Selasa, 14 Mei 2019

Tidak Perlu Menggunakan Wang Di Bazaar Kampung Baru Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Kampong Bharu 'Kashless' Ramadhan Bazaar yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar pada minggu pertama Ramadan 2019 yang lepas.


Apa yang menariknya pada kali ini ialah peniaga serta penjual yang terlibat pada Bazar Ramadan Kampung Baru telah diberi kelebihan dan peluang untuk menjadi antara yang pertama menggunakan teknologi inovasi daripada Touch ‘n Go eWallet atau dompet elektronik ini yang telah diaktifkan di setiap sudut bazar Ramadan ini. 


Para peniaga juga mengakui kaedah pembayaran menerusi teknologi eWallet ini sangat memudahkan urusan perniagaan mereka terutama berkaitan dengan masalah penukaran wang kecil dan wang besar yang kerap berlaku sebelum ini. Selain itu, ia juga memudahkan urusan pembelian dan mengelakkan daripada terjadinya kes kecurian wang sewaktu masing-masing sibuk berniaga. 


Hal ini bukan sekadar membantu peniaga malah turut sama memudahkan para pengunjung Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini dimana kini mereka boleh membeli-belah pelbagai juadah dan jualan di sini tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya para pelanggan boleh menggunakan eWallet Touch n Go untuk membeli juadah dan hanya perlu mengimbas kod QR peniaga daripada 400 peniaga yang ada di bazar Ramadan tersebut.


Keistimewaan buat anda yang berkunjung dan membeli-belah tanpa tunai di Bazar Ramadhan Kampong Bharu Kashless ini dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet ialah anda boleh menerima kembali  ganjaran serta tunai melalui keistimewaan yang ditawarkan di dalam aplikasi ini. Para pengunjung yang menggunakan eWallet boleh mendapat jumlah pulangan wang sehingga RM1,000,000 menerusi inisiatif ‘Ketupat Runtuh’ dengan setiap pembelian di bazar tersebut.


Hans juga turut mengambil peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak TNG Digital Sdn Bhd menerusi aktiviti Katch Kucing Kashless dimana Hans perlu mencari 5 Kucing Kashless yang tersembunyi di bazaar Ramadan Kampung Baru ini. Kemudian Hans perlu ambil gambar swafoto bersama 5 Kucing Biru ini dan muat naik ke Facebook bersama dengan tanda pagar #KatchKucing #rayasempoitng #rayasempoi dan #tngewallet. Doakan Hans berjaya dipilih sebagai pemenang.


Mengambil kira kesederhanaan sebagai tunjang pada bulan yang mulia ini, Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampung Bharu ini turut mengambil inisiatif untuk menerapkan sikap tidak membazirkan makanan dan menolak penggunaan plastik dengan menyokongnya melalui tanda pagar #Zerofoodwastage dan #sayno2plasticSelain itu, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan masjid.


Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut berkaitan senarai aktiviti penuh di Kampong Bharu 'Kashless' Ramadhan Bazaar ini, anda boleh layari www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk mengetahui info terkini berkaitan program ini. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini di Apple App Store dan Google Play Store.

10 ulasan:

  1. bgs jgk nih... kot2 jns yg emergency je nk dtg ke bzr n kebetulan takde duit lebih...

    lbh selamat tak perlu bwk duit banyak2, paham2 jelah bazar ni bersesak2 ramai org klu tak jaga betul2 wallet tu, blh kene copet jgk

    BalasPadam
  2. wahh bazar Ramadan pun dah cashless sekarang kan, ada kebaikannya juga tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      sekarang tengah modenkan
      nak ikut jejak macam dekat China buat cashless juga :)

      Padam
  3. betul wak.. saya ni sejenis boros, bila ada cash dalam tangan memang habis jam tu jugak.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan pakai apps pun nanti boros...hahaha
      rasa-rasa pakai apps lagi susah nak kawal
      keh3

      Padam
  4. Wah..makin mudah sekarang eek ..habis la kaki shopping guna apps bukan makin jimat nanti makin boros plak..acaner?

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com