Review Filem Misteri Dilaila Versi 1 Dan Versi 2
Hans Hanis
Khamis, Februari 28, 2019
49
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, bermula semalam memang kecoh dekat laman sosial seperti twitter dan facebook berkaitan filem Misteri Dilaila ini. Untuk pengetahuan anda semua, filem Misteri Dilaila kali ini menampilkan sebuah keunikan dan kejutan tersendiri apabila buat pertama kalinya di dalam sejarah filem Malaysia, filem ini ditayangkan di dalam dua versi berlainan di seluruh pawagam di Malaysia. Jadi, sememangnya agak mencabar untuk mengetahui versi yang manakah ditayangkan di setiap pawagam di dalam minggu pertama ini kerana hal ini juga tidak disedari oleh pekerja-pekerja di pawagam tersebut. Seperti kejadian semalam dimana Hans sendiri berasa geram juga apabila para pekerja di dua pawagam berlainan tidak tahu tentang hal ini dan memandang Hans seperti Hans sedang lalok minum air ketum. Tetapi, nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Jadi, selamat menonton dan ulasan untuk kedua-dua versi boleh dibaca dengan klik link di bawah gambar. Sekian!
P/S : Anda Nak Tahu Versi Mana Yang Anda Tonton? Sebelum Pembukaan Filem, Akan Muncul Di Layar "IZIN PRODUKSI". Di Bawah Perkataan Itu Telah Diberitahu Dengan Huruf Besar Berwarna Merah Yang Bertulis V1 atau V2.