Jumaat, 14 Jun 2019

Jom Sertai Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan bulan Ramadan ini bulan yang penuh barakah maka ramai daripada kalangan kita yang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadah bagi mengejar dan merebut ganjara pahala yang berlipat kali ganda daripada biasa. Hans juga tidak terkecuali untuk mengambil peluang yang singkat ini dengan berkongsi dan menyeru anda semua untuk sama-sama melibatkan diri di dalam misi yang cukup murni daripada MVM Relief iaitu Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 ini.


Buat sesiapa yang masih belum mengetahui tentang MVM Relief ini, ia sebenarnya merupakan sebuah program bantuan kecemasan yang mula digerakkan sewaktu kejadian banjir besar yang berlaku di Kuantan, Pahang pada tahun 2013. Hasil kejayaan program tersebut telah membuatkan pihak MVM Relief terus mengorak langkah dengan bukannya sekadar menjadi sebuah program bantuan untuk negeri-negeri di dalam Malaysia sahaja tetapi memberi fokus lebih besar apabila mula menyumbang bantuan kepada negara-negara antarabangsa yang memerlukan seperti Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Syria, Jordan dan Lubnan.


Mungkin ada para pembaca blog hanshanis.com yang tertanya-tanya tentang program ini dan Hans percaya ada segelintir yang berasa risau kerana takut program bantuan ini tidak sah seperti mana beberapa program bantuan untuk rakyat Syria yang dilakukan oleh beberapa pihak lain sebelum ini yang meragukan dan ada yang tidak berdaftar . Lebih menyedihkan apabila para pemberi sumbangan tidak tahu kemana perginya sumbangan mereka selepas itu. Tetapi, anda semua tidak perlu risau kerana tahun 2019 ini merupakan tahun ke-3 program MVM Relief ini dilaksanakan dan sememangnya ia merupakan sebuah program yang diiktiraf apabila pada tahun 2016, satu MOU telah ditandatangani antara pihak MVM dan Malaysia Lifeline for Syria dimana kedua-dua pihak telah bekerjasama untuk menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara. Antara penerima bantuan tersebut ialah pelarian Syria yang kebanyakkannya kini berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria serta pelarian Rohingya yang kini di tempatkan di kem-kem pelarian di Bangladesh.


Pada tahun ini , misi MVM akan diteruskan lagi dengan menghantar bantuan Ramadan serta keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki – Syria seperti Pek Iftar dan Sahur buat pelarian yang mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk, Pek Makanan yang terdiri daripada barangan asas dapur untuk kelangsungan hidup keluarga pelarian Syria serta Beg Keceriaan yang terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya untuk menceriakan anak-anak kecil Syria. Program MVM untuk kali ketiga ini menyasarkan untuk memberikan bantuan kepada hampir 20,000 pelarian Syria. Jadi, demi mencapai objektif serta misi bantuan kali ini maka pihak MVM memerlukan dana bantuan keseluruhan sebanyak RM500,000 supaya para pelarian Syria yang berada di beberapa lokasi terpilih seperti di Kem Pelarian di Idlib dan Luar Bandar Aleppo,  Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria dan Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan untuk kali ini. 


Ramai juga yang selalu bertanyakan soalan-soalan seperti kenapa perlu kita menghantar lagi bantuan kepada pelarian-pelarian Syria? Bukankah sudah banyak bantuan yang diberikan sejak 8 tahun yang lepas? Baik kita berikan bantuan kepada pihak yang lain pula. Hans bukannya mengatakan kita tidak boleh memberi bantuan kepada pihak lain tetapi percayalah walaupun bantuan-bantuan ini sememangnya telah disampaikan sejak dahulu lagi namun ia tetap tidak pernah mencukupi disebabkan pergolakan serta peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan sehingga kini dan tidak menunjukkan sebarang tanda positif yang ianya akan berakhir untuk mereka kembali meneruskan kehidupan seperti sebelum ini. Disebabkan peperangan yang masih tidak berakhir ini menyebabkan apa-apa saja sumber keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat serta keperluan asas hidup yang lain tidak pernah mencukupi buat 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian dan tinggal di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria yang sempit dan serba kekurangan. Jadi, mereka sangat memerlukan setiap bantuan ini dari masa ke semasa kerana hanya ini sahaja yang mereka boleh harapkan disebabkan mereka sukar untuk bekerja, bersekolah atau mendapatkan rawatan perubatan dari perkhidmatan kerajaan negara lain yang menjadi tempat mereka berlindung sekarang disebabkan status mereka sebagai pelarian.


Jadi, Hans mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk mengajak semua para pembaca sekali untuk bersama-sama dengan Hans menghulurkan sumbangan bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 kali ini. Mari kita membantu dengan menghulurkan sumbangan seikhlas yang boleh agar dapat meringankan beban mereka. Namun, jika anda ingin memberi sumbangan yang lebih besar, Hans mencadangkan anda untuk menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. In Sha Allah, banyak pihak yang akan gembira dengan sumbangan yang anda berikan ini.


Jadi, kepada sesiapa yang ini memberikan sumbangan untuk menjayakan Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 untuk tahun 2019 ini, Hans kongsikan cara-caranya seperti dibawah untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan buat para pelarian Syria yang sangat memerlukannya. Berita baik buat anda yang sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 dan ke atas dimana resit pelepasan cukai akan disediakan oleh pihak MVM khas untuk anda. 


Sumbangan secara online:

Sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my

Telefon:
012 235 6854 (wakil MVM)

Facebook:
Muslim Volunteer Malaysia

Instagram:
Muslimvolunteermalaysia

Twitter:
@VolunteerMVM

Telegram:
https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia

Website rasmi:

Website donation:
www.donationa.mvm.org.my

P/S : Jom Pakat-Pakat Kita Bantu Jayakan Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 Dan Jangan Lupa Kongsikan Artikel Ini Di Laman Sosial Anda Yer J

24 ulasan:

  1. Kita rakyat Malaysia yang prihatin dan suka membantu...

    BalasPadam
  2. Terbaik. Moga dipermudahkan ye

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkan sumbangan bantuan ke syria

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan usaha ni. Terbaik.

    BalasPadam
  5. Tahniah but MVM. Semoga usaha seperti di dapat membuka mata lbh ramai org utk memberi sumbangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      kagum dengan usaha mereka membantu saudara kita di Syria

      Padam
  6. Terima kasih atas infomasi

    BalasPadam
  7. Satu usaha yg mulia dan patut kita sokong sepenuhnya. Semoga diberkati segala usaha.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin
      mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

      Padam
  8. Jom sama-sama kongsikan, moga usaha diberkati dan bermanfaat pada mereka yg memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sama-sama kongsi dan sebarkan kebaikan misi ini

      Padam
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan pemgumpulan penyerahan dana sumbangan.

    BalasPadam
  10. Comel2 je budak2 tu..semiga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya rabbal alamin
      harap-harap segalanya berjalan lancar

      Padam
  11. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.. Jom kita ramai2 bantu Syria dan semoga apa yang kita lakukan akan dicatat oleh malaikat dan diterima pahala kita oleh Allah..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah... Seronok tengok ada usaha-usaha macam ni. Semoga lebih ramai lagi pihak lebih cakna tentang membantu saudara kita di sana. Amin...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com