Ahad, 12 Mei 2019

Warga Emas Diraikan Oleh eCurve Sempena Ramadan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke sebuah majlis yang cukup menarik yang berlangsung di kawasan Centre Atrium, eCurve Mutiara Damansara dimana pihak eCurve telah menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh barakah ini bersama mereka dan menghidupkan kembali nostalgia zaman dahulu melalui kempen bertemakan Al- Kisah Pesta Ria.


Hans melihat penghuni-penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah ini yang mana umur mereka seangkatan dengan umur ibu bapa Hans kelihatan begitu gembira pada kali ini apabila wajah Centre Atrium yang dihias kelihatan seperti sebahagian daripada zaman 60-an yang cukup gemilang. Secara tidak langsung Hans pasti kawasan tersebut membuatkan mereka terkenang kembali memori silam semasa muda mereka setelah mereka menikmati serta menghayati keindahan hiasan suasana yang terdapat di Centre Atrium.


Hans pasti setiap daripada warga emas ini mempunyai kisah suka duka mereka yang tersendiri. Jadi, inisiatif yang dilakukan oleh pihak eCurve ini di dalam menggembirakan mereka melalui sebuah persembahan muzikal bertajuk Irama Pesta Ria dengan penampilan khas oleh tetamu selebriti Musly Ramlee adalah satu langkah yang baik.


Hans dapat melihat di hadapan mata sendiri bagaimana gembiranya warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah ini saat Musly Ramlee membuat persembahan dengan mendendangkan lagu-lagu hits daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti lagu Bunyi Gitar dan Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita. Apa yang lebih menghiburkan apabila persembahan Musly Ramlee turut diringi tarian penari latar dan para warga emas ini turut berpeluang ikut serta menyanyi dan mengambil gambar bersama dengan Musly Ramlee di akhir persembahannya.


Menurut Gina Long Ahmad yang merupakan Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan Promosi, pihak eCurve Mutiara Damansara menjemput warga emas dari Pusat Jagaan Al Fikrah untuk berbuka puasa bersama sebagai sebahagian daripada tradisi tahunan mereka. Senyuman daripada wajah setiap warga emas ini memberikan mereka satu kepuasan dan pihak eCurve juga berharap agar setiap warga emas ini memperoleh kenangan yang bermakna untuk Ramadan tahun ini.


Pada majlis yang sama warga-warga emas serta penjaga mereka dari Pusat Jagaan Al-Fikrah turut menerima hadiah awal hari raya berupa beg cenderahati dan duit raya sebelum diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Arab Thai yang merupakan sebuah restoran baru di eCurve yang menyajikan hidangan Arab dan Thai yang sangat lazat. 


Kepada para pembaca sekalian, anda boleh mengunjungi eCurve untuk kempen Raya 2019, Al-Kisah Pesta Ria bermula dari 3 Mei hingga 6 Jun 2019 ini. Anda juga berpeluang menyaksikan persembahan Musly Ramlee sebanyak dua kali sehari pada pukul 3 petang dan 6 petang setiap hujung minggu.


Disamping itu, anda juga berpeluang mendapatkan hadiah raya istimewa tahun ini di eCurve dimana jika anda berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit maka anda layak untuk menebus tiffin lebaran serta Festive Ria Packets


Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada. Sebagai bonus, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja minimum RM50 menggunakan Boost e-wallet di kedai yang mengambil bahagian akan menerima rebat sebanyak RM10. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya eCurve sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di:

Telefon:
03-7725 0277 

Website:

Facebook:

4 ulasan:

  1. can't help but to smile

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      seronok tengok mereka senyum gembira hari tu

      Padam
  2. Alhamdulillah, terukir senyuman mereka semoga sentiasa dirahmati Allah

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com