Ahad, 30 Jun 2019

Garnier Malaysia Serikan Diri Anda

Ahad, Jun 30, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 27 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke majlis penutupan Kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak Garnier Malaysia sepanjang bulan bulan Ramadan yang lepas. 



Hans melihat usaha daripada Garnier Malaysia untuk membawakan makna baru bagi sambutan Hari Raya pada tahun ini menerusi Kempen Serikan Diri di Aidilfitri adalah amat baik. Usaha ini juga mendapat kerjasama yang cukup hebat daripada rakan peruncit MYDIN yang secara tidak langsung sangat membantu untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita dimana usaha sebegini bukan sahaja amat membanggakan tetapi juga wajar diberikan pujian di atas semangat serta dedikasi mereka bagi membantu pembangunan ekonomi para wanita di luar sana.


Apa yang menarinya disini ialah pihak Garnier Malaysia bukan sekadar berkaloborasi dengan pihak Mydin Malaysia sahaja tetapi melangkah lebih ke hadapan dengan membantu komuniti yang melibatkan kaum wanita melalui kerjasama bersama TechForGood yang merupakan satu program di bawah GEMA (Global Entrepreneurship Movement Association)


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, TechForGood adalah satu program inisiatif yang dapat membantu dan membangkitkan komuniti mikro di Malaysia dengan memberikan pembelajaran skil terbaru terutama dalam membantu mempertingkatkan pendapatan melalui penggunaan serta penguasaan teknologi. TechForGood mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan sehingga kini mempunyai seramai 500 orang ahli. Jadi, ini merupakan satu peluang terbaik buat wanita di luar sana untuk merebut peluang ini bagi mengubah taraf kehidupan anda ke satu tahap yang lebih baik lagi.


Jadi, Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang telah berlangsung dengan jayanya sepanjang bulan Ramadan yang lepas bukan sahaja berjalan lancar tetapi turut berjaya memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu:


1) Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN sepanjang bulan Ramadan yang lepas, RM0.20 telah disumbangkan kepada program yang cukup hebat ini.


2) Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN di antara 24 sehingga 30 Jun 2019, pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh dikitar semula yang bukan sahaja cantik tetapi juga dijahit sendiri oleh wanita-wanita yang terlibat di dalam program inisiatif ini.


Hans turut berasa kagum apabila mengetahui sebanyak RM15,000 telah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lepas dimana sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Tahniah Hans ucapkan buatkan pihak Garnier Malaysia dan MYDIN yang berjaya bekerjasama dan menyokong usaha yang dilakukan melalui program TechForGood ini.


Menurut Ian Cheng iaitu Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia, pihak Garnier Malaysia tidak melihat tanggungjawab sosial ini sebagai satu cabang yang terpisah daripada aktiviti perniagaan tetapi sebaliknya dimana mereka menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan syarikat. Melihat program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka seperti ini, maka visi TechForGood sebenarnya adalah selaras dengan komitmen Garnier Malaysia untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.


Hans turut berkesempatan melihat sendiri rakan-rakan media yang lain menyertai kelas menjahit manik pada majlis penutup Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang sebenarnya merupakan salah satu program TechForGood ini sendiri. Jadi, Hans melihat usaha ini sememangnya bertujuan untuk mengasah bakat wanita di luar sana yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui teknik jahitan manik yang sebenarnya berpotensi besar untuk diangkat sebagai salah satu bentuk sumber ekonomi terbaru khususnya buat kaum wanita.


Selain itu, Kempen Serikan Diri di Aidilfitriturut mendapat sokongan hebat daripada barisan selebriti terkenal tanah air seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz yang turut hadir pada acara tersebut. Ketiga-tiga pelakon ini telah muncul dalam drama mini bersiri TV3 yang bertajuk Serikan Hatimu sempena sambutan Hari Raya dan ini menjadikan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat para wanita yang terlibat di dalam program ini kerana mereka memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. 


Untuk maklumat tambahan buat para pembaca sekalian, Garnier adalah penaja mini siri Serikan Hatimu dimana intipati kisahnya berkaitan tentang keindahkan persahabatan dan memperkasakan wanita. Jadi, jangan lupa untuk menonton di rangkaian TV3 serta di laman Youtube dimana secara tidak langsung anda juga akan terlibat sebagai salah seorang individu yang turut menyokong usaha murni daripada pihak Garnier Malaysia ini.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Serikan Diri di Aidilfitri, boleh layari www.facebook.com/GarnierMalaysia.

Jumaat, 28 Jun 2019

Oreo Chocolate Coated Memang Sedap

Jumaat, Jun 28, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Oreo iaitu jenama biskut terkemuka di dunia keluaran syarikat konfeksi terbesar Mondelēz International telah memperkenalkan varian produknya yang terbaru iaitu Oreo Chocolate Coated ke dalam pasaran Malaysia. Hans berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru Oreo ini di The Grounds MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu off Jalan Universiti. 


Untuk maklumat anda semua, Oreo Chocolate Coated ini merupakan hasil kerjasama antara dua jenama milik Mondelēz Internasional yang disukai ramai iaitu Oreo dan Cadbury Dairy Milk. Biskut rangup Oreo disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk yang halus lagi berkrim menghasilkan tekstur rangup dan berkrim yang secara tidak langsung mencipta satu pengalaman yang lebih nikmat dan mengasyikkan. Hans sendiri berkesempatan menjadi antara yang terawal menikmati Oreo terbaru ini memang rasanya sangat sedap. Tambahan lagi Hans memang peminat coklat. Jadi, memang seronok lah makan Oreo Chocolate Coated ini.


Selain itu, apa yang istimewanya kali ini ialah Oreo Chocolate Coated turut membawakan pembaharuan terhadap ritual ikonik “Putar, Rasa, Celup” (Twist, Lick, Dunk) bagi menikmati biskut berkenaan. Memandangkan biskut Oreo ini disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk, satu ritual baru iaitu “Rasa, Ngap” (Lick It, Crunch It) telah diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated. Kini, biskut ikonik tersebut bukan sahaja memberikan para peminatnya satu cara baru untuk menikmati biskut kegemaran mereka itu tetapi ia turut mencabar mereka agar sentiasa bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Serius anda wajib cuba produk terbaru Oreo ini. 


Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut dan Makanan Ringan (Malaysia, Singapura, Thailand), Simon Crowther dalam ucapannya pada majlis pelancaran Oreo Chocolate Coated berkata, “Kami mahu mencipta satu produk yang mampu memecahkan acuan konvensional variasi produk kami yang lain sementara memastikan bahawa ia tetap menjadi pilihan pengguna apabila mereka mengidamkan makanan ringan. Sebagai sebuah jenama yang bangga dengan sifat keceriaannya, kami yakin bahawa pengenalan Oreo Chocolate Coated berupaya mendorong para peminatnya untuk kekal ceria dalam mencari cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk menikmati Oreo Chocalate Coated”.


Varian produk terbaru ini telah mendapat sambutan hangat di negara-negara di mana ia mula dilancarkan seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan India. Oreo Chocolate Coated yang dihasilkan di Mesir mula memasuki pasaran Asia Tenggara, dengan Malaysia merupakan negara pertama yang menganjurkan majlis pelancaran untuk media. Oreo Chocolate Coated yang serba baru ini boleh didapati di bahagian produk coklat dan kaunter pembayaran di kedai-kedai runcit di seluruh negara pada harga RM2.70


Mondelēz International menerajui masa depan makanan ringan dengan slogan “Snacking Made Right” yang menyasarkan untuk menggalakkan para pengguna mengambil makanan ringan secara betul, dengan makanan ringan yang betul, dibuat dengan betul, pada masa yang betul. Mondelēz International percaya dalam sentiasa berfikiran ke hadapan serta berani untuk berinovasi dengan pantas dan cemerlang bagi memastikan mereka sentiasa berada di hadapan kehendak pasaran serta pengguna mereka.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Oreo Chocolate Coated yang serba baru, sila kunjungi laman sosial di bawah:

Facebook:
 OREO

Instagram:
 OREO

Khamis, 27 Jun 2019

I Love Coffee & Tea Expo Untuk Kaki Kopi Teh

Khamis, Jun 27, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 24 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke I Love Coffee & Tea Expo yang berlangsung di Da Men Mall, Subang Jaya bermula dari 24 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini.


Apa yang menariknya ialah Pameran I Love Coffee & Tea Expo yang dibawakan oleh Golden Land Expo (M) Sdn. Bhd. ini menampilkan pelbagai jenis gerai yang mempunyai keunikan tema yang tersendiri serta menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspo ini berlangsung pada setiap pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Jika anda peminat kopi dan teh, Hans jamin anda pasti terasa seperti berada di syurga kopi dan teh kerana terdapat pelbagai jenis kopi dan teh dari seluruh pelusuk dunia ditawarkan di dalam ekspo kali ini.


Salam satu yang menarik perhatian Hans ialah demonstari menyediakan kopi Juan Valdez yang didatangkan khas dari Columbia. Sangat menarik melihat cara kopi ini disediakan menggunakan alat pembuat kopi yang sangat canggih dan unik. Anda juga boleh membeli sendiri kopi Columbia ini di kawasan kioks Juan Valdez yang terletak di kawasan I Love Coffee & Tea Expo ini.


Hans turut berpeluang menikmati kopi jenama Taukeh sewaktu I Love Coffee & Tea Expo ini berlangsung. Menarik melihat nama jenama ini kerana ianya mudah diingati. Menariknya kerana sekarang terdapat promosi hebat dimana ia bukan sahaja dijual dengan harga yang murah tetapi juga anda berpeluang mendapat hadiah istimewa untuk setiap pembelian. Rasanya boleh tahan dan majoriti pastinya menyukainya.


Hans juga turut berpeluang merasai salah satu jenis perasa kopi Arissto yang didatangkan khas dari Itali. Sebagai seorang yang lebih menggemari teh berbanding kopi, Hans agak terkejut kerana mampu menghabis kopi Arissto ini. Bagi Hans, kopi ini mempunyai rasa yang unik dan ianya dijual sekali dengan mesin pembuat kopi khas untuk jenama Arissto ini. Apa yang menarik ialah anda boleh menyewa pembuat kopi yang canggih ini dengan harga cuma RM1 setiap bulan. Menarik kan? 


Sebagai salah seorang peminat teh bunga madu, Hans sebenarnya sangat menyukai rasa Longan Flower Honey serta Wildflower Honey yang dijual sini. Untuk pengetahuan anda, madu yang digunakan diperoleh daripada kawasan perternakan lebah madu di Chiang Mai, Thailand dimana produk ini merupakan produk organik yang langsung tidak mempunyai atau menggunakan sebarang bahan kimia. Serius rasanya sangat sedap dan begitu berbaloi untuk dibeli sementelah pembungkusan produk jenama Lovoury ini juga sangat cantik dan menawan. 

 Rock Tea
 Promosi Besar-Besaran Di I Love Coffee & Tea Expo

Hans juga turut menyukai jenama kopi di atas dimana campuran rasa kopi dan teh tarik yang ditawarkan membuatkan Hans berulang kali minum dengan perasaan yang cukup gembira. Bungkusan kopi teh yang Hans maksudkan ini ialah bungkusan paling kanan pada gambar di atas. Anda pasti tidak akan menyesal jika mencuba minuman ini.


I Love Coffee & Tea Expo ini bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis produk kopi dan teh semata-mata tetapi turut menawarkan alat minuman iaitu cawan-cawan yang unik untuk dibeli oleh anda jika datang ke ekspo ini. Apa yang menarik sebenarnya tentang cawan-cawan yang mempunyai saiz dan corak yang berbeza-beza ini walaupun ianya didatangkan di dalam satu set?


Hans sangat menyukai perkara ini kerana Hans dapat mendengar penerangan tentang keistimewaan cawan ini berbanding cawan porcelin dan berkesempatan mencuba minuman teh yang diletakkan di dalam kedua-dua cawan untuk merasai perbezaannya. Apa yang unik serta istimewannya ialah cawan yang dijual disini mampu mengubah rasa serta suhu air teh yang sedang panas menjadikan rasanya lebih manis dan segar. Memang ini adalah salah satu perkara baru buat Hans. Jadi, kalau anda datang ke I Love Coffee & Tea Expo ini silalah cari satu kawasan yang menempatkan meja serta teko kecil yang sedang dipanaskan untuk anda cuba sendiri rasai perbezaan minum teh di dalam kedua-dua cawan yang berbeza material pembuatannya ini.


Selain itu, I Love Coffee & Tea Expo turut mengadakan pembagai aktiviti amal yang menarik sepanjang ekspo berlangsung seperti penglibatan Rumah Orang Tua dari Yi Xing USJ Old Folks Home, Rumah Charis Old Folks Home serta Kanak-kanak Unprivileged dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR). Paling penting anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki I Love Coffee & Tea Expo ini kerana ia adalah percuma. Jadi, buat anda yang kaki teh, kaki kopi atau peminat teh dan kopi ini diharapkan segera datang ke I Love Coffee & Tea Expo ini kerana inilah dunia idaman buat para penggemar minuman kopi dan teh. Selamat berkunjung :)

Rabu, 26 Jun 2019

Review Filem Annabelle Comes Home

Rabu, Jun 26, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak Warner Bros. Pictures untuk menghadiri tayangan media untuk filem Annabelle Comes Home bertempat di GSC Mid Valley pada 26 Jun 2019 yang lepas.  



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Produk Gaya Hidup Trendy Hong Kong Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

Rabu, Jun 26, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 21 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya untuk melihat sendiri penganjuran Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio yang telah didakan buat kali yang kedua. Apa yang menariknya tentang promosi kali ini ialah HKTDC DG Studio telah membawakan produk-produk yang didatangkan dengan rekaan yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni dengan untuk kegunaan isi rumah dari Hong Kong.


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, pihak Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio akan menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar yang sedang giat dipromosikan. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong yang lagi bergaya.


Bertemakan Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong, promosi HKTDC DG Studio akan berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula pada 19 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif akan dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga turut akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) pada 22 dan 23 Jun 2019 ini.


14 jenama DG Studio yang terlibat pada promosi kali ini ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY. Secara jujurnya, Hans memang sangat gembira berpeluang hadir pada pameran serta promosi yang sedang dijalankan oleh Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio ini kerana dapat melihat begitu banyak produk yang telah berjaya dicipta dengan cukup kreatif menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak pernah terlintas di fikiran Hans sebelum ini.


Apa yang istimewanya tentang 14 jenama ini ialah ia menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Hans percaya setiap pembeli dan peniaga Malaysia pasti akan rambang mata seperti Hans apabila melihat semua produk kegunaan isi rumah yang ditawarkan oleh pihak HKTDC ini kerana selain fungsinya yang menarik, produk-produk ini juga sangat inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama yang terdapat disini.


Berikutan kejayaan besar yang diraih pada penganjuran kali pertama yang berlangsung sekitar awal tahun ini, pihak HKTDC sangat gembira dapat kembali semula ke Malaysia untuk kali kedua. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama HKTDC dan mereka cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara selepas ini.


Jadi, antara jenama yang berjaya menarik perhatian Hans kali ini ialah Artiart. Apa yang istimewanya tentang jenama produk kegunaan isi rumah ini ialah rekaannya yang inovatif dimana produk-produk yang dihasilkan terdiri daripada perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup dimana produk ini begitu mengagumkan dengan cengkaman bawah dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor. Cengkaman bawah produk ini memastikan ia bukan sekadar selamat digunakan tetapi dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa tidak diingini daripada berlaku yang disebabkan oleh tertumpahnya air daripada bekas sehingga mengotorkan atau merosakkan keadaan sekeliling. Hans sendiri pernah mengalami peristiwa pahit dimana laptop Hans yang tiada sebarang kerosakan pada asalnya terus tidak dapat digunakan kerana air daripada bekas air tertumpah ke atas laptop. Jadi, tidak hairan lah produk jenama Artiart ini sangat popular dan menjadi produk paling laris dibeli pelanggan sehingga digelar produk yang dihantar dari ‘syurga’. Hans turut tidak ketinggalan untuk membeli produk ini kerana sangat mengagumi kelebihan yang ada padanya.


Produk seterusnya yang pastinya menarik perhatian golongan suri rumah datangnya daripada jenama Konstar yang mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014. Memang cukup mengagumkan, selamat dan dihasilkan menggunakan bahan-bahan mesra alam semulajadi.


Disini juga terdapat produk permainan menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan terutamanya buat mereka yang gemar bermain puzzle. Istimewanya tentang permainan puzzle mesra alam rekaan Green Team ini ialah ianya diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, ia bukannya sekadar permainan puzzle semata-mata tetapi juga boleh dijadikan sebagai kotak muzik dan ada jenis-jenis puzzle yang dihasilkannya boleh digerakkan atau berpusing. Serius, siapa sangka permainan puzzle boleh dihasilkan menggunakan kayu dan hasilnya bukan sahaja menakjubkan tetapi sangat unik dan genius.


Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan. Jika dilihat di atas gambar, produk yang dimaksudkan ialah yang berada di sebelah kiri. Apa yang menakjubkan tentang produk ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan untuk minuman yang dingin sahaja tetapi turut boleh dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dipanaskan. Lebih menarik ialah jika anda sudah tidak ingin menggunakan produk ini lagi, ianya boleh ditanam di dalam tanah dan bahan-bahannya akan terlerai dan terkompos secara semula jadi. Ini juga antara ciri-ciri yang wujud di dalam produk ini dan sangat mengagumkan Hans. 


Salah satu produk yang cukup menarik perhatian Hans sejak awal lagi ialah produk jenama Paris Garden ini. Demi menyokong inisiatif pertanian dalam bandar, Paris Garden telah menampilkan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah demi langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri. Buat Hans pula, ini adalah kali pertama Hans melihat produk sebegini sehingga Hans akhirnya memilih untuk membeli kit pokok pudina untuk ditanam di dalam bilik. Mengikut langkah-langkah yang ditulis di sebalik kit tersebut, berkebun di rumah bukan lagi satu masalah kerana anda tidak memerlukan pasu, tanah atau ruang yang besar kerana kit berkebun ini adalah jalan penyelesaian yang sangat efisyen sekali.


Buat mereka yang gemar memasak, produk isi rumah berjenama Hoobbe ini pula direka dengan cukup kreatif dan pintar sehinggakan Hans yakin ia bakal menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi rumah anda selepas ini. Direka bentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya. Hans sendiri cukup tertarik dengan reka bentuknya yang bukan sahaja unik tetapi mampu menghasilkan makanan dengan gaya yang cukup kreatif dan versatil.


Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.


Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personaliti- personaliti Instagram.


Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab. Serius Hans sangat sukakan produk ini kerana ia bukan sahaja cantik tetapi betul-betul berkualiti.


Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai. Hans yakin jika anda peminat mainan seperi Lego atau yang seangkatan dengannya, anda pasti akan rambang mata dengan model-model permainan daripada jenama MH Blocks ini.


SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.


Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya. Hans lihat ramai golongan wanita sangat tertarik dengan beg silikon seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Bukan sahaja kerana warnanya yang menawan tetapi juga bahan yang digunakan untuk menghasilkan beg tersebut sangat berkualiti serta selesa untuk digayakan pada sebarang majlis.


Salah satu lagi permainan dari Hong Kong yang cukup comel dan semestinya menarik iaitu patung comel yang berjenama FLUFFY House. Ia bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria. Jika anda perasan, terdapat dua jenis bentuk pada karakter tersebut iaitu bentuk biasa dan juga bentuk awan. Hans sebenarnya sangat tertarik dengan karakter paling kecil berwarna biru yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Sangat comel!


Satu lagi produk mainan yang sangat menarik perhatian buat peminat atau pengumpul model kenderaan yang Hans temukan di sini ialah produk berjenama TINY yang mengkhususkan dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini. Cukup menarik untuk melihat ketelitian mereka menghasilkan produk-produk ini yang anda sendiri boleh lihat di dalam gambar di atas. Cantik kan? Jadi, bagaimana anda ingin mendapatkan produk-produk yang memenuhi elemen gaya hidup trendy dan berkualiti dari Hong Kong ini?


Produk-produk DG Studio ini boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut:

• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Jadi, segeralah berkunjung ke IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula pada 19 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini untuk melihat sendiri 14 jenama Hong Kong yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Selamat memilih dan membeli-belah sewaktu berkunjung nanti.


Mengenai Hong Kong Trade Development Council

Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) ditubuhkan pada tahun 1966 dan berfungsi sebagai badan berkanun yang didedikasikan untuk mempromosikan perdagangan Hong Kong. Misinya adalah untuk mewujudkan peluang bagi syarikat-syarikat Hong Kong, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, dengan mempromosikan perdagangan barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 40 pejabat di luar negara (termasuk Malaysia), HKTDC mempromosikan Hong Kong sebagai platform perniagaan komprehensif yang semakin dikenali sebagai hab perniagaan Asia. Melalui pelbagai aktiviti promosi, HKTDC menawarkan pelbagai platform dan perkhidmatan pemadanan perniagaan, menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana di Hong Kong dengan rakan niaga dari seluruh dunia. Sila layari www.hktdc.com untuk maklumat terkini tentang peluang-peluang berkaitan HKTDC dan Hong Kong.