Bufet Ramadan 2019 : Jom Singgah @ Relish Di Fraser Residence Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di Fraser Residence Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu, hidangan Malaysia dan Barat. 


JOM SINGGAH @ RELISH 
FRASER RESIDENCE KUALA LUMPUR 

Alamat:
Fraser Residence Kuala Lumpur,
No 10, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM98++ (Dewasa)
RM58++ (Kanak-Kanak Berumur 4-12 Tahun)

Harga Promosi :
RM78++ (Dewasa)

Nombor Telefon:
+603 21910888 (untuk tempahan)

Email:
fb.frkl@frasershospitality.com

Facebook:
Hot And Sour Szechuan Soup
Sup Kambing
 Ayam Panggang Madu Berbijan
 Ikan Sembilang Goreng Berlada
 Kari Kambing Mangga Muda
 Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Batang Keladi
 Pan-fried Seabass Black Bean Sauce
Puyuh Goreng Jintan

Apa yang istimewanya tentang bufet Ramadan Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur ialah hidangan-hidangan tempatan serta barat yang berlainan dengan hotel-hotel lain yang Hans pernah cuba sebelum ini seperti Ayam Panggang Bijan, Daging Masak Kayu Manis , Ikan Sembilang Goreng Berlada , Loh Hon Chai dan Pan-fried Seabass yang di masak bersama sos kacang hitam. Serius Hans sangat suka dengan menu lauk pauk utama yang disediakan di sini seperti Hot and Sour Szechuan Soup, Puyuh Goreng Jintan dan Kari Kambing Mangga Muda yang bagi Hans sangat menyelerakan.


Apa yang Hans lihat tentang keunikan yang terdapat pada bufet Ramadan Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur yang berbeza dengan hotel yang lain ialah berkenaan menu lauk pauknya yang lain daripada kebiasaan. Jadi, memang Hans seronok dapat menjamah pelbagai hidangan lauk pauk disini yang dimasak dengan pelbagai cara dan menawarkan aneka rasa yang menyelerakan.

Aneka Kerabu
Ketupat Dan Lemang
Kambing Bakar
Barbeque Counter
Satay Ayam Dan Satay Daging
Popiah Basah Yang Sedap
 Cendol Durian
Gelato Aiskrim Pelbagai Rasa Yang Unik

Selain itu, Jom Singgah @ Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur juga menawarkan 11 stesen makanan yang menyediakan pelbagai menu yang sangat menarik dan sedap seperti Kambing Panggang, Popiah Basah, Sharwarma, Ais Kacang, Cendol Durian, Gelato Ice Cream dan banyak lagi. Serius memang Hans seronok gila sebab dekat sini popiah basah yang disediakan secara langsung depan mata Hans memang sedap. Ada pula cendol durian dan sebagai peminat durian memang rasa macam di syurga. Yang menarik tu Aiskrim Gelato yang ada macam-macam perisa pelik seperti perisa nasi lemak dan teh tarik. Memang wajib cuba apabila anda berbuka disini!


Kepada sesiapa yang ingin menempah khas untuk berbuka beramai-ramai atau 'private gathering‘ disini, anda dikehendaki menempah minimum 50 orang dan pihak Fraser Residence Kuala Lumpur akan menawarkan menu bufet yang bersesuaian dengan permintaan anda. Anda tidak perlu risau untuk bersolat kerana tempat solat untuk lelaki dan wanita turut disediakan di sini yang terletak di Aras 5, Tower 1.


Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Fraser Residence Kuala Lumpur pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama