Qasidah Night Bersama Kumpulan Raihan Dan Sharifah Khasif

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans nak tanya kepada para pembaca sekalian berkenaan satu soalan mudah. Siapa di kalangan anda yang mengenali kumpulan nasyid yang begitu popular sekitar tahun 90-an serta awal tahun 2000 iaitu kumpulan RaihanHans pasti sesiapa yang membesar pada tahun tersebut pasti sangat mengenali kumpulan ini yang pernah tersenarai di dalam  500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia sejak tahun 2008 hingga tahun 2016. Namun, golongan muda zaman kini mungkin kurang mengenali kumpulan ini walaupun mengetahui tentang kewujudan lagu-lagu nasyid dendangan mereka disebabkan kurangnya kemunculan kumpulan Raihan ini di ruang media.


Berita baik buat anda yang merindui persembahan nasyid kumpulan Raihan kerana mereka bakal muncul pada Malam Kesenian Dan Kebudayaan Qasidah Night yang akan berlangsung pada 27 April 2019 ini bertempat di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara. Perkara ini telah diumumkan sewaktu majlis sidang media yang berlangsung di Restoran Rebung, Bukit Aman Kuala Lumpur sebelum ini.


Turut menarik perhatian ialah kemunculan Sharifah Sharifah Khasif yang digandingkan dengan mereka serta penglibatan Dato Jamal Abdillah sebagai artis jemputan yang pastinya akan menjadikan Qasidah Night sebagai sebuah konsert qasidah yang pasti akan diingati sepanjang zaman oleh para peminat kumpulan Raihan.


Menurut Sharifah Khasif, mereka berminat untuk mengangkat qasidah sebagai salah satu produk Malaysia yang boleh dijual di luar negara terutamanya di negara Timur Tengah, United Kingdom dan juga beberapa negara lain yang mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai seperti Australia, Rusia, China dan Timur Eropah.


Gandingan antara kumpulan Raihan dan Sharifah Khasif pada Konsert Qasidah Night juga dibuat kerana nilai populariti mereka yang cukup tinggi di luar Malaysia seperti di negara Turki, Bosnia, Singapura, Australia, Qatar dan banyak negara lain lagi disamping untuk menarik lebih ramai peminat untuk membeli tiket agar konsert qasidah yang berkonsepkan mengumpul dana ini mampu mencapai matlamat yang diharapkan.


Persembahan pada Qasidah Night akan dibahagikan kepada dua segmen dimana segmen pertama akan menampilkan persembahan kebudayaan dengan kerjasama Istana Budaya. Menerusi segmen kedua pula, peminat akan disajikan dengan persembahan Sharifah Khasif, Raihan dan Dato Jamal Abdillah sebagai artis undangan. Lapan orang pemuzik professional akan mengiringi persembahan Sharifah Khasif dan Raihan pada malam tersebut.


Tiket-tiket Konsert Qasidah Night anjuran Sharifah Khasif Production Sdn Bhd dengan kerjasama DVA Event And Management ini boleh didapati dengan hanya satu harga iaitu RM300 dan boleh dibeli melalui talian 03-41441104 atau 01222747918 / 0123126254.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama