McDonald’s Malaysia Kembalikan Chicken Foldover dan Nasi McD Sempena Bulan Ramadan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi sesuatu yang cukup menarik buat para penggemar makanan terutamanya peminat McDonald's Malaysia dimana sepanjang bulan Ramadan nanti anda berpeluang menikmati dua menu baharu yang cukup lazat dan mengenyangkan sewaktu anda berbuka nanti.


Menu yang Hans maksudkan disini ialah dua hidangan menu yang cukup eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover yang kini sudah boleh didapati di semua rangkaian restoran McDonald’s seluruh Malaysia. 


Apa yang istimewanya tentang Nasi MCd baharu ini ialah anda boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama dengan Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD ini pula boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD dan dihidangkan bersama coleslaw serta Iced Lemon Tea bersaiz sederhana sebagai satu hidangan lengkap buat anda sewaktu berbuka puasa nanti. 


Apa yang lebih menarik apabila Hans terlihat pihak McDonald’s Malaysia turut membawakan kembali menu Chicken Foldover yang sebelum ini menjadi kegemaran ramai semasa empat atau lima tahun yang lepas. Hans sebenarnya pernah menikmati hidangan ini sewaktu menunaikan umrah pada tahun lepas di bumi Mekah.


Jadi, apabila Hans berkesempatan merasa menu Chicken Foldover ini tadi sememangnya Hans boleh katakan menu ini menepati citarasa rakyat Malaysia dimana dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna dan ditambah dengan daun salad serta tomato segar disamping dilengkapkan oleh sos istimewa baharu yang dibalut dengan roti nipis yang menjadikan menu ini sebagai satu hidangan berbuka puasa yang bakal menggembirakan anda. Untuk pengetahuan semua, set Chicken Foldover ini dihidangkan bersama McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea untuk memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu. 


Selain hidangan Nasi McD dan Chicken Foldover, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan. Selain D24 Durian McFlurry yang digemari ramai, McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa dengan inti pisang yang aromatik di dalam pastri rangup McDonald’s yang terkenal.


Apa yang lebih menggembirakan, jika anda merupakan pelanggan yang sentiasa on the go, atau yang sentiasa ingin melengkapkan hidangan berbuka anda dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan maka McDonald’s turut menawarkan Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe. Hans sudah mencuba Ice Blended Ribena dan rasanya memang padu dan menyegarkan. Sebagai info tambahan, hidangan ini hanya boleh di dapati di McCafe sahaja. 


Apa yang lebih menarik, McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Sebagai aktiviti tahunan, semua 270 restoran McDonald’s di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid. Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat. Harapan McDonald’s sempena bulan Ramadan yang mulia ini adalah untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim. 


Mulai 6 Mei ini, hidangan sahur yang terdiri daripada hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang sedang menjalani ibadah berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s kepada anda semua nanti. 


Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95. Manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95 dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium. Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara sehingga 5 Jun 2019

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bulan puasa kalau nak cepat nak mudah boleh order ni hehehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama