Ahad, 30 Jun 2019

Garnier Malaysia Serikan Diri Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 27 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke majlis penutupan Kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak Garnier Malaysia sepanjang bulan bulan Ramadan yang lepas. 



Hans melihat usaha daripada Garnier Malaysia untuk membawakan makna baru bagi sambutan Hari Raya pada tahun ini menerusi Kempen Serikan Diri di Aidilfitri adalah amat baik. Usaha ini juga mendapat kerjasama yang cukup hebat daripada rakan peruncit MYDIN yang secara tidak langsung sangat membantu untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita dimana usaha sebegini bukan sahaja amat membanggakan tetapi juga wajar diberikan pujian di atas semangat serta dedikasi mereka bagi membantu pembangunan ekonomi para wanita di luar sana.


Apa yang menarinya disini ialah pihak Garnier Malaysia bukan sekadar berkaloborasi dengan pihak Mydin Malaysia sahaja tetapi melangkah lebih ke hadapan dengan membantu komuniti yang melibatkan kaum wanita melalui kerjasama bersama TechForGood yang merupakan satu program di bawah GEMA (Global Entrepreneurship Movement Association)


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, TechForGood adalah satu program inisiatif yang dapat membantu dan membangkitkan komuniti mikro di Malaysia dengan memberikan pembelajaran skil terbaru terutama dalam membantu mempertingkatkan pendapatan melalui penggunaan serta penguasaan teknologi. TechForGood mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan sehingga kini mempunyai seramai 500 orang ahli. Jadi, ini merupakan satu peluang terbaik buat wanita di luar sana untuk merebut peluang ini bagi mengubah taraf kehidupan anda ke satu tahap yang lebih baik lagi.


Jadi, Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang telah berlangsung dengan jayanya sepanjang bulan Ramadan yang lepas bukan sahaja berjalan lancar tetapi turut berjaya memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu:


1) Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN sepanjang bulan Ramadan yang lepas, RM0.20 telah disumbangkan kepada program yang cukup hebat ini.


2) Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN di antara 24 sehingga 30 Jun 2019, pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh dikitar semula yang bukan sahaja cantik tetapi juga dijahit sendiri oleh wanita-wanita yang terlibat di dalam program inisiatif ini.


Hans turut berasa kagum apabila mengetahui sebanyak RM15,000 telah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lepas dimana sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Tahniah Hans ucapkan buatkan pihak Garnier Malaysia dan MYDIN yang berjaya bekerjasama dan menyokong usaha yang dilakukan melalui program TechForGood ini.


Menurut Ian Cheng iaitu Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia, pihak Garnier Malaysia tidak melihat tanggungjawab sosial ini sebagai satu cabang yang terpisah daripada aktiviti perniagaan tetapi sebaliknya dimana mereka menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan syarikat. Melihat program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka seperti ini, maka visi TechForGood sebenarnya adalah selaras dengan komitmen Garnier Malaysia untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.


Hans turut berkesempatan melihat sendiri rakan-rakan media yang lain menyertai kelas menjahit manik pada majlis penutup Kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang sebenarnya merupakan salah satu program TechForGood ini sendiri. Jadi, Hans melihat usaha ini sememangnya bertujuan untuk mengasah bakat wanita di luar sana yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui teknik jahitan manik yang sebenarnya berpotensi besar untuk diangkat sebagai salah satu bentuk sumber ekonomi terbaru khususnya buat kaum wanita.


Selain itu, Kempen Serikan Diri di Aidilfitriturut mendapat sokongan hebat daripada barisan selebriti terkenal tanah air seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz yang turut hadir pada acara tersebut. Ketiga-tiga pelakon ini telah muncul dalam drama mini bersiri TV3 yang bertajuk Serikan Hatimu sempena sambutan Hari Raya dan ini menjadikan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat para wanita yang terlibat di dalam program ini kerana mereka memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. 


Untuk maklumat tambahan buat para pembaca sekalian, Garnier adalah penaja mini siri Serikan Hatimu dimana intipati kisahnya berkaitan tentang keindahkan persahabatan dan memperkasakan wanita. Jadi, jangan lupa untuk menonton di rangkaian TV3 serta di laman Youtube dimana secara tidak langsung anda juga akan terlibat sebagai salah seorang individu yang turut menyokong usaha murni daripada pihak Garnier Malaysia ini.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Serikan Diri di Aidilfitri, boleh layari www.facebook.com/GarnierMalaysia.

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com