Khamis, 31 Januari 2019

Review Filem Bella & Jamie

Khamis, Januari 31, 2019 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis Pra-Tonton Khas Media Filem Bella & Jamie yang telah berlangsung di GSC Pavilion pada 28 Januari 2019 yang lepas.


REVIEW FILEM BELLA & JAMIE

Filem ini mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Bella dan Jamie yang berpisah selama 2 tahun kerana Jamie menyambung pelajarannya di luar negara. Apabila Jamie pulang ke Malaysia, dia telah dikejutkan dengan satu berita menggembirakan apabila ayahnya, Badrul akan berkahwin dengan Maryam yang merupakan ibu kepada sahabat baiknya iaitu Bella. Berita ini merupakan satu mimpi indah buat kedua-dua mereka yang sememangnya rapat. Namun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila rahsia yang disembunyikan oleh Bella daripada pengetahuan Jamie terbongkar. Jamie mendapat tahu Bella kini mempunyai hubungan dengan Reza yang merupakan bekas kekasihnya sebelum dia menyambung pelajaran ke luar negara. Terasa ditipu dan dikhianati, Jamie memutuskan hubungan persahabatannya dengan Bella dan turut merancang untuk memutuskan dan menggagalkan hubungan bapanya, Badrul dengan Maryam yang merupakan ibu kepada Bella. Tetapi, untuk menjayakan rancangan ini, Jamie perlu bekerjasama dengan Bella dan Reza buat kali terakhir. Adakah mereka bertiga berjaya memisahkan Badrul dan Maryam? Bagaimana pula hubungan persahabatan antara Bella dan Jamie selepas kejadian tersebut? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Januari 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 29 Januari 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Selasa, Januari 29, 2019 6
Assalammualaikum semua. Pada 8 Januari 2019 yang lepas, telah terjadinya satu sejarah besar buat industri restoran makanan segera apabila KFC Malaysia telah mengeluarkan sebuah menu terbaru buat para peminat KFC iaitu KFC Parmesan Truffle Crunch yang disaluti dengan hirisan keju parmesan, sos keju parmesan dan trufel serta dikatakan bakal memberikan aroma menyengat tersengat dan membuatkan rasa untuk menu KFC kali ini lebih memikat hati.


KFC Parmesan Truffle Crunch ini didatangkan di dalam beberapa jenis set dimana harga untuk set kombo 2 ketul ayam berharga RM17.90 manakala untuk set kombo 3 ketul ayam pula berharga RM24.50. Menu terbaru ini juga turut disertakan bersama kentang putar, coleslaw, hirisan keju parmesan dan minuman ringan Mountain Dew.



Jadi Hans memilih untuk mencuba set kombo 2 ketul ayam KFC Parmesan Truffle Crunch untuk merasai sendiri bagaimana rasa kombinasi hirisan keju parmesan dan truffle yang digabungkan sekali dengam ayam goreng Hot And Apicy KFC. Apa yang Hans tahu, truffle ini merupakan antara ramuan yang sukar untuk diperoleh dan semestinya Hans ingin juga mengetahui bagaimana rasanya yang ditawarkan oleh menu terbaru KFC ini.


Secara peribadi, menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini kena dengan citarasa Hans. Walaupun rupa luaran ayamnya tidak secantik seperti mana yang ditonton di iklan tetapi rasanya mengingatkan Hans kepada menu KFC terdahulu iaitu KFC Golden Egg Crunch tetapi masih belum dapat menandingi kesedapan menu tersebut. 



Cuma Hans melihat kuantiti hirisan keju parmesan yang diberikan untuk menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini agak sedikit. Sebagai salah seorang peminat menu yang berkeju, Hans merasakan pihak KFC pada masa akan datang perlu menambah baik hal ini dari segi melebihkan kuantiti keju yang diberikan kepada para pelanggan mereka. Secara keseluruhan, menu terbaru ini tidak menawarkan keunikan dari segi rasa yang terlalu unik tetapi ia masih satu pilihan yang menarik untuk mencubanya di mana-mana cawangan KFC di seluruh Malaysia.


Kepada para pembaca blog www.hanshanis.com sekalian, selamat menikmati, merasa dan menilai sendiri menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini kerana masing-masing ada citarasa tersendiri. Hans dengan sukacitanya mengucapkan selamat mencuba dan kongsikan pandangan anda tentang menu ini di ruangan komen di bawah.

SKALA SEDAP : 3 / 5

P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. CUBA DAN NILAIKAN SENDIRI :)

Jumaat, 25 Januari 2019

Review Filem XX Ray 3

Jumaat, Januari 25, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak Ace Motion Production Sdn Bhd untuk menghadiri majlis Malam Gala Dan Tayangan Perdana Filem XX Ray 3 yang telah berlangsung dengan cukup meriah di MM Cineplex E-Curve Damansara pada 16 Januari 2019 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Sabtu, 12 Januari 2019

Review Filem Petta

Sabtu, Januari 12, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Akhirnya Hans berpeluang menonton filem terbaru lakonan Superstar Rajinikanth iaitu filem Petta bertempat di TGV Cinemas The Mines pada 10 Januari 2019 yang lepas. 


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 6 Januari 2019

Review Filem Instant Family

Ahad, Januari 06, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hans telah berkesempatan menonton filem Instant Family bertempat di TGV Cinemas Sunway Pyramid pada 5 Januari 2019 yang lepas. Pada pandangan Hans, filem ini merupakan salah sebuah filem yang sangat berkualiti, menarik, menghiburkan dan menyampaikan mesej kekeluargaan yang sangat jitu dan berjaya memberi kesan buat sesiapa sahaja yang menonton filem bergenre komedi dan keluarga ini.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Jumaat, 4 Januari 2019

Review Filem Kung Fu Monster

Jumaat, Januari 04, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah permulaan tahun 2019 yang cukup baik apabila ia dimulakan dengan berita gembira. Hans telah menerima jemputan daripada pihak ATriNaga Sdn Bhd untuk menonton filem Kung Fu Monster bertempat di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada 2 Januari 2019 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Rabu, 2 Januari 2019

Hans Menikmati Keenakan BBQ Buffet Dinner di Royale Chulan Bukit Bintang

Rabu, Januari 02, 2019 14
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans sekali lagi telah dijemput oleh pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang untuk menikmati keenakan BBQ Buffet Dinner di BBQ Night Galore, Pergola Poolside yang terletak di tingkat 3 hotel ini. Untuk sesiapa yang masih keliru dimana terletaknya Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini, Hans sekali lagi ingin memberitahu kepada anda semua bahawa hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Plaza Low Yat.

BBQ Buffet Dinner

Alamat:
BBQ Night Galore,
Pergola Poolside,
Level 3 Royale Chulan Bukit Bintang,
Jalan Bukit Bintang,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
Setiap Hari Jumaat

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM88 (Dewasa)
RM44 (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Nombor Telefon:
+603 2143 9898

Laman Web:

Laman Facebook:
ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG


Apa yang istimewanya kali ini semestinya hidangan berasaskan BBQ yang sangat menyelerakan dimana terdapat hampir 15 menu yang disediakan di kawasan Barbeque Pit Charcoal iaitu:


1. Marinated Chicken Wings
2. Otak-Otak
3. Mixed Grilled Baked Pari Fish
4. Kembong Fish


5. Marinated Squid
6. Fillet of Fish
7. Black Pepper Beef


8. Lamb Shoulder
9. Grilled Prawn Herbs
10. Jumbo Sausages
11. Chicken Skewers


12. Chicken and Beef Satay with Condiments
13. Satay Perut
14. Mantis Shrimp
15. Slipper Lobster


Juadah berasaskan BBQ yang berbelas menu pun sudah buat Hans rambang mata. Apabila Hans melalui kawasan Carving Station pula lagi lah kecur air liur ini sebab terdapat tiga jenis menu menarik yang dihidangkan iaitu:

1. Roasted Whole Lamb
2. Roasted Chicken
3. Roasted Vegetables
++ 2 Types of Sauces


Apa yang menariknya apabila Hans berada di Pergola Poolside di tingkat 3 Royale Chulan Bukit Bintang ini ialah selain dapat menikmati menu yang menyelerakan, Hans juga dapat menikmati suasana langit malam yang cantik serta udara yang sejuk yang datang berhampiran kolam renang yang membuatkan Hans semakin selesa untuk menjamah setiap hidangan yang disediakan.


Selain itu, Hans juga baru pertama kali menikmati sebuah menu istimewa yang diberi nama Mongolian BBQ yang agak unik rasanya. Kepada yang kaki makan nasi itu, jangan risau kerana disini juga turut disediakan hidangan panas berasaskan menu Melayu, Cina dan Barat yang pasti akan membuatkan perut anda kekenyangan seperti gambar di bawah.

MONGOLIAN BBQ WITH CONDIMENTS
 MEE GORENG
 NASI GORENG CINA
 AYAM GORENG BEREMPAH
 BAKED POTATOTES
 BUTTERED MIXED VEGETABLE
CORN ON THE COB


Kepada yang mementingkan kesihatan, menu yang disediakan untuk BBQ Buffet Dinner juga sebenarnya adalah sajian yang seimbang dimana terdapat kawasan Salad And Appetizers yang menyediakan pelbagai jenis sayur, salad dan buah untuk anda.


Buat pencinta makanan laut pula, menu Seafood On Ice adalah pilihan tepat buat anda dimana terdapat tiga makanan laut yang sangat menyelerakan iaitu udang, clam dan hall shell mussels.


Hans bukanlah peminat utama pasta tetapi tidak dinafikan pasta yang disediakan oleh chef-chef disini memang sedap. Pasta Stall menawarkan tiga jenis pasta yang mana disediakan dua jenis pilihan sos serta enam bahan pilihan untuk menjadikan pasta anda bukan sekadar sedap tetapi cantik dari segi persembahannya.


Selain itu, BBQ Buffet Dinner juga menyediakan ABC Stall untuk anda menghasilkan sendiri ais kacang mengikut selera dan citarasa masing-masing. 


Lebih menarik ialah pencuci mulut yang dihidangkan juga memang sedap-sedap belaka. Antaranya ialah:

1. Apple Strudel with Vanilla Sauce
2. Bubur Cha-Cha
3. Chocolate Fondue
4. Pelbagai Jenis Buah-Buahan
5. Pelbagai Jenis French Pastries
6. Pelbagai Jenis Jeli
7. Pelbagai Jenis Kuih Melayu


Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati hidangan yang ada di dalam BBQ Buffet Dinner di BBQ Night Galore, Pergola Poolside ini, boleh lah bersiap sedia mulai sekarang untuk membuat tempahan melalui info-info rujukan yang Hans kongsikan pada permulaan artikel di atas. Selamat menjamu selera :)