60 Golongan Asnaf Terima Sumbangan Jakel Dan PPZ-MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke Majlis Iftar Jakel dan Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang meraikan 60 golongan asnaf yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), dan keluarga asnaf dimana mereka turut menerima sumbangan Aidilfitri pada majlis kali ini. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Ahmad Shukri Yusoff, Jakel Trading Sdn. Bhd. telah memperuntukkan hasil wang pengembalian semula wang zakat melalui Skim Wakalah bagi bayaran zakat perniagaan mereka untuk meraikan golongan asnaf itu. Penerima sumbangan ini terdiri daripada 20 pelajar OKU, 20 kanak-kanak OKU dan 20 keluarga asnaf terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


Manakala Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Jakel iaitu Abdul Rashid Ab. Rahman pula menyatakan anjuran majlis berbuka puasa kali ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jakel untuk mendekati golongan yang memerlukan dimana sumbangan berbentuk wang tunai dan baju raya berjumlah RM25,000 telah disediakan bagi menyantuni 60 golongan asnaf yang terpilih pada majlis kali ini.


Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini, Hans memang terasa sangat gembira melihat begitu ramai pihak yang sudi membantu meringankan beban golongan-golongan yang kurang berkemampuan terutamanya di saat orang ramai sekarang sedang sibuk menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Semoga segala jenis bentuk bantuan ini akan menjadikan sambutan hari raya buat 60 golongan asnaf ini meriah dan menggembirakan buat mereka.


Buat para pembaca sekalian yang mungkin pertama kali mendengar tentang SKIM WAKALAH, sebenarnya Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah menyediakan skim wakalah bagi pembayar individu, syarikat pembayar zakat perniagaan, majikan dan IPT potongan gaji zakat. Skim wakalah adalah MAIWP mewakilkan kuasa agihan kepada pembayar zakat untuk mengagihkan sendiri wang zakat kepada golongan asnaf yang layak melalui pemulangan semula sejumlah wang zakat yang dibayar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jadi, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang skim wakalah ini, sila rujuk DISINI atau boleh hubungi talian zakat 1300885757.

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alhamdulillah. Moga pahala melipat ganda kerana usaha membahagiakan asnaf :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, moga dpt membantu sedikit sebanyak pd yg memerlukan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. moga pahala berlipat ganda bagi yang membantu.. :)

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama