Selasa, 21 Mei 2019

Bufet Ramadan 2019 : Syurga Makanan Sedap Di Royale Chulan Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur yang menampilkan tema bufet Ramadan mereka kali dengan nama Citarasa Nusantara


CITARASA NUSANTARA
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR 

Alamat:
Mahsuri Courtyard,
5, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
7 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Harga:
RM150 (Dewasa)
RM100 (Warga Emas)
RM75 (Kanak-Kanak Berumur 6-12 Tahun)

Laman Web:

Instagram:


Alhamdulillah, memang rezeki Hans tahun ini berpeluang berbuka puasa sebanyak dua kali di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini dan bayangkan walaupun dua kali tetapi masih belum dapat merasa semua juadah yang disediakan disini. Boleh bayangkan berapa banyaknya juadah yang anda boleh jumpa seandainya anda datang berbuka puasa disini. Tetapi, untuk kedua-dua kehadiran Hans disini memang Hans tak melepaskan peluang untuk menjamah Nasi Lemak Dua Kupang yang sangat sedap, menyelerakan, lazat dan suapannya mengingatkan Hans pada nostalgia zaman persekolahan masa kecil dulu. Hasil temuramah ringkas Hans dengan Chef yang menyediakan juadah Nasi Lemak Dua Kupang ini, resipi nasik lemak ini diperoleh daripada neneknya. Jadi, tidak hairanlah rasa nasi lemak disini memang sedap apabila dinikmati dengan sambalnya yang enak dan telur puyuh yang cukup untuk membuatkan anda menambah sepinggan lagi seperti Hans.

 Nasi Minyak
 Ayam Masak Lemak
 Daging Masak Merah
 Kambing Masak Hitam
 Ikan Masak Sambal
 Deep Fried Fish Chinese Style
 Sayur Campur
 Pucuk Manis Masak Lemak Putih
 Ayam Stim
Udang Goreng Rangup Bersama Nestum

Untuk kehadiran Hans kali kedua, Hans mencuba juadah nasi minyak beserta lauk pauk yang disediakan. Apa yang memeranjatkan Hans lauk pauk yang Hans ambil dan rasa semuanya sedap-sedap belaka sehinggakan sayur-sayurnya pun menawarkan rasa yang cukup enak. Jadi, memang sangat berbaloi berbuka disini dan antara menu utama yang perlu korang cuba juga ialah udang goreng rangup bersama nestum ini. Sedap sangat!

Aneka Ikan Bakar

Di Royale Chulan Kuala Lumpur juga menawarkan hidangan Jepun seperti sushi, kuih mochi dan pelbagai lagi. Rakan Hans yang sangat meminati sushi dan hidangan negara Jepun sangat memuji sushi dan kuih mochi seperti gambar yang Hans kongsi dengan anda semua di atas. Jadi, Hans merasakan para penggemar sushi atau hidangan Jepun yang datang kesini pasti akan berpuas hati dengan hidangan yang mereka makan saat berbuka nanti.

Shellout

Otak-Otak Gulung Wellington ini memang sangat sedap tambah-tambah dapat dijamah dalam keadaan yang panas. Hans sebenarnya baru pertama kali jumpa otak-otak gulung macam ini jadi memang bersemangat lah nak makan. Alhamdulillah rasanya langsung tidak mengecewakan dan boleh buat Hans makan lagi sekali. Hahaha!

 Burger

Bihun Sup Utara disini juga adalah menu yang menjadi kegemaran ramai di Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi, Hans pun mencuba semangkuk dan Hans akui rasanya yang sedap memang melayakkan menu ini untuk menjadi antara menu tumpuan dan carian ramai pelanggan setia Royale Chulan Kuala Lumpur. Wajib cuba jika anda berkunjung ke sini.

 Bubur Lambuk
 Nasi Ulam Utara
 Roti Canai, Murtabak Dan Macam-Macam Lagi

Hans bukan penggemar lontong jadi apabila diberitahu bahawa lontong disini merupakan antara menu pilihan ramai para pelanggan hotel ini membuatkan Hans meminta tolong rakan untuk mencubanya. Kebetulan rakan Hans memang penggemar lontong dan hasil daripada komen beliau selepas menikmati hidangan ini ialah "Marvelous! Awesome! Memang sedap Hans!" Jadi, kepada penggemar lontong sekalian, silalah cuba hidangan ini apabila anda datang berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur.

 Pecal Nusantara
 Pulut Mangga Songkla
 Aneka Mee & Laksa
 Jeruk Buah
 Aneka Kerabu
 ABC Corner & Aiskrim
 Aneka Kuih Muih Dan Pencuci Mulut

Sebenarnya ada banyak lagi menu-menu disini yang Hans tak sempat nak kongsikan dengan para pembaca sekalian seperti kambing bakar, cucur goreng, yong tau fu, pasembor, aiskrim, rojak, pizza, dan macam-macam lagi lah. Senang cakap pilihan makanan disini terlampau banyak dan semuanya sedap-sedap belaka. Apa yang lebih menarik ialah disini juga turut disediakan surau yang sangat luas untuk anda solat. Selain itu, solat tarawih juga turut diadakan disini selain anda boleh membayar zakat fitrah di kawasan yang disediakan.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana hidangan-hidangan yang disediakan disini memang sangat lazat. Makan makanan apa pun semua pasti sedap di mulut dan sememangnya sangat berbaloi dengan wang yang anda laburkan untuk menikmati juadah-juadah disini bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di sana.

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yups
      siapa suka sushi memang seronok betul berbuka dekat sini
      dah sushi dia meriah..macam-macam ada

      Padam
  2. Seronoknya buka puasa bufet macam ni. Banyak juadah pilihan . Menarik sungguh semua hidangan dia. Nasib baik baru lepas sahur tau hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahaah
      kalau tengok time tengahari confirm meleleh air liur depan pc

      Padam
  3. Boleh try one ni...Nmpk seleksi makanan pon meriah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang meriah
      dua kali Hans dapat makan situ still tak dapat try semua makanan
      hahaha

      Padam
  4. Fuh, betul2 syurga makanan ni

    BalasPadam
  5. Royale Chulan KL tak pernah menghampakan..tahun ni je tak sempat jejak sana

    BalasPadam
  6. Woww banyak sngat menu dia.. best ni bnyak choice.. makanan pun nmpak sedap2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nampak jer sedap
      memang sedap pun
      hahaha

      Padam
  7. Byknye pilihan lauk pauk dia.. Mmg x termKan smua ni nti.. Sedap2 lak nmpk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha memang banyak
      dua kali Hans makan dekat sini..
      dua kali cuba menu lain2..
      masih tak dapat habis lagi cuba semua makanan dekat sini
      hahaha

      Padam
  8. Fulammak menu dia sedap2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap
      berbaloi sangat-sangat berbuka dekat sini

      Padam
  9. Perghhh padu padu menu dia. Lapar teruk perut tgk menu2 ni semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha
      sabar-sabar
      jangan tengok waktu siang

      Padam
  10. Meriahnya menu..banyak..rambang mata nak makan yg mana 1

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com