EMHub : Pusat E-Dagang Pertama Malaysia Di Selangor

Negeri Selangor sentiasa membuatkan para penduduknya berasa bangga dengan status negeri maju yang dimilikinya. Nampaknya sekali lagi negeri Selangor menjadi pelopor kepada negeri-negeri lain di Malaysia kerana negeri ini bakal membangungkan projek EMHub di Selangor Science Park 1 Kota Damansara yang merupakan Pusat E-Dagang Pertama seumpamanya di Malaysia.


Projek EMHub yang bakal dibina oleh pemaju SCland Developement Sdn Bhd dan dijangka siap pada tahun 2022 ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sewaktu Majlis Pecah Tanah serta Penyampaian Anugerah Hab E-Dagang oleh Selangor Information Technology & Ecommerce Council (SITEC) kepada SCLand Development Sdn. Bhd baru-baru ini.


Untuk makluman semua, kos projek EMHub yang merupakan Pusat E-Dagang Pertama Malaysia bernilai RM600 juta dengan keluasan 9.4 ekar beserta 6 tingkat hub perdagangan ini menawarkan pusat penyelesaian sehenti di Malaysia dimana ia dilengkapi dengan pejabat, gudang, bilik pameran serta pusat kemudahan pengedaran selain ruang runcit di bawah satu bumbung. Selain itu, pusat E-Dagang ini juga memberi kemudahan kepada penjual untuk mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian dan ia dilihat sangat bersesuaian dan mesra dengan semua jenis perniagaan yang dijalankan pada zaman kini. 


Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari berkata hal ini merupakan satu langkah penting buat negeri Selangor sendiri ke arah segmen Runcit Baharu dengan Dalam dan Luar Talian (O2O) dan perniagaan Gabungan Dalam dan Luar Talian (OMO) yang semakin berkembang pada setiap waktu. Menurut beliau lagi, selain usaha menyediakan kemudahan infrastruktur dan keupayaan e-penunaian, pihak SITEC turut membantu dari segi memberi kemudahan ekosistem ekonomi digital melalui gerbang pembayaran, perkhidmatan logistik serta pasaran dalam talian. Selain itu, kapasiti pembangunan tenaga kerja seperti kelas e-dagang, program perniagaan, ruang kerja dan pelbagai lagi turut dititikberatkan oleh pihak SITEC yang sentiasa akan memberi bimbingan dengan sebaiknya.


Projek EMHub juga dinyatakan sebagai salah sebuah ruang terbaik buat mana-mana syarikat kecil niaga atau bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berminat untuk menyebarkan perniagaan mereka kepada e-dagang kerana projek EMHub ini menyediakan pelbagai jenis kemudahan e-dagang seperti sokongan jalur lebar optik berkelajuan tinggi dan banyak lagi.


Projek EMHub ini terdiri daripada dua blok iaitu Hub 1 dan Hub 2 yang menempatkan 247 unit runcit serta pejabat yang akan dibuka untuk jualan. Keluasan setiap unit adalah sekitar 2,196 kaki persegi dan 4,014 kaki persegi bergantung kepada aras unit tersebut setiap blok tersebut. Pusat E-Dagang ini turut menawarkan bilik mesyuarat pelbagai saiz serta dewan pelbagai fungsi di ruang atas bangunan. Selain itu, pelbagai kemudahan rekreasi seperti taman, bilik permainan, gimnasium dan gelanggang bola keranjang juga turut disediakan untuk membentuk gaya hidup para penyewa yang berada di kawasan ini.


Apabila siap sepenuhnya nanti projek EMHub yang menobatkannya sebagai Pusat E-Dagang Pertama Malaysia di Selangor ini pasti bukan sahaja akan menjadikan negeri Selangor kekal sebagai negeri termaju tetapi juga akan menjadikan negeri ini sebagai kawasan perdagangan global utama di Malaysia. Selain itu, projek ini pasti memberi lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat negeri Selangor sendiri yang kini semakin aktif di dalam ekonomi digital. Tahniah buat negeri Selangor dan sama-samalah kita menanti projek ini siapa sepenunya pada tahun 2022 nanti.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama