Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Penuhi Trend Terkini

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri satu majlis bersejarah dimana McDonald’s Malaysia diumumkan telah berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April 2019 yang lepas apabila mencatatkan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.


Untuk pengetahuan semua, McDonald’s Malaysia sebelum ini telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008 dimana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.


Berdasarkan data-data yang disebut di atas telah menyebabkan McDonald’s Malaysia memberi fokus terhadap segmen perniagaan Pandu-Lalu di seluruh negara bagi memenuhi trend yang kian berubah dalam kalangan pelanggan yang kini mencari perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk. Berdasarkan satu kajian, Pandu-Lalu McDonald’s memenuhi keperluan pelanggan dalam memberikan kemudahan semasa waktu makan.


Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu adalah disebabkan ia adalah mudah dan efisien. Kajian tersebut turut menambah bahawa kelebihan Pandu-Lalu tidak terhad kepada manfaat yang bersifat praktikal, tetapi juga manfaat bersifat emosional kepada pelanggan. Selain memberikan kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa sebaik mungkin.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini kerana segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988.

Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu.


Hans mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada pihak McDonald’s Malaysia terutama kepada barisan pekerja mereka yang sangat berdedikasi sehingga diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama