Ahad, 21 April 2019

Slumberland MyZmartBed : Katil Pintar Berharga Hampir RM40000

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat berminat nak bertanyakan satu soalan kepada anda semua. Berapakah harga katil dan tilam di rumah anda sekarang? RM100? RM200? RM500? Percuma? Tiada katil dan tilam? Pasti macam-macam jawapan yang Hans bakal dengar nanti tetapi kali ini Hans teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah katil pintar yang harganya hampir mencecah RM40,000 iaitu iaitu Slumberland MyZmartBed.


Harga yang mahal semestinya memberikan satu sebab yang kukuh bahawa Slumberland MyZmartBed bukannya sebuah katil yang biasa tetapi merupakan sebuah katil pintar terunggul yang bakal memberikan satu pengalaman tidur yang menyelesakan dan kini sudah boleh diperolehi di pasaran Malaysia.


Sempena ulang tahun yang ke-100 Slumberland yang telah wujud dan beroperasi sejak tahun 1919, mereka telah memperkenalkan Slumberland MyZmartBed™ yang merupakan sebuah katil terbaik dengan pembuatannya yang halus dan teknologi maju yang digunakan mendahului masa untuk mendapatkan tidur terbaik yang boleh dinikmati seumur hidup bagi meraikan ulang tahun satu abad Slumberland buat para pengguna setia mereka. 


Apa yang menjadikan Slumberland MyZmartBed sebagai sebuah katil pintar yang cukup istimewa? Untuk pengetahuan anda, katil pintar ini dikuasakan dengan Aplikasi MyZmartBed™, sambungan WiFi dan pam pintar, lapisan sensor MyZmartBed™ dengan lebih 2000 titik (point) sensor yang diletakkan merata di setiap inci tilam agar dapat meliputi lima zon utama tubuh anda iaitu pada bahagian kaki, posterior, lumbar, bahu dan kepala. Lebih menarik ia akan menyesuaikan secara automatik mengikut posisi tubuh anda ketika anda sedang tidur. Selain itu, teknologi lapisan pintar yang telah dipatenkan daripada Responsive Surface Technology (ReST®) ini telah memenangi dua anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi CES 2015 dan Anugerah NSF SleepTech® 2019. Teknologi sensor ini yang telah dilindungi oleh lebih 20 paten antarabangsa mempunyai pensijilan perubatan dan TUV dimana ia digunakan di hospital-hospital di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu. 


Slumberland MyZmartBed memberi keselesaan secara konsisten dan ia menyesuaikan keperluan sokongan dan keselesaian harian tubuh anda dalam tiga tetapan mode berbeza. Ia adalah mode Manual untuk sasaran tertentu dan 100% mengkhususkan pada pengguna. Manakala mode Auto Position pula mempunyai tetapan memori yang berasingan dan unik untuk sokongan belakang dan sisi yang amat berguna terutama buat anda yang tidur mengiring. Akhir sekali ialah mode Automatic yang memberikan keseimbangan dan melepaskan tekanan berterusan pada tubuh sepanjang malam untuk meningkatkan aliran dan peredaran darah anda yang tidur di atas katil pintar ini. 

Sama ada anda lebih berminat kepada tilam yang lembut atau yang lebih anjal untuk tidur, atau memilih bahagian mana daripada tubuh yang memerlukan sokongan, Slumberland MyZmartBed™ boleh menyesuaikan keperluan tubuh anda itu. Kedua-dua bahagian Slumberland MyZmartBed™ dikawal secara berasingan. Jadi, katil ini amat ideal untuk pasangan yang mempunyai definisi berbeza tentang keselesaan. Tilam dipasang dengan alas atas tambahan (topper) mengikut pilihan anda iaitu sama ada yang diperbuat daripada getah asli atau busa memori (memory foam).


Untuk sesiapa yang berminat mengesan dan memantau paten tidur masing-masing, aplikasi Slumberland MyZmartBed™ juga boleh merekodkan data tidur anda selain memperkasakan anda dengan maklumat yang diperlukan untuk mencapai tidur yang terbaik. Aplikasi ini sentiasa dipertingkatkan dan akan memberikan maklumat tentang posisi serta pergerakan tubuh yang mungkin membantu doktor dalam mendiagnos kecelaruan tidur seperti sindrom apnea, insomnia dan kaki lenguh. Aplikasi ini juga boleh dipadamkan bila-bila masa mengikut kehendak anda. Memang betul-betul unik Slumberland MyZmartBed ini. Jadi, tidak hairan lah harganya juga berada di dalam kategori sangat mewah disebabkan kehebatan teknologi yang disertakan kepada katil pintar ini.


Untuk sesiapa yang berkemampuan dan ingin tidur anda sentiasa nyenyak dan selesa, Slumberland MyZmartBed™ akan dijual pada harga promosi iaitu RM39,880. Pakej ini termasuk tilam, rangka katil, penghantaran dan pemasangan selain jaminan selama 10 tahun. Slumberland MyZmartBed™ boleh didapati di galeri Slumberland di Jalan Maarof Bangsar, Viva Home dan cawangan-cawangan terpilih lain bermula pada Jun 2019 ini. 

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com