Khamis, 31 Januari 2019

Review Filem Bella & Jamie

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis Pra-Tonton Khas Media Filem Bella & Jamie yang telah berlangsung di GSC Pavilion pada 28 Januari 2019 yang lepas.


REVIEW FILEM BELLA & JAMIE

Filem ini mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Bella dan Jamie yang berpisah selama 2 tahun kerana Jamie menyambung pelajarannya di luar negara. Apabila Jamie pulang ke Malaysia, dia telah dikejutkan dengan satu berita menggembirakan apabila ayahnya, Badrul akan berkahwin dengan Maryam yang merupakan ibu kepada sahabat baiknya iaitu Bella. Berita ini merupakan satu mimpi indah buat kedua-dua mereka yang sememangnya rapat. Namun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila rahsia yang disembunyikan oleh Bella daripada pengetahuan Jamie terbongkar. Jamie mendapat tahu Bella kini mempunyai hubungan dengan Reza yang merupakan bekas kekasihnya sebelum dia menyambung pelajaran ke luar negara. Terasa ditipu dan dikhianati, Jamie memutuskan hubungan persahabatannya dengan Bella dan turut merancang untuk memutuskan dan menggagalkan hubungan bapanya, Badrul dengan Maryam yang merupakan ibu kepada Bella. Tetapi, untuk menjayakan rancangan ini, Jamie perlu bekerjasama dengan Bella dan Reza buat kali terakhir. Adakah mereka bertiga berjaya memisahkan Badrul dan Maryam? Bagaimana pula hubungan persahabatan antara Bella dan Jamie selepas kejadian tersebut? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Januari 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

4 ulasan:

  1. oohh... inilah cerita yang liyana jasmay & jualiana berlakon tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tontonlah
      orang perempuan mesti suka filem nih

      Padam
  2. Balasan
    1. cuba tengok review
      saya dah kongsikan ulasan disitu :)

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com