Rabu, 2 Januari 2019

Hans Menikmati Keenakan BBQ Buffet Dinner di Royale Chulan Bukit Bintang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans sekali lagi telah dijemput oleh pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang untuk menikmati keenakan BBQ Buffet Dinner di BBQ Night Galore, Pergola Poolside yang terletak di tingkat 3 hotel ini. Untuk sesiapa yang masih keliru dimana terletaknya Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini, Hans sekali lagi ingin memberitahu kepada anda semua bahawa hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Plaza Low Yat.

BBQ Buffet Dinner

Alamat:
BBQ Night Galore,
Pergola Poolside,
Level 3 Royale Chulan Bukit Bintang,
Jalan Bukit Bintang,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
Setiap Hari Jumaat

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM88 (Dewasa)
RM44 (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Nombor Telefon:
+603 2143 9898

Laman Web:

Laman Facebook:
ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG


Apa yang istimewanya kali ini semestinya hidangan berasaskan BBQ yang sangat menyelerakan dimana terdapat hampir 15 menu yang disediakan di kawasan Barbeque Pit Charcoal iaitu:


1. Marinated Chicken Wings
2. Otak-Otak
3. Mixed Grilled Baked Pari Fish
4. Kembong Fish


5. Marinated Squid
6. Fillet of Fish
7. Black Pepper Beef


8. Lamb Shoulder
9. Grilled Prawn Herbs
10. Jumbo Sausages
11. Chicken Skewers


12. Chicken and Beef Satay with Condiments
13. Satay Perut
14. Mantis Shrimp
15. Slipper Lobster


Juadah berasaskan BBQ yang berbelas menu pun sudah buat Hans rambang mata. Apabila Hans melalui kawasan Carving Station pula lagi lah kecur air liur ini sebab terdapat tiga jenis menu menarik yang dihidangkan iaitu:

1. Roasted Whole Lamb
2. Roasted Chicken
3. Roasted Vegetables
++ 2 Types of Sauces


Apa yang menariknya apabila Hans berada di Pergola Poolside di tingkat 3 Royale Chulan Bukit Bintang ini ialah selain dapat menikmati menu yang menyelerakan, Hans juga dapat menikmati suasana langit malam yang cantik serta udara yang sejuk yang datang berhampiran kolam renang yang membuatkan Hans semakin selesa untuk menjamah setiap hidangan yang disediakan.


Selain itu, Hans juga baru pertama kali menikmati sebuah menu istimewa yang diberi nama Mongolian BBQ yang agak unik rasanya. Kepada yang kaki makan nasi itu, jangan risau kerana disini juga turut disediakan hidangan panas berasaskan menu Melayu, Cina dan Barat yang pasti akan membuatkan perut anda kekenyangan seperti gambar di bawah.

MONGOLIAN BBQ WITH CONDIMENTS
 MEE GORENG
 NASI GORENG CINA
 AYAM GORENG BEREMPAH
 BAKED POTATOTES
 BUTTERED MIXED VEGETABLE
CORN ON THE COB


Kepada yang mementingkan kesihatan, menu yang disediakan untuk BBQ Buffet Dinner juga sebenarnya adalah sajian yang seimbang dimana terdapat kawasan Salad And Appetizers yang menyediakan pelbagai jenis sayur, salad dan buah untuk anda.


Buat pencinta makanan laut pula, menu Seafood On Ice adalah pilihan tepat buat anda dimana terdapat tiga makanan laut yang sangat menyelerakan iaitu udang, clam dan hall shell mussels.


Hans bukanlah peminat utama pasta tetapi tidak dinafikan pasta yang disediakan oleh chef-chef disini memang sedap. Pasta Stall menawarkan tiga jenis pasta yang mana disediakan dua jenis pilihan sos serta enam bahan pilihan untuk menjadikan pasta anda bukan sekadar sedap tetapi cantik dari segi persembahannya.


Selain itu, BBQ Buffet Dinner juga menyediakan ABC Stall untuk anda menghasilkan sendiri ais kacang mengikut selera dan citarasa masing-masing. 


Lebih menarik ialah pencuci mulut yang dihidangkan juga memang sedap-sedap belaka. Antaranya ialah:

1. Apple Strudel with Vanilla Sauce
2. Bubur Cha-Cha
3. Chocolate Fondue
4. Pelbagai Jenis Buah-Buahan
5. Pelbagai Jenis French Pastries
6. Pelbagai Jenis Jeli
7. Pelbagai Jenis Kuih Melayu


Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati hidangan yang ada di dalam BBQ Buffet Dinner di BBQ Night Galore, Pergola Poolside ini, boleh lah bersiap sedia mulai sekarang untuk membuat tempahan melalui info-info rujukan yang Hans kongsikan pada permulaan artikel di atas. Selamat menjamu selera :) 

14 ulasan:

  1. Kali pertama makan Mongolian BBQ ketika buffet makan di The chef cafe, shah alam pada tahun 2017 kalau tak silap.. Memang sedap sangat... Errmmm..menarik juha menu-menu yg dihidangkan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      memang menarik dan menyelerakan

      Padam
  2. wow.. bukan main banyak lagi pilihan bbq..

    BalasPadam
  3. tgk sambil telan air liur, dengan segala macam menu yg nmpak sedap2... sgt berpadanan ngn harganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      alhamdulillah
      kena datang cuba sendiri

      Padam
  4. I'm actually torturing myself when I read this post. Semua makanan pun nampak sedap T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaah
      baru baca
      kalau depan mata lagi rasa torture

      Padam
  5. boleh buat office dinner untuk chinese new year nanti :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com