dan sangat membanggakan negara. Jadi, kepada semua peminat Super Series Muay Thai yang ingin menonton aksi bintang-bintang handalan daripada Malaysia, anda boleh melihat butiran dibawah untuk rujukan anda mengenai harga tiket serta jadual perlawanan mereka. Selamat menonton dan memberikan sokongan kenapa anak-anak Malaysia yang pasti akan mengharumkan nama negara pada kejohanan ini.

ONE CHAMPIONSHIP: DESTINY OF CHAMPIONS

Tarikh:
7 Disember 2018

Waktu:
6.30 Petang

Lokasi:
Axiata Arena Kuala Lumpur


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama