Rabu, 31 Julai 2019

Miliki Produk Jenama Sendiri Bersama MOHA Biotech

Rabu, Julai 31, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sebenarnya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana untuk menghasilkan serta memiliki produk jenama sendiri yang diperakui halal, selamat dan mengikut piawaian serta undang-undang yang telah ditetapkan. Semua ini boleh dilakukan dengan bantuan pihak MOHA Biotech dimana Hans telah berkesempatan melawat pejabat utama mereka di Kajang pada minggu lepas.


Latar Belakang MOHA BIOTECH
  • MOHA Biotech mula beroperasi pada bulan Jun 2014.
  • Kilang MOHA Biotech terletak di Bandar Kulai, Johor.
  • Berdaftar dengan SSM dan GST.
  • Syarikat ini adalah kepunyaan 100% bumiputera muslim.
  • Kilang OEM yang berstatuskan GMP (Good Manufacturing Practice) dan Halal.
  • Perkhidmatan utama MOHA Biotech adalah sebagai kilang pembuatan produk jenama sendiri khusus kepada bidang kecantikan, makanan tambahan kecantikan, kesihatan, produk rangkaian penjagaan kulit wajah dan kosmetik.

Apa Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Kilang OEM?

Hans sebenarnya tertarik nak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kilang OEM ini. Sebelum ini memang macam-macam perkara yang Hans dengar tentang kilang OEM ini. Ada yang kata timbang kilo! Ada yang kata tak selamat! Macam-macam lah perkara negatif. Jadi, Hans bertanya sendiri dengan pihak MOHA Biotech tentang hal ini. Jadi, OEM ini sebenarnya bermaksud Original Equipment Manufacturer atau dengan kata lain ialah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk seseorang atau pengasah di bawah jenama mereka sendiri.



Jadi, kilang OEM milik MOHA Biotech telah lama berdaftar di bawah KKM dimana pihak mereka telah mematuhi segala peraturan atau piawaian yang ditetapkan oleh NPRA. Secara mudahnya setiap produk yang dihasilkan oleh MOHA Biotech mempunyai formula sendiri dimana setiap formula itu telah mendapat pengesahan daripada semua pihak yang terlibat dan dijami selamat.



Hans pun dengan beraninya bertanyakan kepada pihak MOHA Biotech tentang kisah-kisah yang Hans dengar berkaitan  dengan pelanggan memberikan formula produk mereka sendiri yang telah membuatkan produk mereka menjadi tidak berkualiti tetapi dijual dengan harga yang tinggi. Jadi, disinilah perbezaan ketara yang Hans lihat antara MOHA Biotech dan kilang-kilang OEM yang tidak mengikut peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan. 



Di kilang OEM MOHA Biotech, pihak mereka hanya akan mengikut kehendak pelanggan selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh NPRA. Sebagai contoh, jika anda mempunyai formula tertentu terhadap produk dan ingin mengaplikasikannya, pihak MOHA Biotech akan melakukan dulu kajian dan kemudian menghantar sampel kepada pihak yang terlibat untuk diuji sama ada selamat atau sebaliknya. Jika selamat, baru produk anda akan dihasilkan! Terbaik bukan?



Apa yang lebih istimewa, anda boleh bermula dengan penghasilan produk anda sendiri secara minimum hanya 300 unit sahaja dimana hanya kilang OEM di MOHA Biotech sahaja yang memberikan anda peluang keemasan ini berbanding kilang OEM lain yang menetapkan minima penghasilan produk ialah 500 unit. Memandangkan kawasan kilang OEM di MOHA Biotech sentiasa terjaga dan bersih kerana mengikut ketetapan syarat yang ada di dalam GMP, anda yang menghasilkan produk jenama sendiri dengan pihak mereka juga berpeluang untuk melakukan rakaman penghasilan produk anda di kilang mereka untuk memudahkan anda menunjukkan proses ini kepada bakal pelanggan anda nanti.



Jadi, pihak MOHA Biotech sebenarnya berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berminat untuk memiliki dan menjual produk jenama mereka sendiri dengan bantuan daripada pihak mereka sendiri. Bantuan yang dimaksudkan disini ialah dari segi penghasilan produk yang selamat di kilang OEM mereka. 



Kelebihan Pengilangan OEM Di MOHA BIOTECH 
  • Terus Dengan Kilang : Anda dapat berurusan dengan pihak kilang secara terus dan mempunyai premis sendiri.
  • Formulasi Adalah Rahsia Dan Berbeza : Formulasi yang dikeluarkan ada terbaru, berbeza dan rahsia.
  • Bimbingan Pembungkusan Dan Idea : Bimbingan idea bagi pemilihan pembungkusan dan rekaan diberikan.
  • Bantuan Pendaftaran KKM : Bantuan pendaftaran di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk BPFK dan NPRA diberikan.
  • Bimbingan Bantuan Pemasaran : Bimbingan bantuan pemasaran bagi pelanggan baru dan lama turut disediakan.

Jadi, jika anda berminat untuk menjadi usahawan produk kecantikan atau kosmetik di bawah label jenama anda sendiri atau pun ingin menjadi ejen MOHA Biotech, maka silalah berkunjung ke pejabat utama MOHA Biotech dengan segera. Dibawah adalah butiran maklumat yang Hans ingin kongsikan dengan anda bagi memudahkan lagi urusan buat sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang hal ini. 

Alamat:
No 17,
Jalan Damai Mewah 2,
Taman Damai Mewah,
43000 Kajang,
Selangor.

Kilang OEM MOHA Biotech:
No.1140,
Jalan Sri Putri 3/2,
Taman Putri,
81000 Kulaijaya,
Johor

Laman Web:

Selasa, 30 Julai 2019

Restoran Dapor Terbakor - Tempat Makan Yang Wajib Dicuba

Selasa, Julai 30, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada minggu lepas, Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan yang bukan sekadar menyelerakan tetapi juga membuatkan Hans teringat-ingat dengan rasa beberapa hidangannya yang cukup menarik. Lokasi tempat makan yang Hans maksudkan ini terletak di Kota Damansara.


Restoran yang Hans maksudkan ini ialah Restoran Dapor Terbakor yang menyediakan pelbagai juadah yang cukup istimewa untuk anda pilih. Teringin menjamah makanan berkuah? Mahukan makanan yang dipanggang? Mengidam makanan bersup? Atau gemarkan makanan yang berkuah? Semua hidangan ini mampu anda temui di dalam senarai menu makanan Restoran Dapor Terbakor ini.


RESTORAN DAPOR TERBAKOR 

Alamat:
No 16-G,
PJU 5/20D,
Pusat Perdagangan Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M   

Whatsapps:

Facebook:
Dapor Terbakor KD

Instagram:
Dapor Terbakor


Hans merasakan Restoran Dapor Terbakar merupakan salah satu lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan untuk makan bersama keluarga kerana terdapat pakej menarik yang disediakan untuk para pelanggan yang datang kesini. Anda boleh memilih set makan untuk 2-3 orang, 4-5 orang atau 6-8 orang dimana setiap pakej menampilkan menu-menu yang berbeza mengikut citarasa anda.


Antara hidangan yang sangat menyelerakan di Restoran Dapor Terbakar ini buat Hans ialah Set Ayam Buttermilk yang berharga RM9 dan Set Udang Buttermilk yang berharga RM11 dimana Hans cukup sukakan kombinasi rasanya yang berlemak, masin dan manis. Sukar sebenarnya untuk menemui hidangan buttermilk yang dimasak sedap seperti disini kerana ia bukan sekadar sedap tetapi juga tidak memuakkan Hans. Selalunya, Hans susah untuk menjamah terlalu banyak hidangan buttermilk kerana akan berasa muak selepas memakan hidangan ini dalam kuantiti yang banyak. Namun, ianya berlainan di Restoran Dapor Terbakar kerana hidangan ini bukan sahaja tidak muak tetapi juga sedap dan kuantiti makanannya juga banyak. Memang serius Hans sangat berpuas hati dengan hidangan buttermilk disini. 


Hidangan seterusnya yang menjadi pilihan Hans di Restoran Dapor Terbakar ini ialah Siakap 3 Rasa yang berharga RM25. Sewaktu Hans menjamah hidangan ini, Hans sebenarnya agak teruja dengan kerangupan kulit ikan siakap ini yang digoreng cukup cantik dan garing. Isi ikannya juga sedap kerana ikan yang dimasak ini sememangnya sangat segar dan berkualiti. Rasanya apatah lagi yang membuatkan Hans berjaya menambah nasi semata-mata untuk menikmati hidangan ini lagi. Serius anda wajib cuba Siakap 3 Rasa disini kerana rasanya yang cukup lazat!


Hidangan seterusnya anda anda perlu cuba, mesti cuba dan wajib cuba ialah hidangan ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar yang turut mempunyai keunikan rasa melalui perapan dagingnya yang sempurna. Ditambah pula dengan sos kicap yang disediakan oleh Restoran Dapor Terbakar ini untuk anda jadikan sebagai bahan pencicah, ini ialah menu yang sememangnya bakal membuatkan anda berebut-rebut dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang makan bersama anda gara-gara keindahan rasanya yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Hidangan tomyam sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Jadi, Restoran Dapor Terbakor juga tidak terkecuali di dalam menyediakan juadah ini istimewa untuk para pelanggan mereka yang menggemari juadah tomyan.


Memandangkan Hans sangat menyukai sayur Pak Choy maka Hans berasa sangat bersyukur kerana hidangan sayur ini turut dijual di Restoran Dapor Terbakor. Memang terbaik!


Buat anda yang inginkan hidangan lain selain nasi, anda jangan risau kerana Restoran Dapor Terbakar turut menyediakan hidangan berasaskan mee. Hans turut mencuba hidangan Mee Kuah Udang Galah yang berharga RM20 dimana Hans boleh nyatakan rasa kuah yang terdapat pada mee udang galah ini sememangnya terbaik. Rasa manis dari udang itu memang sebati dengan ramuan yang lain menjadikan pengalaman Hans menikmati Mee Kuah Udang Galah disini tidak dapat dilupakan. Seperti yang anda dapat lihat sendiri di dalam gambar di atas, kuantiti udang yang terdapat di dalam mangkuk sememangnya banyak. Udangnya juga bersaiz besar dan segar! Ini adalah antara menu yang anda wajib cuba seandainya berkunjung ke sini nanti. 


Hans juga turut mencuba hidangan Mee Kuah GearBox yang juga berharga RM20 dimana Hans sebenarnya agak terkejut melihat tulang gearbox yang bersaiz besar. Selalunya kalau saiz tulang besar macam ini memang harga pun mahal. Tetapi, di Restoran Dapor Terbakar ini, anda boleh menikmati sajian ini pada harga yang sangat berpatutan. Kepada sesiapa penggemar gearbox, silalah cuba hidangan ini kerana Hans yakin anda pasti akan berpuas hati dengan rasa serta kuantiti hidangan yang disediakan untuk anda nanti.


Menu terakhir yang Hans cuba ialah Tauho Bakor yang berharga RM5 dan juadah ini merupakan pelengkap kepada keseluruhan makanan yang telah Hans makan disini. Restoran Dapor Terbakar juga turut tidak terkecuali di dalam membuatkan anda lebih gembira kerana minumannya. Selalunya kalau kita makan di restoran-restoran ini memang tidak puas minum air disebabkan gelas yang kecil. Tetapi, disini memang berbeza kerana gelas yang digunakan bersaiz besar dan anda pasti akan puas menikmati minuman yang anda pesan.


Kepada sesiapa yang tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap dan dihidangkan di dalam kuantiti yang berbaloi dengan harga yang anda bayar, apa kata anda datang ke Restoran Dapor Terbakar dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan disini. Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Kota Damansara pula, anda boleh memesan makanan disini menggunakan aplikasi GrabFood atau FoodPanda. Hans yakin setiap kali suapan anda disini akan memberikan kegembiraan yang berganda-ganda. Selamat menjamu selera di Restoran Dapor Terbakar!

Ahad, 28 Julai 2019

Siti Khadijah Buka Dua Cawangan Baru Di Central I-City Dan Subang Parade

Ahad, Julai 28, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput ke Majlis Grand Opening Butik Siti Khadijah yang berlangsung serentak di Central I-City dan Subang Parade.


Hans memilih untuk hadir ke majlis pelancaran Butik Siti Khadijah bertempat di Central I-City yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Encik Mohammad Munzir Bin Aminuddin yang merupakan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.


Untuk maklumat anda, Butik Siti Khadijah di Central I-City dan Subang Parade merupakan cawangan ke-32 dan ke-33 yang terdapat di Malaysia. Waktu operasi bagi Butik Siti Khadijah yang baru dibuka ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. 


Hans melihat konsep rekaan dalaman butik Siti Khadijah yang terbaru ini mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri dimana ianya nampak lebih moden tetapi masih kekal minimalis dan ringkas. Seperti biasa warna maroon masih dikekalkan sebagai warna butik dan ianya juga merupakan warna tema bagi Siti Khadijah. 


Untuk menarik minat serta perhatian para pelanggan dan pengunjung, susunan wardrobe dan koleksi produk Siti Khadijah juga telah dipamerkan mengadap pelanggan. Ini adalah salah satu langkah menarik yang telah diguna pakai oleh pihak Siti Khadijah pada cawangan terbaru mereka kali ini.


Apa yang menarik dan istimewanya sempena pembukaan butik terbaru Siti Khadijah secara serentak ini, pihak mereka telah mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla dan Basic Kain Safaa dimana harga promosi untuk koleksi TPO Nayla ialah RM239 manakala harga promosi untuk Basic Kain Safaa pula hanya RM149


Para pelanggan atau peminat Siti Khadijah juga pasti teruja kerana produk-produk gaya hidup Muslim yang lain juga turut dijual pada harga promosi sempena Grand Opening yang bermula pada 26 Julai sehingga 28 Julai ini.


Satu perkara lagi yang menarik pada majlis pembukaan cawangan terbaru Butik Siti Khadijah ini ialah pihak Siti Khadijah telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine dan Hair Mist Rose


Jadi, pastikan anda berkunjung ke dua cawangan butik terbaru Siti Khadijah ini dan rebut peluang dengan membeli produk mereka pada harga yang cukup istimewa sementara promosi sedang berlangsung sekarang. Selamat membeli belah di butik terbaru Siti Khadijah.

Wing Wing Kini Dibuka Di Malaysia

Ahad, Julai 28, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sebuah lagi lokasi tempat makan menarik yang boleh cuba selepas ini iaitu Wing Wing Malaysia yang merupakan sebuah jenama ayam goreng dari London.


WING WING MALAYSIA 

Alamat:
Tingkat 6,
Pavilion KL (Bertentang Dengan Starbucks)
168, Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M   

Instagram:
WING WING Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Wing Wing ialah sebuah jenama yang dikenali di luar negara dimana ia bertujuan untuk menyajikan hidangan ayam goreng yang paling segar di muka bumi ini yang pernah anda rasai. Jadi, apabila Hans berpeluang untuk mencuba hidangan-hidangan yang terdapat di Wing Wing maka Hans memang sangat bersyukur dan tidak melepaskan langsung peluang keemasan ini.

1) WING WING SIGNATURE CHICKEN

Jadi, hidangan pertama yang Hans cuba ialah menu utama yang ditawarkan oleh Wing Wing iaitu Wing Wing Signature Chicken yang menampilkan tiga perasa berbeza yang disediakan untuk sayap ayam dan peha iaitu Soy Garlic, Spicy dan Liquorice. Kebanyakan daripada kita pasti sudah tahu tentang sos Soy Garlic dan Spicy tetapi Hans yakin pasti ramai yang baru pertama kali mendengar tentang sos Liquorice. Untuk pengetahuan anda, Liquorice merupakan herba Mediterranean kuno yang telah digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan selama ribuan tahun. Dan perasa ini juga turut menjadi antara salah satu perisa Wing Wing yang paling disukai oleh para pelanggan disini disebabkan rasanya yang unik, manis dan berempah. Namun, Hans pula mempunyai citarasa berbeza berbanding majoriti dimana Hans lebih menyukai perasa spicy untuk hidangan ini. Dijual secara combo dan ala carte di dalam bentuk set 3 ketul, 6 ketul, 9 ketul, 12 ketul dan 18 ketul. 

2) CHICKEN WRAP

Menu seterusnya ini merupakan anda hidangan kegemaran Hans selepas selesai menikmati hidangan Chicken Wrap ini. Didatangkan dengan ayam krispy serta gabungan salad, lobak merah, timun dan bawang sememangnya satu kombinasi yang segar dan tepat. Kesemua bahan ini kemudian akan disatukan pula dengan sos sriracha menjadikan rasanya bukan sekadar sedap tetapi pasti sukar untuk anda lupakan menu ini selepas ini. Kuantiti yang banyak, saiz yang besar serta rasanya sedap sememangnya membuatkan Hans rasa sangat berbaloi menjamah hidangan Chicken Wrap ini. Anda boleh membelinya secara A la carte dengan harga RM16.90 atau membelinya secara kombo dengan harga sebanyak RM21.90. 

3) KRISPY CHICKEN SALAD

Buat sesiapa yang mementingkan kesihatan serta menjaga pemakanan, anda jangan risau jika teringin untuk menjamah hidangan di Wing Wing kerana disini juga terdapat menu yang menyihatkan iaitu Krispy Chicken Salad dimana kepingan ayam rangum ini akan dimakan bersama campuran pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, celerium, tomato ceri, dan bawang. Agak terkejut buat Hans sendiri sebenarnya kerana Hans tidak menyangka menu Krispy Chicken Salad ini sebenarnya sangat lazat. Dengan kuantiti yang banyak, anda pasti akan puas menjamah hidangan ini yang dijual dengan harga RM16.90 untuk A la carte dan RM21.90 untuk set kombo.

4) CHICKEN KATSU BAO

Wing Wing tidak terkecuali untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan buat anda. Antara makanan yang dijual disini yang mendapat markah penuh dari Hans ialah Chicken Katsu Bao yang disajikan dengan mantou bao, ayam goreng, coleslaw, kimchi dan beberapa bahan lain yang menjadikan hidangan ini begitu indah sewaktu dikunyah dan ditelan. Serius ini adalah menu kesukaan Hans di Wing Wing. Anda wajib cuba andai datang makan disini nanti. Dengan harga untuk A la carte ialah RM15.90 dan set kombo ialah RM20.90 maka Hans jamin anda pasti puas saat menikmati hidangan ini.

5) HOT BAO NUTS

Wing Wing turut menawarkan hidangan pencuci mulut yang menarik untuk anda cuba. Sewaktu kedatangan Hans disini, Hans berkesempatan merasa dua pencuci mulut disini iaitu Pineapple Orange dan Banana Caramel. Rasanya sedap tetapi agak manis pada citarasa Hans. Masih boleh dimakan oleh Hans sehingga habis. Rasanya sedap cuma ia agak manis. Anda boleh menikmatinya dengan membayar cuma RM7.30 sahaja.


Secara keseluruhannya, Hans melihat hidangan yang ditawarkan oleh Wing Wing ini sebenarnya tidak mengecewakan dimana rasa setiap makanannya sentiasa berjaya membuatkan Hans menghayati rasa dan aroma lazat hidangan tersebut. Hans akui Wing Wing boleh pergi jauh selepas ini kerana Hans sendiri akan datang lagi untuk menikmati semula hidangan-hidangan yang menyelarakan seperti Chicken Wrap dan Chicken Katsu Bao.


Kepada sesiapa yang tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap, apa kata anda datang ke Wing Wing dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menikmati hidangan yang dibawa oleh Wing Wing ini. Selamat menjamu selera di Wing Wing!

Guna Bahasa Isyarat Di Ulang Tahun Ke-3 Starbucks Signing Store

Ahad, Julai 28, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Signing Store Starbucks yang berlangsung dengan suasana yang sungguh unik bagi Hans di Bangsar Village II pada 25 Julai 2019 yang lepas.


Hans sangat tertarik dengan majlis kali ini kerana ini merupakan kali pertama Hans dapat hadir untuk melihat sendiri kehebatan barisan barista yang merupakan pekerja kelainan upaya dimana masing-masing merupakan pekerja yang pekak dan bisu tetapi kekurangan itu langsung tidak menghalang mereka daripada menghasilkan minuman kopi dengan cukup baik sama seperti mana barista lain.

Saksikan Gelagat Hans Sewaktu Nak Lakukan Bahasa Isyarat 'I LOVE STARBUCKS"

Selain itu, Hans turut diajar cara memesan kopi di Starbucks menggunakan bahasa isyarat apabila berhadapan dengan pekerja yang kelainan upaya dimana Hans sangat menyukai ilmu baru ini. Walaupun ada beberapa gerakan jari yang agak sukar buat Hans tetapi Hans sangat teruja mempelajari bahasa isyarat tersebut.


Majlis sambutan Ulang Tahun Ke-3 Signing Store Starbucks ini juga turut diserikan lagi dengan satu majlis anugerah yang diberi nama "Advanced Coffee Masters" dimana 3 orang barista yang kurang pendengaran diberi penganugerahan hasil pencapaian cemerlang mereka di dalam kemahiran sebagai seorang barista serta peningkatan pengetahuan mereka berkenaan informasi mengenai kopi.


Hans secara jujurnya sangat mengagumi ketuga-tiga orang barista ini yang bernama Mohd Aizad Ariffin, Mohd Akmal Abdul Khalid dan Yap Yee Lin dimana ketiga-tiga insan istimewa ini telah menjalani latihan selama enam bulan di Starbucks Bangsar Village II yang turut dikenali sebagai premis buat barista yang menggunakan bahasa isyarat sebelum dianugerahkan gelaran Advanced Coffee Master oleh majikan mereka iaitu Starbucks yang merupakan jenama terkenal dan dipercayai peminat tegar kopi sedunia.


Pada majlis yang sama, Hans turut dipertontonkan cara menyediakan kopi Minais Gerais dari Brazil oleh ketiga-tiga barista hebat ini berkaitan kemahiran serta bakat mereka membrew kopi menggunakan kaedah "Pour Over" melalui bahasa isyarat dan dibantu oleh penterjemah yang turut sama berada pada sesi tersebut. 


Menurut Pengurus Korporat Tanggungjawab Sosial Starbucks Malaysia Dan Brunei iaitu Rina Siew, pihak Starbucks sentiasa peka mengenai individu istimewa yang mempunyai keupayaan tersendiri dimana bakat mereka ini wajar diketengahkan. Starbucks sentiasa berusaha mewujudkan kepelbagaian budaya dan membuka peluang kepada mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam bidang yang diceburi. Akhirnya, konsep menggunakan bahasa isyarat berjaya direalisasikan bermula sejak tiga tahun yang lepas dan secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan istimewa ini untuk membina kerjaya mereka dengan Starbucks.


Berita istimewa yang turut dikongsikan oleh pihak Starbucks Malaysia ialah mereka menjangkakan satu lagi cawangan Starbucks Signing Store akan dibuka di Pulau Pinang pada awal tahun 2020. Jadi, Hans melihat usaha Starbucks Malaysia memberi kepada peluang kerjaya kepada golongan kurang upaya dari segi masalah pendengaran dan bisu ini telah membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mampu bekerja, mampu belajar dan mampu menjadi barista profesional yang terbaik. Tahniah kepada pihak Starbucks Malaysia atas usaha murni ini. Kepada para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Starbucks Signing Store ini, anda boleh layari laman web mereka di www.starbucks.com.my

Sabtu, 27 Julai 2019

Absolutely Halal Malaysia Menawarkan Pelbagai Produk Halal

Sabtu, Julai 27, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Minggu ini Hans telah berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia yang sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre selama tiga hari bermula dari 26 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019


Ekspo ini dibuka bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam dimana anda boleh melawat sebanyak 280 booth yang dibuka disini dan menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan juga barangan lain daripada pelbagai jenis jenama. 


Apa yang menarik disini ialah anda tidak perlu risau untuk membeli produk-produk yang dijual di setiap booth kerana ia adalah halal. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan saat berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Idea Max Event (M) Sdn Bhd ini.

Rambang Mata Hans Dibuatnya!
Sardin Viral Nih Memang Patut Viral! Sedap Beb!
Kuih Pau Dan Dim Sum Yang Dijual Dekat Sini Memang Sedap! Tak Puas Hans Makan!

Hans sendiri secara jujurnya pun sangat rambang mata dan berasa begitu teruja sewaktu berada di Ekspo Absolutely Halal Malaysia kerana dapat merasa dan membeli pelbagai produk makanan yang sedap-sedap belaka. Disebabkan banyak booth yang memberikan sampel makanan percuma yang lazat akan membuatkan anda pasti akan membeli barangan yang dijual disini.


Bagi Hans sendiri yang melihat Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini sebenarnya merupakan satu ekspo yang terbaik kerana ia bukan sahaja membantu orang awam seperti Hans untuk dapat mencuba dan membeli pelbagai jenis produk makanan halal yang baru atau belum pernah dijumpai sebelum ini. 


Tetapi. secara tidak langsung penganjuran Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini telah memberi ruang dan peluang kepada ramai pengusaha produk Halal untuk memperkenalkan produk mereka secara terus kepada pengunjung yang secara tidak langsung membantu mereka untuk memasarkan produk serta jenama produk mereka dengan lebih luas lagi.

Hans Suka Betul Gabungan Warna Ini! Cantik Dan Menyelerakan!

Dengan jangkaan lebih 80,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa akan hadir ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini, Hans yakin para pengusaha produk halal yang mengambil kali ini pasti dapat mengetengahkan produk mereka lebih jauh lagi dimana ia bukan sahaja akan menarik pengunjung Muslim untuk mengenali, membeli dan menyukai produk mereka tetapi juga pengunjung bukan Muslim yang kini turut menjadikan produk halal sebagai pilihan mereka. 

Produk Makanan Dari SUSHIKA Ini Wajib Anda Beli! Serius Terbaik!

Ini adalah disebabkan produk halal sememangnya mementingkan kualiti daripada setiap aspek bermula daripada bahan-bahannya, cara pembuatannya serta cara pembungkusannya yang sangat menitik beratkan aspek kebersihan serta kualiti produk tersebut.


Anda Peminat Kuih Mochi? Inilah 'Syurga Mochi' Anda!

Hans sangat menyarankan para pembaca sekalian yang tinggal atau berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk datang berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini kerana terdapat pelbagai perkara serta hadiah menarik yang menanti anda. Tidak perlu risau tentang tiket bayaran masuk kerana masuk ke dalam Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini adalah percuma. Selain itu, jika anda hadir awal maka anda berpeluang untuk mendapatkan goodies bag istimewa selagi stok masih ada.

Memang Disini Banyak Makanan Yang Anda Boleh Cuba! Serius Seronok!

Selain itu, para pengunjung yang hadir ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini juga berpeluang untuk bertemu dengan ramai chef selebriti mahu pun artis yang turut berada di dalam ekspo yang cukup meriah ini dimana anda akan dipertontonkan dengan pelbagai jenis demo masakan, persembahan artis terkenal serta aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh turut sama lakukan disini. Paling penting anda berpeluang untuk turut serta di dalam sesi cabutan bertuah jika pembelian anda di ekspo ini melebihi RM80. Rugi kan kalau anda tak datang?


Hans melihat harga produk-produk yang dijual sini sememangnya sangat murah jika dibandingkan dengan tempat jualan di luar sana. Satu lokasi yang menarik perhatian Hans ialah Absolutely Murah Zone dimana terdapat barangan yang dijual disini pada harga serendah RM0.99 sahaja


Lebih memudahkan para pengunjung ialah anda tidak perlu bersusah payah atau berasa risau untuk membawa wang yang banyak sewaktu datang ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini kerana anda boleh membayar barangan yang anda beli menggunakan aplikasi MEa atau Maybank QRPay dari Maybank yang memberi anda potongan 10% untuk setiap pembelian barangan anda disini. Menarik bukan?


Selain itu, Hans juga turut tertarik dengan sebuah booth kepunyaan Agensi Halal Malaysia dimana disini pengunjung berpeluang untuk mendapatkan info tentang status halal sesetengah produk bagi menjelaskan persoalan yang bermain di fikiran anda selama ini. 


Bagi Hans, penganjuran Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini merupakan satu langkah yang sangat menarik kerana ia membantu pengunjung daripada pelbagai latar belakang dan agama untuk lebih memahami maksud sebenar halal itu sendiri yang sebenarnya meliputi keseluruhan kehidupan manusia sama ada melalui makanan, minuman, pakaian mahu pun produk-produk kegunaan seharian.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini yang bermula pada 26 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019 dimana ianya boleh dikunjungi pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam selama tiga hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang Ekspo Absolutely Halal Malaysia, anda boleh layari laman sosial di bawah sebagai rujukan anda:


Facebook:

Instagram: