Selasa, 30 April 2019

Boost Tawar Hadiah RM2.5 juta Untuk Anda

Selasa, April 30, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Boost untuk hadir ke majlis pelancaran kempen Super Shake yang akan berlangsung selama empat bulan bermula daripada 29 April 2019  sehingga18 Ogos 2019 ini. Apa yang menarik ialah kempen ini menawarkan hadiah bernilai RM2.5 juta buat para pelanggannya yang bertuah nanti.


Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui tentang Boostia sebenarnya adalah sebuah aplikasi e-dompet tempatan yang membantu memudahkan urusan anda untuk membayar bil, memberi barangan serta pelbagai lagi kemudahan yang ditawarkan buat anda. Lebih menarik aplikasi Boost ini membantu memberi pulangan tambahan jika anda menggunakan di dalam urusan pembayaran mahu pun pembelian. Sebagai contoh, Hans sendiri menggunakan aplikasi ini untuk membayar bil Unifi dan menariknya Hans mendapat RM3 percuma selepas membayar menggunakan Boost. Menarik bukan?


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata iaitu Mohd Khairil Abdullah yang menyatakan pihaknya berharap menerusi kempen ini akan dapat menggalakkan lagi penggunaan e-dompet di seluruh negara tambahan pula pelbagai hadiah menarik ditawarkan setiap minggu kepada pengguna Boost yang berbelanja menggunakan aplikasi e-dompet terbabit di semua rangkaian rakan dagang mereka terutama di sepanjang bulan Ramadan ini.


Super Shake adalah kempen terbesar Boost yang diadakan bagi menghargai pelanggan Boost dan setiap RM10 yang dibelanjakan akan mendapat satu token serta melayakkan pelanggan mereka tersenarai dalam cabutan bertuah mingguan. Boost yang dilancarkan sejak Januari 2017 adalah antara pelopor segmen pembayaran menggunakan e-dompet dengan memiliki 80,000 rakan dagang online dan offline serta mempunyai empat juta pengguna.


Majoriti rakan dagang Boost terdiri daripada pemain industri makanan dan minuman (F&B) diikuti platform e-dagang serta peniaga pasar malam. Boost juga akan turut bekerjasama dengan 45 bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang yang menerima Boost sebagai pilihan pembayaran.


Selain itu, Boost turut menambah perkhidmatan baharu di platformnya iaitu waktu berbuka puasa dan solat bagi memudahkan pengguna sepanjang Ramadan ini. Jadi, jangan lupa muat turun aplikasi Boost di telefon anda sekarang untuk mendapat lebih manfaat dan menjadikan anda sebagai pengguna yang bijak.

Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Penuhi Trend Terkini

Selasa, April 30, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri satu majlis bersejarah dimana McDonald’s Malaysia diumumkan telah berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April 2019 yang lepas apabila mencatatkan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.


Untuk pengetahuan semua, McDonald’s Malaysia sebelum ini telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008 dimana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.


Berdasarkan data-data yang disebut di atas telah menyebabkan McDonald’s Malaysia memberi fokus terhadap segmen perniagaan Pandu-Lalu di seluruh negara bagi memenuhi trend yang kian berubah dalam kalangan pelanggan yang kini mencari perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk. Berdasarkan satu kajian, Pandu-Lalu McDonald’s memenuhi keperluan pelanggan dalam memberikan kemudahan semasa waktu makan.


Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu adalah disebabkan ia adalah mudah dan efisien. Kajian tersebut turut menambah bahawa kelebihan Pandu-Lalu tidak terhad kepada manfaat yang bersifat praktikal, tetapi juga manfaat bersifat emosional kepada pelanggan. Selain memberikan kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa sebaik mungkin.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini kerana segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988.

Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu.


Hans mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada pihak McDonald’s Malaysia terutama kepada barisan pekerja mereka yang sangat berdedikasi sehingga diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.

Pizza Hut Raikan Pembukaan Cawangan Ke 400

Selasa, April 30, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri majlis perasmian pembukaan restoran Pizza Hut Malaysia yang ke-400 di Central i-City Shah Alam dan disambut dengan penuh meriah dan gembira oleh kakitangan rangkaian piza nombor 1 di Malaysia ini.


Untuk maklumat anda semua, Pizza Hut Malaysia memiliki hampir dua kali ganda lebih banyak restoran berbanding pesaing terdekatnya dimana rangkaian piza dengan kekuatan 400 restoran merupakan salah satu daripada dua rangkaian restoran terbesar di Malaysia. Lebih penting lagi, Pizza Hut kini turut menjadi peneraju utama industri dari segi inovasi digital dengan menduduki tangga pertama di dalam aplikasi pesanan piza. 


Menurut Pengarah Urusan QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, majlis pada kali ini bukan hanya sekadar mengenai pembukaan restoran baru sahaja tetapi ia menandakan betapa pesatnya pertumbuhan Pizza Hut selama ini sekaligus membuktikan restoran piza yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Pizza Hut juga telah memperlihatkan peningkatan keuntungan menerusi kedua-dua restoran fizikal dan platform digital, terutamanya dalam tempoh dua tahun yang lepas.


Ketua Pegawai Operasi Restoran Pizza Hut, Loi Liang Tok pula turut berkongsi pandangan dengan menyatakan Pizza Hut sentiasa berusaha untuk memastikan para pelanggan mereka mendapat akses kepada piza terbaik dengan lebih mudah. Sejajar dengan matlamat itu, Pizza Hut menyasarkan untuk mencapai 408 restoran menjelang hujung tahun 2019 dan membuka 60 buah lagi restoran baru dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Lebih menarik pembukaan restoran Pizza Hut akan datang turut akan diperluaskan ke beberapa negeri yang belum pernah diterokai seperti di Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang.


Pizza Hut terus berkembang sejajar dengan keperluan dan kesukaan rakyat Malaysia dan pelancaran restoran format yang terbaru iaitu Fast Casual Delco (FCD) mencerminkan kesungguhan pihak mereka untuk mencapai matlamat berkenaan. Restoran FCD dibina untuk memenuhi permintaan tinggi dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan memberi nafas baru kepada pengalaman makan di restoran dengan kemudahan yang telah dipertingkatkan beserta perubahan reka bentuk restoran. Restoran sebegini dilengkapi dengan sistem dapur belakang dan kaunter separa layan diri yang lebih cekap bagi meningkatkan kepantasan perkhidmatan sama ada untuk makan di restoran, bawa pulang atau penghantaran. Konsep dapur terbuka juga telah diperkenalkan untuk mencipta suasana yang ceria dan pengalaman yang lagi menarik. Konsep ini juga membolehkan para pelanggan melihat sendiri penyediaan piza segar. 


Sempena pembukaan cawangannya yang ke-400, Pizza Hut berharap untuk mengukir senyuman pada lebih ramai lagi rakyat Malaysia. Berita baik buat anda semua yang menggemari piza dimana Pizza Hut menawarkan piza peribadi pada harga cuma RM4.00 sehingga 30 April 2019. Ia juga akan memberikan 4,000 piza bagi memperingati detik penting ini. Menjelang perayaan berkenaan, ia turut mengambil peluang untuk mengukir lebih senyuman dengan memberikan 400 piza kepada 10 badan kebajikan di Lembah Klang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.pizzahut.com.my.

Bufet Ramadan 2019 : Jom Singgah @ Relish Di Fraser Residence Kuala Lumpur

Selasa, April 30, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di Fraser Residence Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu, hidangan Malaysia dan Barat. 


JOM SINGGAH @ RELISH 
FRASER RESIDENCE KUALA LUMPUR 

Alamat:
Fraser Residence Kuala Lumpur,
No 10, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM98++ (Dewasa)
RM58++ (Kanak-Kanak Berumur 4-12 Tahun)

Harga Promosi :
RM78++ (Dewasa)

Nombor Telefon:
+603 21910888 (untuk tempahan)

Email:
fb.frkl@frasershospitality.com

Facebook:
Hot And Sour Szechuan Soup
Sup Kambing
 Ayam Panggang Madu Berbijan
 Ikan Sembilang Goreng Berlada
 Kari Kambing Mangga Muda
 Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Batang Keladi
 Pan-fried Seabass Black Bean Sauce
Puyuh Goreng Jintan

Apa yang istimewanya tentang bufet Ramadan Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur ialah hidangan-hidangan tempatan serta barat yang berlainan dengan hotel-hotel lain yang Hans pernah cuba sebelum ini seperti Ayam Panggang Bijan, Daging Masak Kayu Manis , Ikan Sembilang Goreng Berlada , Loh Hon Chai dan Pan-fried Seabass yang di masak bersama sos kacang hitam. Serius Hans sangat suka dengan menu lauk pauk utama yang disediakan di sini seperti Hot and Sour Szechuan Soup, Puyuh Goreng Jintan dan Kari Kambing Mangga Muda yang bagi Hans sangat menyelerakan.


Apa yang Hans lihat tentang keunikan yang terdapat pada bufet Ramadan Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur yang berbeza dengan hotel yang lain ialah berkenaan menu lauk pauknya yang lain daripada kebiasaan. Jadi, memang Hans seronok dapat menjamah pelbagai hidangan lauk pauk disini yang dimasak dengan pelbagai cara dan menawarkan aneka rasa yang menyelerakan.

Aneka Kerabu
Ketupat Dan Lemang
Kambing Bakar
Barbeque Counter
Satay Ayam Dan Satay Daging
Popiah Basah Yang Sedap
 Cendol Durian
Gelato Aiskrim Pelbagai Rasa Yang Unik

Selain itu, Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur juga menawarkan 11 stesen makanan yang menyediakan pelbagai menu yang sangat menarik dan sedap seperti Kambing Panggang, Popiah Basah, Sharwarma, Ais Kacang, Cendol Durian, Gelato Ice Cream dan banyak lagi. Serius memang Hans seronok gila sebab dekat sini popiah basah yang disediakan secara langsung depan mata Hans memang sedap. Ada pula cendol durian dan sebagai peminat durian memang rasa macam di syurga. Yang menarik tu Aiskrim Gelato yang ada macam-macam perisa pelik seperti perisa nasi lemak dan teh tarik. Memang wajib cuba apabila anda berbuka disini!


Kepada sesiapa yang ingin menempah khas untuk berbuka beramai-ramai atau 'private gathering‘ disini, anda dikehendaki menempah minimum 50 orang dan pihak Fraser Residence Kuala Lumpur akan menawarkan menu bufet yang bersesuaian dengan permintaan anda. Anda tidak perlu risau untuk bersolat kerana tempat solat untuk lelaki dan wanita turut disediakan di sini yang terletak di Aras 5, Tower 1.


Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Fraser Residence Kuala Lumpur pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang.

Sabtu, 27 April 2019

Majlis Perlancaran Produk Terbaharu BB Cushion

Sabtu, April 27, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini pihak Shalicious Empire Sdn Bhd telah melancarkan produk terbaharu mereka yang merupakan produk kelapan keluaran syarikat ini iaitu BB Cushion.


Pelancaran BB Cushion oleh Shalicious Empire Sdn Bhd telah diadakan bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.
.

Shalicious Empire Sdn Bhd telah membantu menghasilkan BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza untuk memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.


Mengenai BB Cushion:
Anti Aging
Hydrating
Perfect Cover
SPF 35++


Kelebihan BB Cushion:

Makeup Foundation:
Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari

UV Protection:
Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Perfect Cover:
Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercampuk

Anti Aging:
Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah - Melambatkan proses penuaan

Whitening & Repairing:
Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat


BB Cushion yang bakal menembusi pasaran Indonesia dan Brunei akan dijual secara rasmi bermula 25 April 2019. Namun, ianya sudah mula dijual di pasaran Malaysia secara pre order bermula sejak 4 April 2019.


BB Cushion kini boleh didapati menerusi agen, stokis serta ibu pejabat Shalicious pada harga RM77 sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru dan rangkaian produk, sila rujuk maklumat yang Hans kongsikan di bawah:


Laman Web:

Instagram:

Nombor Telefon:
+60179844296

Email: