Selasa, 7 Mei 2019

Makan Mee Udang Changkat Jering Pilihan Ramai

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk mengikuti program Durian Packages Penang yang berlangsung di negeri Pulau Pinang. Jadi, perjalanan hari pertama bermula dengan langkah kanan apabila Hans berpeluang untuk menjamu selera di Restoran Mee Udang Nur Zetty yang cukup dikenali oleh masyarakat negeri Perak serta pelancong luar kerana kelazatan hidangan yang disediakan disini.


Lokasi Restoran Mee Udang Nur Zetty ini memang mudah untuk dijumpai kerana ia berada berdekatan dengan plaza tol Changkat Jering serta Pasar Changkat Jering. Tidak sampai lima minit anda keluar sahaja dari plaza tol, anda pasti akan terlihat papan tanda restoran ini yang menandakan penantian anda untuk merasa mee udang terbaik di Perak semakin dekat.


Untuk pengetahuan semua, Restoran Mee Udang Nur Zetty ini sudah berusia 20 tahun dan sudah dilawati oleh ramai tokoh-tokoh serta selebriti yang terkenal. Hasil temuramah secara santai dengan pemilik restoran ini, Hans diberitahu bahawa stok udang diperoleh daripada kawasan Kuala Sepetang dan ini menjadikan hidangan berasaskan udang yang disediakan disini sememangnya kelihatan sangat segar dan cukup 'juicy'.


Selain daripada menu berasaskan udang seperti mee udang dan nasi goreng udang, Restoran Mee Udang Nur Zetty turut menawarkan anda pelbagai hidangan lain sepeti aneka nasi goreng, kuitiau, puyuh goreng, ikan sembilang dan banyak lagi yang sangat menarik perhatian serta mendapat pujian daripada pelanggan-pelanggan yang telah berkunjung ke sini.


Saat awal semangkuk Mee Udang tiba di hadapan meja, Hans pada mulanya berasa agak skeptikal melihat warna kuah mee udang disini yang kelihatan pudar. Namun, jangkaan Hans meleset apabila hidangan ini mula masuk ke dalam mulut. Rasanya yang sedikit manis kerana isi udang yang segar ditambah pula rasa sedikit pedas menjadikan Hans sangat berselera untuk makan. Lebih menarik kerana setiap mangkuk mee udang ini disertakan dengan 6 ekor udang yang sangat besar dan disusun kemas di atas mangkuk. Hans percaya anda pasti puas hati apabila menjamah Mee Udang di Restoran Nur Zetty ini.


Menu seterusnya yang membuatkan Hans cukup gembira berada di Restoran Mee Udang Nur Zetty ini ialah hidangan Puyuh Goreng. Serius rasa puyuh goreng ini sangat sedap dimana isi serta tulangnya digoreng garing menjadikannya sangat rapuh dan segar. Pada satu tahap, Hans merasakan puyuh goreng disini lebih sedap daripada ayam goreng KFC. Jadi, anda boleh bayangkan betapa sedapnya puyuh goreng yang disediakan disini. Kalau anda datang kesini memang Hans sarankan untuk anda cuba hidangan ini. Wajib cuba!


Hidangan terakhir yang Hans cuba ialah Nasi Goreng Udang. Rasa nasi gorengnya tiada keunikan tetapi masih sedap seperti mana nasi goreng yang dijual di kedai-kedai yang lain. Tetapi, sambal manis yang meliputi udang di dalam pinggan ini menjadikan hidangan ini sangat istimewa dan berbaloi untuk dipesan dan dimakan beramai-ramai bersama keluarga atau kenalan anda nanti.


Walaupun ini merupakan kali pertama Hans menjejakkan kaki di Restoran Mee Udang Nur Zetty tetapi Hans akui sudah jatuh cinta dengan ketiga-tiga menu yang telah dicuba pada kali ini. Mengikut kajian ringkas Hans di laman carian Google, terdapat banyak lagi menu lain yang turut dicadangkan oleh para pelanggan restoran ini kerana rasanya yang sedap. In Sha Allah, jika ada rezeki lain di masa hadapan memang Hans akan singgah lagi di Restoran Mee Udang Nur Zetty untuk menikmati hidangan-hidangan lain yang disarankan oleh para pelanggan setia restoran ini. Dibawah adalah video ringkas sewaktu Hans mencuba hidangan mee udang buat pertama kalinya disini. Selamat menonton!


RESTORAN MEE UDANG NUR ZETTY  

Alamat:
No.19,
Batu 7, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering,
Perak.

Waktu:
11.00 A.M - 12.00 P.M

Nombor Telefon (Tempahan):
0126178512
0125762660
0135152678

Facebook:


8 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang sedap
      kena cuba kalau lalu sana nanti

      Padam
  2. kalau dpt utk berbuka nih... sedapnya lahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan pula waktu panas-panas
      memang bertambah lah

      Padam
  3. Nampak sedap tu ha hans..mesti sedap kan..aduyaiii tengok plak time ni...kalau akak rajin travel mmg dh terjah dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha memang sedap
      kena cuba baru tau

      Padam
  4. alahai menggoda nya. memang sesapa yg dekat atau yg suka JJCM tu, wajib lah pi. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      wajib cuba
      mana tau kena selera kan
      untuk Hans memang berbaloi

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com