Ahad, 12 Mei 2019

Kerjasama JomPAY Antara AmBank Dan Persatuan SLE Malaysia (SLE) Bersama PayNet

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Jalinan Kerjasama JomPAY antara AmBank dan Persatuan SLE Malaysia (SLE) bersama PayNet yang berlangsung di Menara AmBank pada 10 Mei 2019 yang lepas.


Untuk pengetahuan anda, Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah sebuah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit akan menghasilkan protein darah dengan banyaknya yang dipanggil antibodi ini dan dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu badan pesakit. Punca penyakit SLE ini masih belum diketahui sehingga kini dan mengikut kajian 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.


Menurut Dr Heselynn Hussein yang merupakan Presiden Persatuan SLE Malaysia, lebih daripada 10,000 orang di Malaysia telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, Persatuan SLE Malaysia percaya masih ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan. Jadi, melalui kerjasama yang dijalankan antara pihak AmBank, PayNet dengan SLE ini bakal membolehkan para pengguna mereka menderma kepada persatuan SLE untuk membantu lebih ramai lagi pesakit yang menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus ini.


Menurut Encik Christopher Yap yang merupakan Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBankgalakan menggunakan JomPAY ini juga merupakan salah satu daripada usaha bank tersebut untuk menyokong transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sejajar dengan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah masyarakat tanpa tunai. JomPAY adalah skim pembayaran digital dari PayNet yang membolehkan pengguna bank menjalankan transaksi atas talian dari akaun simpanan, semasa dan kad kredit. Ketika ini AmBank mempunyai 188 pengebil JomPAY dan menyasarkan jumlah tersebut meningkat dari masa ke semasa.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, JomPay dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd dimana ia merupakan perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar di Malaysia dengan lebih 5,013 kod pengebil. Ia membolehkan pembayaran bil dibuat menerusi perbankan internet, perbankan mudah alih dan ATM di 40 bank di Malaysia, serta menawarkan kemudahan, kebolehcapaian dan kefleksibelan. Semoga dengan kerjasama murni ini akan membuatkan lebih ramai pihak yang sudi menderma kepada Persatuan SLE Malaysia (SLE) di dalam usaha mereka membantu pesakit yang memerlukan.

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com