Jumaat, 31 Mei 2019

Pelancong Teruja Mengacau Dodol Dan Menganyam Ketupat Di Matic

Jumaat, Mei 31, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke Program Santai Ramadan@Matic yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 24 Mei 2019 yang lepas. Apa yang menarik tentang program ini ialah ia bukan saja menarik perhatian masyarakat tempatan tetapi turut berjaya mencuri tumpuan para pelancong dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur.


Para pelancong yang berkunjung ke Matic ditemui sangat terpesona dan teruja dengan demonstarasi memasak dodol dan menganyam ketupat sempena program tersebut yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia tersebut. Lebih menarik apabila mereka tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mencuba menganyam ketupat dan mengacau dodol bersama para petugas yang membantu memberi maklumat secara teori dan praktikal kepada mereka.


Kebanyakkan pelancong turut menyatakan perasaan seronok mereka kerana ini merupakan pengalaman pertama buat mereka belajar mengayam ketupat dan mengacau dodol. Lebih menarik apabila mereka bersepakat untuk memuji rasa dodol yang pada mereka menawarkan rasa yang sangat lazat. Melalui program ini juga mereka dapat mengetahui bahawa dodol dan ketupat merupakan masakan tradisi melayu ini yang sangat popular pada musim perayaan. 


Agak melucukan apabila petugas memberitahu para pelancong bahawa hidangan dodol serta ketupat ini mengambil masa lebih dari 5 jam untuk disiapkan yang menyebabkan rata-rata pelancong yang mendengarnya kelihatan terkejut dan kagum. Mereka tidak sangka bahawa hidangan ini mengambil masa terlalu untuk disiapkan dan memuji kesabaran pihak-pihak yang menyediakan hidangan ini.


Program Santai Ramadan@Matic ini turut dimeriahkan oleh barisan artis seperti Taufiq Hanafi, Zarina Maharaja Lawak dan chef celebriti popular iaitu Chef Fikri. Program ini juga turut disertai oleh sukarelawan dari Kolej Vokasinal Setapak selain kakitangan Matic sendiri. Rata rata sukarelawan yang hadir tidak pernah melihat dan tidak tahu bagaimana masakan ini disediakan. Mereka berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat terlibat dengan aktiviti sebegini.


Hans sendiri melihat program sebegini sememangnya memberikan banyak manfaat bukan sahaja buat pelancong tetapi juga kepada masyarakat tempatan sendiri yang rata-ratanya sekarang memang tidak tahu menahu tentang amalan menyediakan hidangan seperto dodol dan ketupat ini. Selain itu, program ini juga dapat mempromosikan masakan tradisional melayu melalui pelancongan dan juga untuk memelihara resepi masakan tradisi kepada generasi muda supaya ia tidak hilang di telan zaman.


Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan Hans menyambut baik perancangan pihak Matic yang bercadang untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Semoga ianya menjadi kenyataan. Tahniah Hans ucapkan kepada pihak Matic atas kejayaan penganjuran program untuk kali ini.

Isnin, 27 Mei 2019

60 Golongan Asnaf Terima Sumbangan Jakel Dan PPZ-MAIWP

Isnin, Mei 27, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke Majlis Iftar Jakel dan Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang meraikan 60 golongan asnaf yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), dan keluarga asnaf dimana mereka turut menerima sumbangan Aidilfitri pada majlis kali ini. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Ahmad Shukri Yusoff, Jakel Trading Sdn. Bhd. telah memperuntukkan hasil wang pengembalian semula wang zakat melalui Skim Wakalah bagi bayaran zakat perniagaan mereka untuk meraikan golongan asnaf itu. Penerima sumbangan ini terdiri daripada 20 pelajar OKU, 20 kanak-kanak OKU dan 20 keluarga asnaf terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


Manakala Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Jakel iaitu Abdul Rashid Ab. Rahman pula menyatakan anjuran majlis berbuka puasa kali ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jakel untuk mendekati golongan yang memerlukan dimana sumbangan berbentuk wang tunai dan baju raya berjumlah RM25,000 telah disediakan bagi menyantuni 60 golongan asnaf yang terpilih pada majlis kali ini.


Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini, Hans memang terasa sangat gembira melihat begitu ramai pihak yang sudi membantu meringankan beban golongan-golongan yang kurang berkemampuan terutamanya di saat orang ramai sekarang sedang sibuk menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Semoga segala jenis bentuk bantuan ini akan menjadikan sambutan hari raya buat 60 golongan asnaf ini meriah dan menggembirakan buat mereka.


Buat para pembaca sekalian yang mungkin pertama kali mendengar tentang SKIM WAKALAH, sebenarnya Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah menyediakan skim wakalah bagi pembayar individu, syarikat pembayar zakat perniagaan, majikan dan IPT potongan gaji zakat. Skim wakalah adalah MAIWP mewakilkan kuasa agihan kepada pembayar zakat untuk mengagihkan sendiri wang zakat kepada golongan asnaf yang layak melalui pemulangan semula sejumlah wang zakat yang dibayar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jadi, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang skim wakalah ini, sila rujuk DISINI atau boleh hubungi talian zakat 1300885757.

Khamis, 23 Mei 2019

Review Filem Aladdin

Khamis, Mei 23, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton filem Aladdin di Amerin Cineplex pada 22 Mei 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem hebat ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 21 Mei 2019

Bufet Ramadan 2019 : Syurga Makanan Sedap Di Royale Chulan Kuala Lumpur

Selasa, Mei 21, 2019 24
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur yang menampilkan tema bufet Ramadan mereka kali dengan nama Citarasa Nusantara


CITARASA NUSANTARA
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR 

Alamat:
Mahsuri Courtyard,
5, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
7 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Harga:
RM150 (Dewasa)
RM100 (Warga Emas)
RM75 (Kanak-Kanak Berumur 6-12 Tahun)

Laman Web:

Instagram:


Alhamdulillah, memang rezeki Hans tahun ini berpeluang berbuka puasa sebanyak dua kali di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini dan bayangkan walaupun dua kali tetapi masih belum dapat merasa semua juadah yang disediakan disini. Boleh bayangkan berapa banyaknya juadah yang anda boleh jumpa seandainya anda datang berbuka puasa disini. Tetapi, untuk kedua-dua kehadiran Hans disini memang Hans tak melepaskan peluang untuk menjamah Nasi Lemak Dua Kupang yang sangat sedap, menyelerakan, lazat dan suapannya mengingatkan Hans pada nostalgia zaman persekolahan masa kecil dulu. Hasil temuramah ringkas Hans dengan Chef yang menyediakan juadah Nasi Lemak Dua Kupang ini, resipi nasik lemak ini diperoleh daripada neneknya. Jadi, tidak hairanlah rasa nasi lemak disini memang sedap apabila dinikmati dengan sambalnya yang enak dan telur puyuh yang cukup untuk membuatkan anda menambah sepinggan lagi seperti Hans.

 Nasi Minyak
 Ayam Masak Lemak
 Daging Masak Merah
 Kambing Masak Hitam
 Ikan Masak Sambal
 Deep Fried Fish Chinese Style
 Sayur Campur
 Pucuk Manis Masak Lemak Putih
 Ayam Stim
Udang Goreng Rangup Bersama Nestum

Untuk kehadiran Hans kali kedua, Hans mencuba juadah nasi minyak beserta lauk pauk yang disediakan. Apa yang memeranjatkan Hans lauk pauk yang Hans ambil dan rasa semuanya sedap-sedap belaka sehinggakan sayur-sayurnya pun menawarkan rasa yang cukup enak. Jadi, memang sangat berbaloi berbuka disini dan antara menu utama yang perlu korang cuba juga ialah udang goreng rangup bersama nestum ini. Sedap sangat!

Aneka Ikan Bakar

Di Royale Chulan Kuala Lumpur juga menawarkan hidangan Jepun seperti sushi, kuih mochi dan pelbagai lagi. Rakan Hans yang sangat meminati sushi dan hidangan negara Jepun sangat memuji sushi dan kuih mochi seperti gambar yang Hans kongsi dengan anda semua di atas. Jadi, Hans merasakan para penggemar sushi atau hidangan Jepun yang datang kesini pasti akan berpuas hati dengan hidangan yang mereka makan saat berbuka nanti.

Shellout

Otak-Otak Gulung Wellington ini memang sangat sedap tambah-tambah dapat dijamah dalam keadaan yang panas. Hans sebenarnya baru pertama kali jumpa otak-otak gulung macam ini jadi memang bersemangat lah nak makan. Alhamdulillah rasanya langsung tidak mengecewakan dan boleh buat Hans makan lagi sekali. Hahaha!

 Burger

Bihun Sup Utara disini juga adalah menu yang menjadi kegemaran ramai di Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi, Hans pun mencuba semangkuk dan Hans akui rasanya yang sedap memang melayakkan menu ini untuk menjadi antara menu tumpuan dan carian ramai pelanggan setia Royale Chulan Kuala Lumpur. Wajib cuba jika anda berkunjung ke sini.

 Bubur Lambuk
 Nasi Ulam Utara
 Roti Canai, Murtabak Dan Macam-Macam Lagi

Hans bukan penggemar lontong jadi apabila diberitahu bahawa lontong disini merupakan antara menu pilihan ramai para pelanggan hotel ini membuatkan Hans meminta tolong rakan untuk mencubanya. Kebetulan rakan Hans memang penggemar lontong dan hasil daripada komen beliau selepas menikmati hidangan ini ialah "Marvelous! Awesome! Memang sedap Hans!" Jadi, kepada penggemar lontong sekalian, silalah cuba hidangan ini apabila anda datang berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur.

 Pecal Nusantara
 Pulut Mangga Songkla
 Aneka Mee & Laksa
 Jeruk Buah
 Aneka Kerabu
 ABC Corner & Aiskrim
 Aneka Kuih Muih Dan Pencuci Mulut

Sebenarnya ada banyak lagi menu-menu disini yang Hans tak sempat nak kongsikan dengan para pembaca sekalian seperti kambing bakar, cucur goreng, yong tau fu, pasembor, aiskrim, rojak, pizza, dan macam-macam lagi lah. Senang cakap pilihan makanan disini terlampau banyak dan semuanya sedap-sedap belaka. Apa yang lebih menarik ialah disini juga turut disediakan surau yang sangat luas untuk anda solat. Selain itu, solat tarawih juga turut diadakan disini selain anda boleh membayar zakat fitrah di kawasan yang disediakan.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana hidangan-hidangan yang disediakan disini memang sangat lazat. Makan makanan apa pun semua pasti sedap di mulut dan sememangnya sangat berbaloi dengan wang yang anda laburkan untuk menikmati juadah-juadah disini bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di sana.

Ahad, 19 Mei 2019

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Tawarkan Menu Burger Edisi Terhad Sepanjang Ramadan Dan Syawal

Ahad, Mei 19, 2019 10
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans berbuka puasa di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan mencuba pelbagai jenis menu pilihan burger yang didatangkan di dalam masa yang terhad istimewa untuk para penggemar burger dan juga pelanggan setia Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.  


GLOBAL INSPIRATION
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR 

Alamat:
Wisma Concorde,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
1 Mei 2019 - 30 Jun 2019

Laman Web:

Telefon:
+60327155555

Untuk makluman semua, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengumumkan menu edisi terhad mereka yang bakal memuaskan hati para pelanggan yang datang dari seluruh dunia dengan hanya satu gigitan sahaja menerusi pilihan-pilihan menu slider dan burger yang diilhamkan secara global. Hasil gabungan rasa eklektik dan klasik Hard Rock semestinya menawarkan para peminat hidangan ini satu pengalaman berbuka yang unik dan terbaik sepanjang bulan Ramadan ini.


Menu:
Tex-Mex Cheese Burger

Harga:
RM66

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia menawarkan patty stik yang penuh dengan rasa dan disertakan dengan limpahan guacamole yang menyelerakan, keju Jack, tomato segar, salad yang rangup, rempah cili dan roti bakar yang sangat lembut. Sebuah menu yang sangat sedap dengan saiz hidangannya yang besar dan sangat mengenyangkan.


Menu:
BBQ Bacon Cheeseburger

Harga:
RM66

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia disediakan dengan sos BBQ yang merupakan sos kegemaran para pelanggan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Selain itu, anda dapat menikmati rasa keju Cheddar yang mencair di atas daging bacon turkey yang rangup dan lebih menarik apabila anda turut dihidangkan dengan hirisan bawang merah, salad segar, tomato dan roti bakar. Sebuah hidangan yang menampilkan rasa yang unik dan menarik untuk anda cuba.
 

· Menu:
Double-Decker Double Cheeseburger

Harga:
RM79

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia diinspirasikan daripada burger warisan London yang diperkenalkan pada tahun 1971 lagi. Burger ini menawarkan rasa yang sangat segar melalui bahan-bahan yang terdapat pada menu ini seperti keju Cheddar, mayonis, salad, bawang merah, tomato dan roti bakar. Nama pun 'double' jadi memang betul-betul puas jika anda menjamah burger yang sedap ini.

 

Menu:
Passion Fruit Sliders
All-American Sliders
Buffalo-Style Sliders

Harga:
RM58

Info:
Terdapat tiga jenis menu burger bersaiz mini dimana setiap hidangan ini disertakan dengan tiga biji burger dan kentang. Setiap menu mempunyai keunikan yang tersendiri daripada segi rasa, sos dan intipati bahannya. Senang cakap ketiga-tiga jenis hidangan ini memang sedap dan patty burger yang disediakan bukan sekadar segar tetapi sangat 'juicy'. Anda wajib cuba hidangan ini apabila berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada bulan ini.


Keindahan menikmati pelbagai hidangan burger di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini tidak lengkap jika anda tidak menikmati minuman mangga serta strawberry seperti gambar di atas. Secara keseluruhannya, Hans memang berpuas hati dengan semua menu yang ditawarkan oleh Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada tahun ini disebabkan rasanya yang sedap serta kuantiti makanannya yang besar dan sangat mengeyangkan.


Kepada para penggemar burger Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan edisi terhad ini bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menjamu selera di Hard Rock Cafe Kuala LumpurSelamat menjamu selera!