Nikmati Gulai Kawah Kambing Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang menawarkan lebih daripada 200 hidangan kampung yang sangat menyelerakan. 


AROMA D'ANCASA RAMADAN BUFFET 2019 

Alamat:
Ancasa Hotel & Spa,
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 Mei 2019 - 3 Jun 2019

Harga:
RM70 (Dewasa)
RM40 (Kanak-Kanak Berumur 5-12 Tahun)

Harga Promosi (Sebelum 30 April 2019):
RM60 (Dewasa)

Nombor Telefon:
+603 20266060 (ext 7703 untuk tempahan)

Laman Web:


Tahun ini merupakan tahun kedua Hans berpeluang merasai pelbagai hidangan yang bakal disediakan buat pelanggan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, AnCasa Royale Pekan serta AnCasa Residences Port Dickson pada tahun 2019 ini. Suatu perkara yang mengagumkan dimana seperti ada satu kejaiban terjadi semasa Hans menikmati juadah-juadah disini kerana rasa setiap hidangannya yang memang sedap dan berjaya membuatkan Hans teringat-ingat sehingga kini. Juadah-juadah kampung yang dihidangkan disini pada kali ini sangat-sangat menyelerakan dan jauh lebih baik berbanding tahun lepas.

Nasi Yang Menyelerakan
 Ayam
 Sambal Goreng Jawa
 Udang Goreng Telur Masin
 Sotong Sumbat Tiga Rasa
Gulai Kawah Kambing

Menu-menu utama di atas sememangnya menyelerakan. Hidangan sambal goreng jawa juga memang wajib anda cuba. Tetapi, hidangan yang sebenar-benarnya anda wajib makan dan pasti akan membuatkan anda menambah nasi ialah Gulai Kawah Kambing. Secara jujurnya, Hans pada mulanya menyangka ini adalah daging lembu kerana Hans tidak merasa langsung bau kambing saat menjamah hidangan ini. Daging kambingnya lembut disertakan ubi yang empuk dan paling penting kuah gulai kawah ini mengingatkan Hans kepada gulai daging ubi emak di kampung. Susah sebenarnya untuk Hans menyukai gulai kawah daging, kambing atau ayam yang disediakan di hotel kerana rasanya yang tidak seakan-akan gulai masakan emak tetapi alhamdulillah AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berjaya menghilangkan seketika kerinduan kepada masakan emak ini. Hans siap tambah nasi lah dan ambil lagi sekali gulai kawah kambing ini. Tak pernah-pernah Hans menambah dan ambil menu yang sama sebelum ini untuk hidangan berat seperti nasi. Tahniah kepada chef yang terlibat di dalam penyediaan gulai kawah kambing ini. Serius sedap sangat!

Opor Daging Hitam
 Siput Buluh Masak Pedas
 Sambal Jering Ikan Bilis
 Keladi
Pais Ikan Patin
 Ayam Goreng Serai
 Lupa Nama (Hahaha)
 Pucuk Ubi Masak Tempoyak
Rendang Itik Minang
Kambing Golek
Aneka Hidangan Masak Lemak Cili Api
 Daging Masak Lemak Cili Api
 Kepah Masak Lemak Cili Api
 Ketam Masak Lemak Cili Api
 Kupang Masak Lemak Cili Api
 Lala Masak Lemak Cili Api
 Udang Masak Lemak Cili Api
Sambal Masak Lemak Cili Api

Walaupun Hans berasal dari utara tetapi Hans sangat menggemari hidangan masak lemak cili api. Serius memang hidangan ini yang Hans suka cari dan cuba apabila berkesempatan. Memandangkan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menawarkan aneka hidangan masak lemak cili api sempena Aroma D'Ancasa Ramadan Buffet ini maka Hans tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Hans hanya mencuba hidangan daging salai masak lemak cili api disebabkan kekenyangan namun rasanya masih sedap di tekak Hans. Serius hidangan ini juga merupakan antara hidangan yang wajib anda cuba sewaktu berbuka puasa di sini nanti.

Aneka Sambal Dan Ulam-Ulaman
Aneka Kerabu, Begedil Dan Telur Masin
Mee Kari Gear Box
 Sup Ayam Kampung Bersama Roti Benggali
Apam Balik
Aneka Pencuci Mulut Dan Kek
 Aneka Kuih Muih Dan Puding
Kuih Pena

Satu perkara menarik yang Hans temui sewaktu ingin menjamah kuih-muih yang disediakan di sini ialah Hans terlihat satu jenis kuih yang Hans belum pernah jumpa sebelum ini. Rupa-rupanya kuih ini bernama Kuih Pena yang merupakan kuih tradisional di negeri Pahang. Hans dimaklumkan cara penghasilan kuih pena ini sama seperti kuih badak kubang cuma bezanya ialah kuih pena ini berwarna hijau dan tidak mempunyai inti kelapa. Kuih pena ini masih boleh dijumpai di beberapa daerah negeri Pahang seperti Chenor dan Temerloh. Hans pun cuba makan dan rasanya sedap.

Aneka Buah-Buahan
Aneka Minuman Dan Laicikang

 Tandoori Chai

Satu lagi hidangan yang anda wajib cuba disini ialah minuman Tandoori Chai. Awal-awal waktu Hans dimaklumkan, Hans ingatkan ayam tandoori tetapi rupa-rupanya teh herba yang dimasukkan ke dalam tembikar kecil dan dibiar menggelegak sebelum dihidangkan di dalam cawan seperti gambar di atas. Sedap diminum panas-panas kerana rasa herbanya yang sedikit kuat. Tandoori Chai ini memang mengingatkan Hans kepada teh yang sering diminum oleh orang Arab kerana rasa serta baunya yang memang sama.


Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, AnCasa Royale Pekan atau AnCasa Residences Port Dickson sempena Aroma D'Ancasa Ramadan Buffet pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Paling penting jangan terlepas untuk menikmati gulai kawah kambing, hidangan masak lemak cili api, minuman tandoori chai dan banyak lagi yang disediakan disini yang pasti akan membuatkan anda berpuas hati dan gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Balasan
    1. tahun ni memang meriah dan sedap lain macam bufet ramadan dekat AnCasa Hotel nih.
      harga pun murah juga
      wajib cuba bro :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama