Selasa, 5 Februari 2019

4FINGERS New Firecracker Chicken Sempena Tahun Baru Cina

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Rupa-rupanya ramai juga yang menantikan Hans berkongsi ulasan menu makanan yang sedap-sedap dekat blog ini. Jadi, kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang menu edisi terhad New Firecracker Chicken yang sangat menyelerakan daripada 4FINGERS yang merupakan sebuah restoren ayam goreng yang berasal dari Singapura.


Baru-baru ini, Hans telah dijemput oleh pihak 4Fingers untuk menghadiri majlis memperkenalkan menu terbaru tersebut bertempat di salah sebuah cawangannya yang terletak di Sunway Pyramid. Sebelum ini Hans memang sudah berpengalaman makan di 4FINGERS dan disebabkan makanannya sedap jadi Hans memang bersemangat lah datang ke majlis kali ini. Tambah-tambah ada menu baru iaitu New Firecracker Chicken pula untuk dicuba. Lagi rasa teruja lah dibuatnya. 


Apa yang istimewanya tentang menu New Firecracker Chicken ini? Selain dikeluarkan khas untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 kali ini, menu ini juga turut menawarkan rasa pedas yang memikat hati rakyat Malaysia yang sukakan makanan yang pedas-pedas dengan menggunakan ramuan campuran rempah seperti jintan, lada Szechuan, cili serta disaluti pula dengan sos mala yang cukup istimewa. Hans pasti anda semua akan jatuh cinta dengan rasa menu baru New Firecracker Chicken ini dan pasti tidak akan puas menikmati satu set menu yang menawarkan ayam empuk daripada bahagian kepak atau peha mengikut pilihan anda. Mesti tambah punya lah kalau dah makan! Hahaha! Selain itu juga, set menu New Firecracker Chicken ini turut sesuai dimakan bersama dengan kentang goreng berperisa kimchi yang sanagt menyelerakan.


Lebih menarik lagi ialah sewaktu majlis pelancaran menu New Firecracker Chicken ini yang berlangsung di Restoran 4FINGERS cawangan Sunway Pyramid, chef selebriti dari Singapura iaitu Bjorn Shen yang merupakan pencinta ayam goreng turut terlibat di dalam memberikan sentuhan kepakarannya di dalam penghasilan sos serta bahan perapan dan sapuan kepada menu ini turut hadir berkongsi pengalaman serta sesi bimbingan kepada para media tentang cara-cara penyediaan menu terbaru Firecracker Chicken ini.


Hans memang teruja dapat bertentang mata dengan Chef Bjorn Shen sepanjang majlis ini kerana beliau  merupakan salah seorang juri untuk program MasterChef Singapura. Selain berpengalaman di dalam bidang kulinari selama lebih daripada empat belas tahun, beliau juga merupakan pemilik sebuah restoran makanan timur tengah bernama Artichoke yang terletak di Singapura.


Lebih mengagumkan apabila Chef Bjorn Shen turut dinobatkan sebagai salah seoarang daripada '20 Chef Terbaik' di Singapura oleh World Gourmet Summit dan juga merupakan salah seorang finalis untuk 'Chef of the Year' pada tahun 2018. Chef Bjorn Shen sempat berkongsi pengalamannya bersama 4FINGERS di dalam penghasilan menu terbaru Firecracker Chicken ini bersama dengan para media yang hadir pada majlis tersebut,"4FINGERS dan saya telah menghabiskan masa bersama untuk menyempurnakan ramuan istimewa yang cukup lazat ini dan cukup pedas untuk membawa rasa 'panas' buat para peminat 4FINGERS."


"Saya berani mengatakan bahawa tahap penggunaan rempah untuk menu ini adalah yang paling banyak antara jenama ayam goreng di Malaysia, dan saya rasa teruja melihat rakyat Malaysia mencuba menu ini untuk diri mereka sendiri. Saya merasakan saya perlu untuk mengulangi sekali lagi bahawa saya serius tentang 'permainan' ayam saya ini. Saya juga mempunyai tatu kepak ayam di atas lengan saya untuk membuktikan bahawa saya bangga untuk terlibat bersama mencipta menu ayam 4FINGERS bersama sos Firecrackers ini."



Jadi, Hans berkesempatan untuk menyediakan sendiri menu New Firecracker Chicken seperti mana video di atas. Boleh jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan Versi Kokdiang tak? Hahahaha!


Alhamdulillah! Rupa-rupanya Hans memang berbakat di dalam menyapu kepak ayam serta menaburkan serbuk rempah kepada menu 4FINGERS New Firecracker Chicken ini. Memang sedap bak hangggg!! Rasa-rasa Hans adalah dalam 20 ketul kepak ayam Hans makan masa hari kejadian. Kenyang weh! Hahahaha!


Memandangkan Hans memang sukakan menu yang pedas, jadi Hans sangat berpuas hati dengan hidangan New Firecracker Chicken yang dihidangkan dengan sos dan rempah istimewa yang sangat sedap ini. Buat sesiapa yang mungkin tidak tahan dengan rasa pedas menu ini pula jangan takut kerana anda boleh memilih rasa ayam yang lain yang sememangnya sebelum ini menjadi pilihan ramai pelanggan 4FINGERS iaity Garlic Soy atau Hot Sauce di dalam satu hidangan.


Harga untuk menu New Firecracker Chicken ini sangat berpatutan dimana harga untuk hidangan a la carte hanya RM15 manakala harga untuk hidangan set ialah RM19.70. Menu ini hanya dijual di dalam tempoh masa yang terhad. Jadi, anda kena cepat-cepat pergi kemana-mana empat belas cawangan restoran 4FINGERS ini yang kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur, Putrajya, Pulau Pinang dan Johor Bahru sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini. Untuk info lanjut boleh layari laman web di bawah untuk rujukan serta maklumat tambahan berkaitan dengan menu ini. 


LAMAN WEB 4FINGERS:
http://www.4fingers.com.my

FACEBOOK 4FINGERS:

4 ulasan:

  1. nampak sedap sangat. tak pernah try 4fingers lagi huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena try kalau berpeluang
      mesti puas hati punya :)

      Padam
  2. sedap nampak ayam tertiba lapar hahaha

    BalasPadam
  3. memang sedap pun
    try lah makan
    confirm tak menyesal

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com