SalamToday Portal Gaya Hidup Patuh Syariah

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi kepada anda semua tentang sebuah portal gaya hidup yang patuh syariah dan membantu anda berbuat amal kebajikan hanya dengan melayari portal ini sahaja iaitu SalamToday yang telah dilancarkan oleh SalamWeb baru-baru ini.


SalamToday merupakan portal gaya hidup baru untuk komuniti digital Islam dimana ia memperkasakan komuniti untuk menikmati gaya hidup yang lebih positif dan sentiasa arif tentang peristiwa menarik bersesuaian dengan gaya hidup mereka.


Sebagai sebuah portal gaya hidup yang pertama dilancarkan oleh SalamWeb, ianya boleh diakses di mana jua melalui telefon pintar anda. Gerbang maklumat yang menyasarkan masyarakat Islam Malaysia ini menerbitkan kandungan berbahasa Melayu manakala bahagian antarabangsanya pula memuatkan rencana di dalam Bahasa Inggeris. 

Portal SalamToday merangkumi enam kategori utama: 

1) Selera (Savour) – Melayan citarasa foodies membawa kupasan dan cadangan hidangan Halal terbaik di dalam dan di luar Malaysia.

2) Stail (Style) – Memastikan para Fashionista sentiasa berbekal gaya terkini.

3) Singgah (Sights) – Mengajak para penjelajah meneroka cadangan kembara dan penginapan yang mesra Islam.

4) Seni (Senses) – Penggiat dan peminat seni dipersembahkan maklumat terkini budaya dan kesenian semasa.

5) Suka (Seek) – Sentiasa kemaskini mengenai aktiviti dan hobi sihat di sekeliling kita.

6) Sahsiah (Soul) – Membawa motivasi serta bimbingan rohani dalam usaha memperbaiki diri. 


Pengurus Kanan Produk SalamWeb, Shah Shamshiri menyatakan SalamToday merupakan  sebuah portal yang menampilkan gabungan maklumat terkini dengan trend sosial serba produktif berpandukan imbangan tuntutan rohani dengan kepentingan komuniti. Para pelayar portal akan diperkasakan dengan maklumat gaya hidup yang boleh diyakini, mereka serba arif dengan pengetahuan mengenai hal ehwal semasa, berita serta perkembangan terkini. Selain itu, para pelayar portal ini juga turut menikmati platform mesra untuk berkongsi pandangan rohani dengan pengguna lain yang sependapat. 


Manakala Pengarah Urusan, Puan Hasni Zarina Khan pula menyatakan SalamToday bermatlamat memaklumkan, mencetus inspirasi serta memperkasakan komuniti pengguna dengan gaya hidup yang lebih positif dengan membawa perkembangan berita dan hal-ehwal semasa yang bersesuaian dengan mereka untuk membolehkan umat Islam untuk memilih kehidupan digital yang konsisten dengan nilai dan kepercayaan Islam yang serba positif. 


Edisi digital julung kali SalamToday turut menampilkan pelakon dan penyanyi terkemuka tanah air iaitu Ziana Zain sebagai inspirasi laman utamanya dan contoh menyerlah bagaimana seorang wanita Islam moden mampu tabah mengharungi kehidupan dalam mengejar kejayaan. 


Majlis pelancaran SalamToday dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air termasuk Ziana Zain dan pengacara serba sensasi Alif Satar. Majlis tersebut turut menampilkan persembahan oleh Noryn Aziz dan Siti Sarah serta mempamerkan rekaan fesyen santun terkini oleh pereka fesyen Malaysia Anuar Faizal sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 


Dilancarkan di Malaysia, SalamToday kini boleh diakses dari mana jua, ia terbuka kepada pengguna pelbagai komuniti melalui semua platform digital dan turut tersedia di dalam pelayar sesawang SalamWeb

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama