Review Filem Misteri Dilaila

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah telah menerima jemputan daripada pihak Astro Shaw untuk menghadiri Tayangan Media Filem Misteri Dilaila yang telah berlangsung di MMcineplexes Ecurve Damansara pada 14 Februari 2019 yang lepas.


Filem Misteri Dilaila ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan sebuah kejadian aneh. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya telah hilang. Tiba-tiba Imam Aziz (Namron) telah muncul dengan membawa sebuah berita gembira yang memaklumkan bahawa isterinya Dilaila sudah dijumpai dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut apabila wanita yang muncul bersama dengan Imam Aziz itu bukan isterinya yang sebenar namun mengakui dirinya adalah Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Adakah Jefri mampu merungkai misteri sebenar kehilangan Dilaila? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada 21 Februari 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.


P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama