Ahad, 19 Mei 2019

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Tawarkan Menu Burger Edisi Terhad Sepanjang Ramadan Dan Syawal

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans berbuka puasa di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan mencuba pelbagai jenis menu pilihan burger yang didatangkan di dalam masa yang terhad istimewa untuk para penggemar burger dan juga pelanggan setia Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.  


GLOBAL INSPIRATION
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR 

Alamat:
Wisma Concorde,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
1 Mei 2019 - 30 Jun 2019

Laman Web:

Telefon:
+60327155555

Untuk makluman semua, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengumumkan menu edisi terhad mereka yang bakal memuaskan hati para pelanggan yang datang dari seluruh dunia dengan hanya satu gigitan sahaja menerusi pilihan-pilihan menu slider dan burger yang diilhamkan secara global. Hasil gabungan rasa eklektik dan klasik Hard Rock semestinya menawarkan para peminat hidangan ini satu pengalaman berbuka yang unik dan terbaik sepanjang bulan Ramadan ini.


Menu:
Tex-Mex Cheese Burger

Harga:
RM66

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia menawarkan patty stik yang penuh dengan rasa dan disertakan dengan limpahan guacamole yang menyelerakan, keju Jack, tomato segar, salad yang rangup, rempah cili dan roti bakar yang sangat lembut. Sebuah menu yang sangat sedap dengan saiz hidangannya yang besar dan sangat mengenyangkan.


Menu:
BBQ Bacon Cheeseburger

Harga:
RM66

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia disediakan dengan sos BBQ yang merupakan sos kegemaran para pelanggan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Selain itu, anda dapat menikmati rasa keju Cheddar yang mencair di atas daging bacon turkey yang rangup dan lebih menarik apabila anda turut dihidangkan dengan hirisan bawang merah, salad segar, tomato dan roti bakar. Sebuah hidangan yang menampilkan rasa yang unik dan menarik untuk anda cuba.
 

· Menu:
Double-Decker Double Cheeseburger

Harga:
RM79

Info:
Istimewanya tentang hidangan burger ini ialah ia diinspirasikan daripada burger warisan London yang diperkenalkan pada tahun 1971 lagi. Burger ini menawarkan rasa yang sangat segar melalui bahan-bahan yang terdapat pada menu ini seperti keju Cheddar, mayonis, salad, bawang merah, tomato dan roti bakar. Nama pun 'double' jadi memang betul-betul puas jika anda menjamah burger yang sedap ini.

 

Menu:
Passion Fruit Sliders
All-American Sliders
Buffalo-Style Sliders

Harga:
RM58

Info:
Terdapat tiga jenis menu burger bersaiz mini dimana setiap hidangan ini disertakan dengan tiga biji burger dan kentang. Setiap menu mempunyai keunikan yang tersendiri daripada segi rasa, sos dan intipati bahannya. Senang cakap ketiga-tiga jenis hidangan ini memang sedap dan patty burger yang disediakan bukan sekadar segar tetapi sangat 'juicy'. Anda wajib cuba hidangan ini apabila berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada bulan ini.


Keindahan menikmati pelbagai hidangan burger di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini tidak lengkap jika anda tidak menikmati minuman mangga serta strawberry seperti gambar di atas. Secara keseluruhannya, Hans memang berpuas hati dengan semua menu yang ditawarkan oleh Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada tahun ini disebabkan rasanya yang sedap serta kuantiti makanannya yang besar dan sangat mengeyangkan.


Kepada para penggemar burger Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan edisi terhad ini bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menjamu selera di Hard Rock Cafe Kuala LumpurSelamat menjamu selera!

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang best
      kenyang perut suka hati
      hehehe

      Padam
  2. ray sekali pun tak pernah jejak kt ctu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki satu hari nanti dapat lah jejak tu
      hehe

      Padam
  3. Wow.. menu dia menarik jgk.. nmpak sdap dan mnyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang menyelerakan
      kenyang betul makan

      Padam
  4. woooooow terliur tgk semua beger HRC tp kalau nk pi berbuka di penang malas nk hadap jalan berbukit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      mahunya tak terliur
      sebab sedap kan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com