Selasa, 5 Mac 2019

Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans telah dijemput oleh Restoran Nook untuk menikmati Hidangan Bufet Ramadan untuk Joms Buka @ Nook Selera Indonesia yang bakal diadakan sepanjang bulan Ramadan 2019 nanti. Untuk pengetahuan semua, lokasi Restoran Nook ini terletak di Aloft Kuala Lumpur Sentral.


The Ramadan Buffet
Joms Buka @ Nook Selera Indonesia 

Alamat:
Level 1,
Aloft Kuala Lumpur Sentral,
Mutiara Damansara,
478100 Petaling Jaya,
Selangor.

Tarikh:
7 Mei 2019 - 3 Jun 2019

Waktu:
6.30 P.M - 10.30 P.M

Harga:
RM138++ (Dewasa)

Nombor Telefon:
+603 2723 1188

Laman Web:


Apa yang menariknya ialah kumpulan kulinari Restoran Nook kali ini akan diketuai oleh Nook's Sous Chef, Ahmad Zaki Harun dan Junior Sous Chef, Muhammad Hafiz Izham yang akan memasak lebih daripada 150 jenis hidangan bufet untuk para tetamu menikmatinya selepas penat berpuasa di siang hari. Selain itu juga, makanan-makanan yang dihidangkan turut mempunyai ciri-ciri masakan tradisional Indonesia dan disertakan juga dengan hidangan lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sewaktu bulan Ramadan. 


Antara menu-menu menarik yang diperkenalkan kepada Hans ialah hidangan Kambing Bakar Bumbu dimana daging kambing ini diperap bersama kombinasi rempah tempatan  seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Sebaik sahaja daging kambing ini selesai diperap, ia secara perlahan-lahan akan dipanggang selama dua jam untuk mencapai tekstur daging yang lembut dan tidak kering.


Selain itu, Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 juga turut menyediakan hidangan terkenal dan menjadi pilihan masyarakat Indonesia seperti Sup Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah sepanjang bufet Ramadan 2019 ini berlangsung.


Selain itu juga, Hans berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dan salad tradisional yang mempamerkan citarasa Indonesia seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan kuah Kacang dan pelbagai jenis Kerupuk.


Satu perkara yang menarik perhatian Hans apabila terpandang sebuah stesen makanan yang menghidangkan menu Daging Sapi Gongso yang diangkat oleh Restoran Nook sebagai menu makanan utama yang wajib dicuba oleh para tetamu yang hadir untuk Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 ini nanti. 


Daging Sapi Gongso ini dihasilkan melalui perapan daging bersama kicap manis Indoenesia, cili merah dan campuran rempah-rempah Asia termasuk kayu manis, buah pelaga, jintan putih, bunga lawang dan jintan manis. Daging yang telah selesai diperap ini kemudiannya akan direbus selama tiga jam bagi mengekalkan rasa perapan dan tekstur daging tersebut.


Lebih membuatkan Hans teruja dengan Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 ini apabila melihatkan pilihan sambal dan kari Indonesia yang ditawarkan oleh Restoran Nook. Rambang mata Hans dibuatnya apabila melihat pelbagai hidangan di hadapan mata seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Terasi, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel dan Gulai Masak Lemak Nangka yang turut disertakan bersama dengan pelbagai jenis aneka nasi Indonesia seperti Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning untuk melengkapkan hidangan ini.


Kepada tetamu yang ingin menikmati hidangan kegemaran rakyat Malaysia pula tidak perlu bimbang kerana menu-menu menarik seperti Bubur Lambuk, Sup Berempah dan Murtabak turut dihidangkan khas untuk anda sempena Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019.


Lebih menarik apabila Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 turut menyediakan Warong Satay khas untuk peminat sate menikmati hidangan tersebut dalam keadaan panas dan menyelerakan. Lihat sahaja gambar kuah kacang di atas pun sudah cukup untuk membuatkan anda terasa lapar kan?


Selain itu juga, terdapat sebuah ruang khas bersebelahan Warong Satay yang menawarkan beberapa hidangan barat kepada para tetamu seperti sandwich serta pizza yang sangat menyelerakan. Memang sangat berbaloi kepada para tetamu yang akan hadir untuk Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 ini nanti.


Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 juga turut menawarkan hidangan sihat seperti aneka salad serta pelbagai buah-buahan untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Jadi, jangan risau kerana disini menawarkan makanan yang seimbang buat anda yang mementingkan kesihatan badan.


Bukan sahaja hidangan kegemaran masyarakat Melayu yang ditawarkan sempena Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 ini tetapi mereka turut menyediakan pelbagai menu masakan daripada pelbagai kaum lain seperti Cina, India dan Barat. Hans sendiri berasa bertuah kerana berpeluang merasa menu-menu yang belum pernah lagi Hans cuba sebelum ini. Rasa setiap menu ini juga unik dan sangat memikat hati Hans untuk menambah lagi juadah di dalam pinggan. Hahaha!


Para tetamu yang hadir untuk Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 juga berpeluang merasai sendiri kelazatan menu-menu seperti Ketam Kam Heong, Daging Goreng Lada Hitam, Tauhu Gaya Szechuan bersama Ayam Cincang, Kambing Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Kurma Kambing), Daging Pedas Masala, pelbagai aneka Pizza, Jade Fish Picatta dengan Mexico Corn Salsa, Lasagna Sayuran, Fillet Ikan Pan Seared dan banyak lagi.


Apabila sudah selesai menikmati hidangan-hidangan berat, pastinya tidak lengkap jika kita tidak menikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan. Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut dari Indonesia, Malaysia dan Barat sehingga mampu menyebabkan perut anda meletup gara-gara kekenyangan melampau.


Antaranya ialah Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (buah kurma), Bubur Sumsum (bubur nasi kelapa manis), Sago Air Gula dan Kolak Ubi. Hidangan pencuci mulut lain termasuk Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies Panas, Apple Crumble Panas, Roti Pisang Panas dan Puding Mentega. Anda boleh menikmati menu ini bersama dengan Sos Vanila, Ais Batu Campur (ABC), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake, Tart Buah Berry serta banyak lagi yang menanti anda di Restoran Nook ini.


Sebagai penutup selera buat anda semua, Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 turut menyediakan pelbagai jenis minuman sebagai penghilang dahaga anda sepanjang berpuasa di siang hari. Antara minuman yang disediakan kali ini ialah Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.



Kepada sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa di Restoran Nook sempena Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019, anda boleh dapatkan Baucar Awal Bulan Ramadan untuk Joms Buka @ Nook Selera Indonesia yang akan dijual mulai 1 April 2019 sehingga 3 Mei 2019 dengan harga sebanyak RM105++ untuk setiap baucar pembelian sebanyak 1 baucar sehingga 35 baucar. Manakala, jika pembelian baucar anda sebanyak 36 keping atau lebih, maka anda hanya perlu membayar RM95++ sahaja untuk sekeping baucar.

Jadi, Hans sudah selesai mencuba menu-menu sempena Joms Buka @ Nook Selera Indonesia Sempena Ramadan 2019 ini dan apa yang Hans boleh katanya kebanyakkan menu yang dihidangkan disini sangat menepati citarasa Hans. Serius sangat berbaloi jika anda berhajat untuk berbuka puasa bersama keluarga atau orang tersayang di Restoran Nook ini. Jadi, Hans ucapkan selamat menempah, membeli baucar dan berbuka puasa disini pada bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sekian!

16 ulasan:

  1. Kalau datang Aloft tak pernah lupa makan Laksa Sarawak...mmg sedap...suka bubur sumsum jugak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. laksa sarawak dia sedap
      hans dah kenyang pun masih boleh habiskan
      hahaha

      Padam
  2. Memang mengujakan untuk mencuba kesemua makanan. LeYa pun kalah dengan diet makanan hari tu. Ahahaha.. Abes teruk semua stesyen disinggahnya.. Ternyata sangat sedap dan berpuas hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      antara buffet ramadan yang tak menyesal lah kalau pergi, bayar dan makan
      sangat-sangat berbaloi

      Padam
  3. Perghhh semakin scroll semakin terliur di buatnyaaa...semua sedap-sedap belaka yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      Hans masa menulis artikel nih pun rasa lapar gila tengok gambar-gambar makanan tu

      Padam
  4. Balasan
    1. memang meriah
      lepas tu sedap pula tu
      memang pucuk dicita ulam mendatang
      hehehe

      Padam
  5. Cepat masa berlalu ya, Hans? Tak lama lagi dah time puasa. Tapi Hans terlebih awal preview buffet Ramadan hah..hah... sedap2 belaka juadah yang dihidangkan. Tak cukup ruanag dalam perut agaknya kalau nak rasa semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      itu lah pasal
      kena makan slow-slow
      hehehe

      Padam
  6. banyak nya hidangan dia... dah kenyang pun akan rasa lapar jika menu2 tu ada depan mata. syurga makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      memang syurga makanan
      sedap-sedap
      Hans yang kenyang pun boleh makan lagi

      Padam
  7. mak haihhh..meriahnya makanan kat sini...

    BalasPadam
  8. fuhhhh trs bunyik perut akak....
    tgk harga dia ngn menu mmg mantops.... menu dia semua ya ampun.... sedap2 nampaknya n banyak sgt pilihan

    tp tgk harga tu akak tak mampu

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com