Rabu, 5 Disember 2018

Pelancaran Projek Soapful: Kitar Semula Sabun

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hari ini Hans berasa cukup gembira kerana berpeluang menghadiri majlis pelancaran Soapful yang berlangsung cukup meriah di Sunway Hotels & Resorts pada 5 Disember 2018. Lebih menarik kerana majlis ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.
Untuk pengetahuan semua, majlis kali ini adalah untuk menunjukkan kejayaan melalui hasil kerjasama beberapa agensi yang terlibat di dalam program Soap Repurposing Project iaitu Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd, Selangor Youth Community (SAY) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan. Manakala pihak Sunway Hotels & Resorts pula mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen kesedaran tentang kebaikan mengitar semula sabun yang telah digunakan bertujuan untuk manfaat dan kesejahteraan alam sekitar.
Program kali ini secara tidak langsung berjaya membuka mata dan menjawab persoalan Hans yang bermain sebelum ini tentang kemana perginya sabun-sabun yang digunakan selepas kita menginap di hotel. Maklum sahajalah kita semestinya tidak dapat menghabiskan sabun buku hanya melalui beberapa kali penggunaan sahaja. Jadi, Hans berasa kagum dan gembira apabila program sebegini dilancarkan kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui program yang mesra kepada alam sekitar seperti ini.
Menurut Pengurus Kanan Serantau Sunway Hotels & Resorts, Kelly Leong yang menyatakan mereka sangat komited melancarkan kempen ini sebagai satu langkah inisiatif untuk memproses semula sabun-sabun hotel supaya boleh digunakan kembali. Ini disebabkan kebanyakan sabun di hotel sering dibuang ke tempat pelupusan sampah sedangkan ia masih boleh digunakan.
Sejumlah 1000 buku sabun telah berjaya dikumpul sejak bulan Julai yang lepas untuk dikitar semula dan diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) bagi membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan ini untuk mengasah kemahiran serta mempelajari cara memproses dan membuat sabun seterusnya membantu mereka untuk menjana pendapatan dan mampu membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
Jadi, gambar di atas merupakan cara-cara pembuatan sabun Soapful ini dilakukan supaya para pembaca lebih mengetahui tentang keistimewaan sabun ini. Terdapat tujuh langkah dimana permulaannya ialah membersihkan tangan daripada kuman sebelum proses mengikis, melenyek, memanaskan dan membentuk semula sabun mengikut acuan yang disediakan.
Kemudiannya, Hans berkesempatan pula melihat proses akhir iaitu pembungkusan sabun Soapful ini yang berjaya ditunjukkan kepada Hans dan para media yang lain oleh adik-adik comel daripada PKAYDEM ini dengan begitu kemas sekali.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan untuk sama-sama mencuba proses pembuatan sabun Soapful ini bersama-sama anak-anak yatim dari PKAYDEMHans turut dimaklumkan sabun-sabun kitar semula ini diambil dari lima rangkaian hotel kepunyaan Sunway Hotels & Resorts iaitu Sunway Putra Hotel, Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat. Tahniah kepada pihak Sunway Hotels & Resorts kerana program ini sedikit sebanyak berjaya menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Semoga lebih ramai pihak mengikut jejak langkah pihak Sunway Hotels & Resorts agar lebih banyak pihak yang beroleh manfaat.

P/S : Seronok Tengok Gelagat Anak-Anak Yatim Dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) Pada Majlis Sebentar Tadi.

12 ulasan:

  1. tak pernah dgr sebelum ni psl kitar semula sabun buku... tp bagus jgk projek gini yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah pasal
      bila datang program nih semalam terus rasa bagus sebab ada orang akhirnya gerakkan aktiviti kitar semula sabun hotel
      kalau tidak membazir satu hal buang dan lepas tu pencemaran lagi dekat alam sekitar

      Padam
  2. sebuah program yg sangat baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      banyak manfaat selain jana pendapatan anak-anak yatim dapat selamatkan alam sekitar dan elakkan pembaziran

      Padam
  3. bagus juga buat macam tu sabun buku hotel tu mana pernah habis nya..pakai sehari dua je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha itu lah pasal...
      kalau yang jenis cecair tu lain lah kan senang habis...
      kalau yang buku memang pakai tak habis lah kalau setakat 2-3 malam jer duduk hotel tu...hehehe

      Padam
  4. Oooo baru tahu..sis JM klau sabun x abis guna kat hotel tu bwk blk umah 😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh serius lah
      rajin betul bawa balik
      hahaha

      Padam
  5. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. betul tu kak
      kadang2 kita sendiri pun tak terfikir
      bila tengok program nih memang baru tersedar benda2 kita rasa tak ada apa-apa tapi sebenarnya penting dan beri manfaat bila dikitar semula

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com