Selasa, 26 Mac 2019

Ejen Ali Kembali Dengan Misi Cuti Sekolah Di Sunway Velocity Mall

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sempena musim cuti sekolah ini, animasi popular tanah air iaitu Ejen Ali kembali dengan misi cuti sekolahnya di Sunway Velocity Mall.


Sejak kali pertama ia diperkenalkan di Putrajaya pada Disember yang lalu, acara ini menerima sambutan yang sangat hebat dari kalangan peminat Ejen Ali sehinggakan ia berjaya menarik perhatian ramai peminat Ejen Ali yang datang dari jauh semata-mata untuk turut serta pada acara tersebut.


Atas sambutan luar biasa tersebut, pihak Primeworks Studios dan WAU Animation telah melancarkan satu acara terbesar Ejen Ali iaitu Misi : MATA Academy bersempena dengan musim cuti sekolah kali ini bagi memberi peluang kepada para peminat Ejen Ali untuk lebih mengenali dan beramah mesra dengan maskot watak animasi tersebut.


Acara yang diinspirasikan daripada agensi perisik rahsia siri animasi Ejen Ali ini dibuka secara percuma selama 14 hari berturut-turut bermula pada 20 Mac sehingga 2 April 2019 di Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Cheras. 


Pengunjung berpeluang untuk menyelami dunia Ejen Ali melalui litar latihan ejen yang mencabar diikuti sesi beramah mesra bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia, sesi melukis karakter kartun Ejen Ali, pertandingan mewarna dan banyak lagi.


Pengunjung juga boleh mendapatkan produk-produk Ejen Ali yang terdiri daripada barangan permainan, buku, puzzle dan set alat tulis. 


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak kesayangan anda ke Sunway Velocity untuk bertemu dengan Ejen Ali dan Ejen Alicia sempena musim cuti sekolah ini agar mereka berasa gembira sepanjang percutian kali ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com