Ahad, 12 Mei 2019

Samsung QLED 8K Smart TV Berharga RM299,999

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Samsung QLED 8K Smart TV bersaiz 98 inci yang merupakan televisyen pintar paling besar pernah dilancarkan oleh Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia). Apa yang lebih menarik ialah televisyen pintar ini dijual pada harga RM299,999 seunit yang boleh dikatakan bersamaan dengan harga sebuah rumah pangsapuri.


Samsung QLED 8K Smart TV ini merupakan siri televisyen pintar yang berdefinasi tinggi dan dipenuhi dengan pelbagai teknologi terkini bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Ia dijana dengan cip pemproses Quantum dengan algoritma unik yang bertujuan untuk memberikan gambar yang lebih jelas saat anda menonton melalui televisyen ini.


Apa yang lebih mengagumkan ialah televisyen pintar ini mampu memaparkan gambar dengan format 1080p dengan sangat baik berbanding televisyen 4K sebelum ini dengan menggunakan teknologi moden AI Upscaling dan teknologi semikonduktor pemprosesan bunyi untuk pengalaman hiburan yang lebih baik.


Model Samsung QLED 8K Smart TV ini juga turut dilengkapi teknologi dengan Sudut Pandangan Ultra yang akan membantu menghasilkan gambar dari setiap sudut dengan lebih baik tanpa silauan dan pantulan cahaya pada waktu siang. Selain itu, Hans turut tertarik dengan paparan televisyen pintar ini yang turut direka buat penggemar permainan video dan konsol melalui sokongan Real Game Enhancer.


Lebih menarik apabila skrin Samsung QLED 8K Smart TV boleh diubah menjadi seakan-akan kertas dinding melalui fungsi Magic Screen yang turut terdapat pada televisyen pintar ini.


Hans juga turut melihat fungsi lain yang terdapat pada Samsung QLED 8K Smart TV ini dimana penggunannya boleh mengarahkan televisyen ini mengikut kehendak anda seperti membuka pelayar, melaras bunyi, mengubah siaran saluran lain atau sebagainya dengan hanya melalui arahan suara pada alat kawalan jauh yang dinamakan sebagai Bixby.


Samsung QLED 8K Smart TV ini ditawarkan dengan tiga pilihan saiz kepada para pengguna. Harga untuk setiap saiz adalah seperti dibawah:


Samsung Smart QLED TV QA900R 8K (98″) :
RM299,999

Samsung Smart QLED TV QA900R 8K (82″) :
RM99,999

Samsung Smart QLED TV QA900R 8K (75″) :
 RM59,999


Sempena pelancaran QLED 8K TV ini, Samsung turut mengadakan program jelajah di pusat beli-belah Mid Valley sehingga 12 Mei ini yang menyediakan pelbagai tawaran dan promosi untuk anda.

4 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com